Sahabat Saya...

Saturday 16 June 2012

Bab 7


Hazimi
menarik nafas lega. Peperiksaan PMR baru saja berlalu dan ini bermakna salah satu tugasnya telah selesai. Kini STPM pula yang ditunggunya. Fikiran Hazimi melayang-layang. Kini sudah hampir enam bulan perkahwinannya berlalu tanpa ada apa-apa hal yang serius dalam perhubungannya dengan Amiera. Kadang-kadang hatinya tertanya-tanya juga, tidak terlukakah Amiera dengan apa yang terjadi dalam rumahtangganya. Lantas Hazimi bangkit dari duduknya. Ucapan terima kasih masih terngiang-ngiang di telinganya. Panas bibir Amiera juga masih terasa. Adakah aku terlalu kejam kerana ingin mempertahankan pendirianku? Tapi bukankah Amiera juga melalui ini semua ini demi keluarganya? Ya Allah..kusutnya fikiranku..

AMIERA memandang wajah tenang Hazimi yang sedang menyirami bunga-bungaan  di halaman rumah mereka. Amiera menghampiri Hazimi. Permintaan Raja Faridah menyenakkan fikirannya.
            “ Awak..saya ada hal nak bincang dengan awak,” ujar Amiera lantas melangkah ke ruang tamu. Hazimi membuntutinya dari belakang.
            “ Ada apa?” soal Hazimi malas.
            “ Kalau ya pun duduklah dulu,” ujar Amiera. Hazimi lantas duduk menghadap isterinya itu.
            “ Hazimi..kenapa awak benci sangat dengan papa?” soal Amiera lembut. Hazimi mulai berbahang. Soalan Amiera benar-benar membakar perasaannya.
            “Yang awak sibuk-sibuk nak tahu tu kenapa? Ingat perjanjian kita Miera. Awak tak boleh masuk campur urusan saya!” tengking Hazimi
            “ Hazimi.. saya masih ingat janji saya dulu tapi ini pinta mama. Mama dah tak sanggup tengok awak bermasam muka dengan papa awak lagi,”  ujar Amiera lembut.
            “ Miera.. aku dah kata..jangan masuk campur urusan aku. Kau tak tahu apa-apa!” tengking Hazimi lagi lantas mendaki anak tangga, Amiera membuntutinya
            “ Apa yang saya tak tau? Tentang papa yang selalu pukul awak., tentang papa selalu marah awak atau tentang papa yang menduakan mama?” soal Amiera juga keras.
            “ Stop it Amiera.. I warned you,” ugut Hazimi lantas berhenti di anak tangga yang teratas.
            “ Hazimi.. papa tetap papa awak. Kalau dia tiada.. awak pun mungkin tiada di dunia ni,” pujuk Amiera lembut sambil mendekati Hazimi.
            “ I said..stop it!” lantas Hazimi menghadiahkan satu tamparan yang agak kuat di pipi Amiera. “ Allahuakbar,” laung Amiera. Amiera yang berdiri betul-betul dihujung anak tangga tergelincir kakinya dek tamparan Hazimi. Amiera jatuh berguling ke tingkat bawah.
 Hazimi terkaku. Perasaan takut menerpa. Dia segera mendekati isterinya. Ambulans segera dihubungi. Hazimi memandang kepala Amiera yang mula mengeluarkan darah.
Ya Allah..apa aku dah buat ni..

UMMI ZAHARAH meletakkan novel yang sedang dibacanya sebaik saja mendengar telefon bimbitnya berbunyi. Eh, Jimi.. kenapa pulak ni..desis hati Ummi Zaharah.
            “ Assalamualaikum Jimi..ada apa ni Jimi telefon malam-malam ni?” soal Ummi Zaharah.
            “ Umi..umi dengan walid kena datang ke hospital sekarang,” ujar Hazimi cemas sampaikan salam uminya pun tak berjawab.
            “ Kenapa ni Jimi..tenanglah..mama kamu sakit ke?” soal Ummi Zaharah walhal hatinya mulai bergolak.
            “ Bu..bu..kan mama ta..ta.pi Miera,” ujar Hazimi tersekat-sekat.
            “ Ya Allah..anak aku!”

TENGKU AZHAR menenangkan isterinya yang masih menangis teresak-esak. Hazimi pula menyandar lesu sambil matanya tidak lepas-lepas memandang pintu dewan pembedahan. Raja Faridah dan Megat Saifuddin berjalan tergesa-gesa menuju ke arah besan mereka.
            “ Sabarlah Ummi,” pujuk Raja Faridah.
            “ Akak..Miera satu-satunya anak perempuan saya. Kalau dia tiada..saya dah hilang puteri saya,” ujar Ummi Zaharah yang masih sendu. Raja Faridah bangkit dari duduknya lantas menghampiri Hazimi yang lesu.
            “ Jimi apa yang dah jadi sebenarnya ni?” soal Raja Faridah lembut. Hazimi menggeleng lemah.
            “ La..tak kan lah kamu tak tau,” ujar Raja Faridah terus mendesak.
            “ Miera..Miera jatuh tangga..” ujar Hazimi menahan sendu.
            “ Ya Allah.. apa yang dah jadi ni Jimi?” soal Raja Faridah. Lemah rasanya segala urat sendinya. Raja Faridah terduduk.

IZHAM keluar dari dewan pembedahan. Dia mendapatkan Hazimi.
            “ Hazimi..Miera mengalami pendarahan yang serius. Tengkorak kepalanya sedikit retak. Kemungkinan untuk Amiera hidup tipis tapi kami akan cuba sedaya mungkin. Saya mengkhabarkan hanya untuk bersedia jika berlaku sesuatu,” ujar Izham serius walhal hatinya turut berduka. Hazimi tergamam. Ya Allah, selamatkan isteriku, tangisnya di dalam hati.Pandangan Hazimi mulai kelam. Dia tiba-tiba rebah.
           
HAZIMI membuka matanya. Wajah mamanya yang murung ditatapnya.
            “ Mama..Jimi nak berterus-terang dengan mama,” ujar Hazimi perlahan. Raja Faridah menatap wajah lemah anaknya lantas mengangguk.
            “ Ma..maafkan Jimi.. sepanjang pernikahan Jimi dengan Miera belum sekalipun Jimi menyentuhnya ma..” ujar Hazimi tersekat-sekat. Raja Faridah terkedu. Namun digagahkan jua untuk mendengar kata-kata anaknya.
            “ Jimi malu ma.. Jimi kawin dengan anak murid sendiri. Malah Jimi telah buat perjanjian dengan Miera..walaupun kami kawin..kami akan tetap hidup asing-asing.. Ma..apa yang mama tengok tempoh hari cuma lakonan..Jimi nak gembirakan hati mama walaupun Jimi tau yang hati Miera teluka,” ujar Hazimi panjang lebar. Badan Raja Faridah menggigil. Darahnya serasa tersirap.
            “ Jimi..sampai hati Jimi..buat mama macam ni..kenapa Jimi sanggup buat mama macam ni?” ujar Raja Faridah yang mula teresak-esak.
            “ Maafkan Jimi ma..Jimi cuma nak bahagiakan mama. Jimi dah tak sanggup tengok mama sedih lagi,” ujar Hazimi. Raja Faridah menekup mukanya. Hatinya benar-benar tersayat.
            “ Cukup..mama tak nak dengar lagi,” esakkan Raja Faridah berpanjangan.
            “ Tapi ma..mama pelu mengetahui satu hal lagi,” ujar Hazimi. Raja Faridah mengangkat wajahnya yang telah lencun dek air mata.
            “ Jimi yang buat Miera jatuh tangga.Jimi tampar Miera di tangga sebab dia nak tahu kenapa Jimi berdendam dengan papa,” ujar Hazimi terus terang. Raja Faridah terdiam kekesalan menghimpun. Semua ni salahku..detik hatinya. Air matanya kembali berlinang
           
HAZIMI memandang wajah Amiera yang tenang. Wajah yang mulai membengkak. Kedua-dua mentua dan ibu bapanya telah pun pulang. Hazimi menangis. Air mata kekesalan mulai menitis. Wajah Amiera yang lesu tidak bermaya itu benar-benar menghiris hatinya. Dipandanginya wayar yang berselirat di serat tubuh Amiera. Ya Allah..aku lah yang menjadikannya begini..aku lah yang telah merampas senyumannya..akulah yang menghadirkan kedukaan dalam hatinya..zalimnya aku pada dia…dia isteriku.. bisik hatinya.
            “ Amiera..bangun sayang..” bisiknya perlahan namun Amiera tetap kaku. Tidak terkutik sedikitpun seperti suatu waktu dahulu. Izham melangkah masuk. Diperiksanya denyutan nadi Amiera. Kemudian dipandanginya wajah Amiera. Wajah yang dulunya sering tersenyum. Hatinya hiba. Izham tidak menunggu lama. Setelah mencatatkan rekod kesihatan Amiera dia terus berlalu tanpa menghiraukan Hazimi.
            “ Sayang..awak belum habis bercerita pasal anime dan manga lagi, awak belum habis bercerita tentang Jepun lagi..aw..awak..” kata-kata Hazimi habis di situ. Dia sudah tidak mampu berkata-kata lagi.



IZHAM memandang wajah Hazimi yang lesu.
            “ Hazimi..pihak kami hanya dapat memberi seminggu saja tempoh untuk Amiera sedar kembali. Jika dia masih tidak sedar..” kata-kata Izham terhenti. Terasa berat lidahnya untuk menuturkan kata-kata itu.
            “ Saya faham,” ujar Hazimi lantas berlalu.

AZWANI merenung wajah adik iparnya itu. Sayu rasa hati melihat keadaan Amiera yang kaku tak bermaya. Wajahnya sudah hampir membiru. Azwani menangis, adik iparnya itulah yang menyelamatkanya dari lembah hina. Adik iparnya itulah yang melarikannya dari neraka dunia. Hanya Amiera yang Azwani punya selain anak dan suaminya. Malahan kalau bukan kerana Amiera, tidak mungkin dia bersama Tengku Farhan. Azwani menarik kerusi di tepi katil lantas melabuhkan duduknya. Tangan Amiera diambil lantas digenggam. Sejuk. Tidak sehangat dulu. Sewaktu tangan itu menariknya pergi.
            “ Miera, bangun dik. Jangan pergi tinggalkan kami. Akak sayang adik lebih dari nyawa akak sendiri. Adik terlalu berharga buat walid dan umi.. jangan mengalah dik..akak nak melihat senyuman adik lagi. Senyuman yang selalu adik lemparkan semasa menasihati kakak dulu,” ujarnya sayu namun Amiera tetap kaku.
            “ Adik bangunlah..Danish dan Diana menunggumu..kakak dan achik menantimu, angah dan along mengharapkanmu, Hazimi mendambakanmu..bangunlah dik. Akak rindu,” luah Azwani sayu. Hazimi yang mendengar di balik pintu mengunci mulutnya. Sedaya upaya menahan tangis. Akulah perampas. Aku lebih kejam dari papa. Kehadiranku dalam hidup Amiera hanya menyakitkannya saja..kata hatinya. Kini Hazimi nekad.

FAEZAH menyusup masuk ke hospital secara diam-diam. Dia sudah tahu di mana letaknya wad Amiera. Faezah cepat-cepat melangkah menuju ke wad VIP itu. Faezah berdiri di muka pintu. Wajah Amiera direnungnya dengan penuh rasa benci.
            “ Huh..inilah wajah yang cikgu tergila-gilakan tu ya..” ujarnya lantas menghampiri.
            “ Padan muka kau.. jadi la perampas lagi. Ha ha ha.. kau tengok..kau dah tak berdaya lagi,. Terbaring aja macam mayat hidup!” ujar Faezah kasar di tepi telinga Amiera.
            “ Hei perempuan..aku ni tak lah sejahat engkau. Dari kau jadi mayat hidup..lebih baik aku hantar kau ke neraka,” ujar Faezah sambil menarik wayar-wayar yang berselirat di tubuh Amiera. Faezah memegang alat bantuan pernafasan Amiera.
            “ Selamat tinggal perampas,” ujarnya sambil menarik alat bantuan itu. Dada Amiera mula berombak kencang. Mulutnya terbuka-tertutup penuh seksa hendak menghirup sedikit udara. Di kala ini lah Hazimi masuk. Faezah terkaku. Kakinya tidak mahu berganjak walaupun hatinya menginginkan dia lari. Hazimi cepat-cepat menghampiri Amiera.
            “ Izham.. tolong!” laung Hazimi. Loceng kecemasan ditekan berkali-kali. Izham dan beberapa petugas lain bergegas menghampiri. Hazimi disuruh keluar terlebih dahulu.

No comments:

Post a Comment