Sahabat Saya...

Wednesday, 9 May 2012

T.E.R.H.A.R.U

Assalamualaikum...
Alhamdulillah... saya dah jejak kaki dekat rumah. Rasa gembira dan bahagia...bila tengok wjah2 yg dh lama saya tinggalkan.
Dan....hati mulai tersentuh. Bila tengok mak dan ayah, dalam diam, lap air mata. Tangisan mereka, tak pernah ditunjukkan di depan anak-anak. Saya tahu, air mata tu, air mata kelegaan...bila anak dara mereka ni dah pulang dari perantauan.
Hari Sabtu, saya ad MEdSI... Ayah pagi2 keluar beli sarapan pagi. Siap pesan lagi, " Kakak, nak pergi exam tu makan dulu. Tu ayah dah belikan kakak nasi lemak. Makan. Jangan biar perut kosong," prihatinnya ayah.... dulu saya tak perasan. Ayah, korbankan segalanya untuk anak-anak. Ayah pernah dapat tawaran sambung belajar. Tapi ayah tolak. Sebab ayah cakap, gaji akan ditolak separuh. Ayah ada anak-anak dan isteri untuk disara. Kalau ayah belajar lagi, anak-anak ayah nak makan apa? Siang malam ayah kerja kuat, sebab nak tambah rezeki. Ayah tak nak, anak-anak ayah hidup melarat. Ayah tak nak, anak-anak ayah, tak cukup makan pakai macam dia zaman kecik-kecik dulu.
Ayah,selalu utamakan pelajaran anak-anak. Memang ayah garang. Garang sangat. Sebab ayah tak nak anak-anak ayah lupa JALAN KEBENARAN.
Sekarang, ayah dah tua. Hati sayu tengok ayah terbaring kepenatan. Ayah dah tak segagah dulu. Ayah sekarang perlukan anak-anak untuk picit dan urutkan dia. Badan dia dah selalu lenguh-lenguh. Dia dah tak sekuat dulu. Sekarang pun, macam-macam ubat ayah telan. badan ayah dah lemah, tak segagah dulu....Ayah, terima kasih untuk segalanya. Ayah pelindung keluarga kita.

Emak...rasanya, emaklah wanita terhebat dekat dunia, lepas zaman Rasullullah s.a.w tentunya. Emak selalu merasakan dia seorang ibu yang gagal. Emak, kalau lah mak tahu,di hadapan mata anak-anak emak, emak adalah ibu yang paling...paling hebat dan berjaya.Mak bangun awal pagi, pukul 4.00. Mak bangun dan kerjakan solat-solat sunat. Wakktu dulu2, masa mak masih sihat dan berupaya, mak sediakan sarapan untuk keluarga, kemudian kejut anak-anak mak untuk kesekolah. Kejut ayah untuk sembahyang berjemaah. mak sidai baju yang mak basuh hari sebelumnya. mak keluar bekerja lewat sikit dari ayah sebab nak uruskan anak-anak. Pukul 2.00 petang, mak balik. Lepas sembahyang Zohor dan rehat kejap, mak akan memasak untuk kami. Semua kerja-kerja rumah mak lakukan sendirian. Membasuh, melipat kain, sapu rumah, seterika baju untuk ayah dan semua kerja rumah yang macam surirumah lain buat, mak buat dengan sabar. Dah 35 tahun mak jadi seorang ibu, kakak tak pernah rasa ada ibu lain yang boleh tandingi emak

Sekarang mak dah uzur. Emak perlukan bantuan anak-anak untuk uruskan rumah. Mak dah tak berupaya nak buat semuanya sendiri. Walaupun mak cuba sembunyikan kelelahan emak, tapi kakak belum buta untuk menilai yang emak sudah penat. Rambut mak dah mulai memutih. Tenaga mak dah berkurang. Mak kadang-kadang minta anak2 urutkan, sebab nak dah kepenatan. Emak, terima kasih atas kasih-sayang, pemahaman, dan cinta yang mak curahkan. Seorang ibu yang tetap teguh walaupun banyak dugaan dan cabaran.

p/s: saya dah tak mampu nk tlis pnjang2. sbb air mata ni degil, x nak berenti.,... (prnagai yng selalu buat mak ssah hati...maafkan kakak mak.

No comments:

Post a Comment