Sahabat Saya...

Monday 25 June 2012

Bab 9


Megat Saifuddin
            mencari-cari kelibat isteri keduanya. Hampa tatkala dia menyedari rumah itu kosong. Megat Saifuddin duduk melepaskan lelah. Tiba-tiba telinganya terdengar sesuatu. Bunyi rengekan wanita dan dengusan nafas seorang lelaki. Mula-mula dia tidak menghiraukan sangat apa yang di dengarnya namun lama-kelamaan dia merasa tidak sedap hati. Megat Saifuddin melangkah menghampiri bilik anak gadisnya. Bunyi suara rengekan dan pujuk rayu jelas kedengaran. Megat Saifuddin berang. Pintu bilik ditendang.
            “ Ya Allah..Fizi..Zahrah apa kau buat ni!” pekik Megat Saifuddin. Serentak dengan itu Megat Saifuddin memekap dadanya yang sakit. Akhirnya dunia Megat Saifuddin kelam.
           
HAZIMI mengerutkan dahinya tatkala dia memandang skrin telefon bimbitnya. Apa hal mama telefon malam-malam ni..eh tapi dekat Malaysia kan masih siang..mestilah mama telefon masa ni..detik hati kecilnya.
            “ Assalamualaikum mama.. ada apa?” soal Hazimi.
            “ Jimi balik nak..papa tenat,” tangis Raja Faridah. Mata Hazimi yang kuyu serta-merta segar.



JOHNNY dan Mellina menghantar kepulangan Hazimi ke Malaysia malahan mereka turut menyertai kepulangan Hazimi. Hazimi sentiasa dalam keresahan. Malahan dia langsung tidak dapat melelapkan mata walau sepicing pun. Mellina yang memerhatikan keadaan Hazimi merasakan inilah detik yang sesuai untuknya menggoda Hazimi.
            “Jimmy.. calm down..your father should be okey. He must be  as strong as his son,” ujar Mellina memujuk.
            “ Thanks for your advice Melly. Sorry about the other day,” ujar Hazimi.
            “Are you sorry for what? I’m totally forgot,” dalih Mellina. Rancangannya hampir-hampir berjaya.
            “ Sorry for yelling at you,” ujar Hazimi.
            “Oh..it’s nothing,” ujar Mellina. Hazimi membisu tiada mood untuk berbicara. Melina juga mematikan kata.

UMMI ZAHARAH bergegas mendapatkan sahabat satu tempat kerja dengannya dahulu. Tengku Azhar membuntuti isterinya yang tergesa-gesa.
            “ Akak..apa yang dah jadi ni?” soal Ummi Zaharah.
            “ Abang kamu kena serangan sakit jantung. Semua ni gara-gara anak tiri akak,” ujar Raja Faridah dalam tangisnya.
            “ Kenapa? Apa mereka dah buat?” soal Ummi Zaharah.
            “ Akak tak nak sebut.. jijik akak dengan perangai mereka. Memang menurun perangai mak dia orang,” ujar Raja Faridah. Afifah yang turut berada di hospital merasa berdesing. Panas hatinya.
            “ Eh perempuan tua? Apa kau cakap tadi ha? Jijik dengan anak aku ya!” tengking Afifah.
            “ Orang lain pun jijik jugak dengan anak engkau kalau dengan adik-beradik sendiri pun boleh bermukah!” tempik Raja Faridah geram.
            “ Hei.. sekurang-kurangnya aku tak menyusahkan hidup engkau la!” Afifah turut bertempik lalu tudung Raja Faridah dipagut.
            “ Betina sial. Kau nak bogel kau bogel sorang lah. Jangan ajak aku.. bodoh!” Pang! Serentak dengan kata-kata Raja Faridah itu menghadiahkan penampar di muka madunya.  Suasana makin riuh. Ummi Zaharah bertindak pantas. Segera pergaduhan itu dileraikan. Raja Faridah dibawa ke satu sudut.
            “ Sabarlah akak. Jangan bertindak melulu,” nasihat Ummi Zaharah.
            “ Akak dah tak boleh sabar Ummi. Dah 32 tahun akak asyik beralah. Tapi kali ni akak dah tak boleh sabar lagi. Nyawa suami akak dalam bahaya sebab didikan salah dari Afifah,” kali ini Raja Faridah benar-benar menangis.
            “ Ummi.. selama ni akak pendamkan segalanya tapi hari ni biarlah Ummi tau. Akak dah tak tahan lagi,” esak Raja Faridah.
            “ Apa dia kak?” soal Ummi Zaharah.
            “ Ummi..masa mula-mula abang kamu kahwin dengan Ifah hidup akak memang terseksa. Apa taknya akak jadi hamba di rumah sendiri. Sudahlah masa tu akak baru melahirkan Jimi.. akak masih ingat lagi betapa peritnya tamparan yang singgah di muka akak masa akak  beritahu suami akak yang akak letih dan memohon agar Afifah membantu akak melakukan kerja-kerja rumah,” esak Raja Faridah berpanjangan. Ummi Zaharah setia mendengar.
            “ Akak dipukul..dihina..dicaci..akak bersabar demi anak akak.. ada sekali tu Afifah tolak akak dari tangga.. kandungan kedua akak  gugur  sebab tu akak dah tak boleh mengandung lagi,” cerita duka itu benar-benar menyentuh hati Ummi Zaharah.
            “ Bila akak bagi tau suami akak, akak yang di pukul. Katanya akak hanya mereka-reka cerita. Akak dengkikan Ifah,”
            “ Demi Allah Ummi..akak dah redhakan perkahwinan mereka tetapi kenapa akak masih terus terseksa. Dengan duit simpanan yang masih akak punya akak beli rumah sendiri. Akak besarkan Jimi seorang diri Ummi… Jimi hidupnya derita Ummi.. masa dia berumur dua bulan dia hampir aja mati dicekik papanya sendiri sebab Jimi menangis masa tu. Mujur akak melawan kalau tidak satu-satunya anak akak dah tiada di bumi ni,” sambung Raja Faridah lagi.
            “ Ummi..nanti bila Jimi sampai..Ummi mintaklah tengok belakang badan dia..Ummi akan tahu apa yang telah dia lalui sepanjang tempoh membesarnya. Jimi paling takut kalau papanya ada.. dia membesar tanpa kasih sayang seorang ayah.. Tiba-tiba keluarga Ummi hadir. Azhar beri kasih sayang yang dia hilang. Miera buka matanya tentang keburukan dendam..dengan rela hati dia melepaskan dendam selama 33 tahun kerana Amiera. Dia bahagia..tapi bahagianya tak lama..Amiera diragut pergi..akak dah tak tahan tengok penderitaan dia..akak tahu hancur hati dia masa dia ceraikan Amiera tapi dia fikir dialah yang membawa kesedihan dalam diri Amiera jadi dia..dia..” akhirnya kata-kata Raja Faridah terhenti. Ummi Zaharah mengelap tubir matanya yang mula berair. Kini Ummi Zaharah menjadi sangsi kepada kata hatinya sendiri.

“ JANGAN bang. Jangan pukul dia lagi,” rayunya. Hatinya walang mendengar tangisan anaknya itu.
            “ Ampun pa..maafkan Jimi..Jimi tak sengaja panggil mak cik Ibu..Jimi tak sengaja,” raung Hazimi. Megat Saifuddin terus melibas tali pinggangnya.
            “ Siapa ajar kau panggil dia ibu ha!” tengking Megat Saifuddin. Raja Faridah menerpa. Mengantikan dirinya untuk disebat sang suami yang menggila.
            “ Ah..aduh!!” pekik Raja Faridah. Hazimi sudah tidak bermaya.
            “ Heh kau tak layak panggil dia ibu. Ibu kau ni yang ni!” tengking Megat Saifuddin sambil menarik rambut Raja Faridah yang sudah tak bermaya. Setelah puas memukul anak dan isterinya Megat Saifuddin beredar. Raja Faridah memeluk anaknya. Air mata mula berjuraian. Hazimi tersentak. Dia tersedar dari igauannya.
            “ Jimmy..what’s wrong with you? Crying all of sudden,” tegur Mellina. Hazimi beristighfar panjang. Kenangan lalu mengetuk ruang memorinya. Dia menggeleng perlahan. Mellina dan Johnny kehairanan.

AMIERA kehairanan melihat mata uminya yang sembab dan merah.
            “ Umi..kenapa ni?” soal Amiera. Ummi Zaharah menggeleng lemah.
            “ Walid mana umi?” soal Amiera lagi.
            “ Walid ke airport..jemput seseorang,” balas Ummi Zaharah.
            “ Siapa?” soal Amiera. Rasa ingin tahunya benar-benar memuncak.
            “ Tak perlulah Miera tahu,” balas Ummi Zaharah lantas menuju ke arah biliknya. Ummi Zaharah kembali mengenang kata-kata Raja Faridah. ‘ Dia mula merasai kebahagiaan tetapi Amiera diragut pergi..’ Ummi Zaharah menggeleng berkali-kali. Menidakkan rasa hati yang mulai berbelah bahagi.

TENGKU AZHAR mencari-cari kelibat Hazimi. Hazimi berjalan menghampiri Tengku Azhar. Mellina dan Johnny hanya membuntuti dari belakang.
            “ Assalamualaikum walid,” tegur Hazimi lantas menyalami Tengku Azhar.
            “ Waalaikumussalam,” jawab Tengku Azhar.
            “ Papa macam mana?” soal Hazimi.
            “ Masih dalam keadaan kritikal lagi. Jom ke hospital.. di sana kamu akan tahu sendiri,” ujar Tengku Azhar.
            “ Walid..kejap..Melly..Johnny..meet my father-in-law,” ujar Hazimi. Johnny dan Mellina meghampiri. Johnny menyalami Tengku Azhar seperti mana Hazimi. Johnny sememangnya cepat belajar berbeza dari Mellina yang agak kekok.
            “ Walid..ini teman-teman sekuliah saya. Temankan saya balik.” Ujar Hazimi. Tengku Azhar mengangguk.
            “Come..we should go to the hospital now,” ujar Tengku Azhar. Mereka mula bergerak keluar.
            Amiera mengekori uminya senyap-senyap. Dia melihat uminya membelok masuk ke perkarangan Hospital Ampang Puteri. Hatinya berdebar. Bukan ke ni tempat kerja abang? Buat apa umi ke sini? Nak jumpa bakal menantu dia agaknya detik hatinya. Ummi Zaharah terus diekori. Tiba-tiba mata Amiera tertancap pada sekujur tubuh yang merenungnya sayu. Amiera kehairanan. Amiera cuba merapati jasad itu namun jasad itu cepat-cepat menjauh. Amiera mula mengekori. Kakinya dihayun laju namun secepat kilat jasad itu menghilang. Amiera duduk di bangku taman hospital itu. Diperah ingatannya supaya kembali mengingati wajah itu namun gagal. Amiera memegang kepalanya yang sakit. Dia cuba bertahan tetapi dia gagal. Amiera rebah.
            “ Ya Allah..doktor!” pekik satu suara.

HAZIMI meraup wajahnya. Dia telah bertindak di luar kawalan. Merenung Amiera sekadar untuk melepaskan rindu. Hampir saja dia terjerat. Hazimi mengeluh lagi. Dia harus melupakan Amiera. Amiera milik Izham. Bukan milikku. Ingat Hazimi kau sendiri yang melepaskan Miera pergi. Jangan kau mengikatnya kembali. Biar dia hidup bahagia dengan lelaki yang tak mungkin menyakitinya desis hatinya.
            “ Jimmy..since we are here from last night, I’ve never see your wife.. where is she?” soal Johnny. Hazimi tergamam. Kelu untuk berkata-kata.
            “ Johnny.. I must be honest with you. Actually my wife and I ..” namun belum sempat ayat itu dihabiskan Ummi Zaharah menerpa.
            “ Jimi..umi nak cakap sikit dengan Jimi,” ujar Ummi Zaharah dengan wajah yang serius.
            “I think I should not interfere with your negotiation. I’ll look for Melly,” ujar Johnny lantas berlalu. Hazimi hanya memerhati.
            “ Jimi..Jimi masih sayangkan Miera?” soal Ummi Zaharah. Hazimi terkejut dengan pertanyaan Ummi Zaharah lantas terus terdiam sebelum menyusun kata.
            “ Umi..umi jangan risau. Saya masih sayangkan Amiera tapi biarlah dia dengan Izham. Lebih baik begitu. Saya dah redhakan segalanya umi,” jawapan Hazimi benar-benar mengejutkan Ummi Zaharah. Baru saja dia ingin memberikan amaran pada Hazimi agar menjauhi Amiera dan tidak mengganggu majlis perkahwinan anaknya. Hatinya terusik dengan ketulusan Hazimi. Hazimi lantas berlalu meninggalkan Ummi Zaharah. Fikirannya kini tertumpu pada papanya yang sedang tenat.
            “ Jimi..” panggilan Ummi Zaharah menghentikan langkah Hazimi. Hazimi berpaling.
            “ Maafkan umi,” ujar Ummi Zaharah. Hazimi tersenyum lantas mengangguk.

Diantara kekasih pilihan di hati
Punyai budi penghias diri
Wajahnya lembut biasan pekerti yang tinggi,
Indahnya perhiasan duniawi

Diantara diriku jua dirimu
Hanya mengharap cinta Yang Satu
Kubinakan mahligai impianmu..
Oh sayang ikhlaskanlah hatimu

Malumu bernilai
Katamu berhikmah
Hatimu tulus suci dan murni
Hanya diri yang halal engkau serahkan segala
Untuk mencari redha Illahi

Benarlah cinta buta melalaikan
Tanpa memikirkan batas syariatnya
Semuanya itu hanya ujian di dunia
Ia adalah mahar untuk  kita ke syurga

Malumu bernilai
Katamu berhikmah
Hatimu tulus dan suci dan murni
Hanya diri yang halal engkau serahkan segala
Untuk mencari redha Illahi

Kau permaisuri di hatiku
Di dunia ini engkau penghibur
Menjunjung kasih amanah Illahi
Ku pasti akan terus menyayangi

Terima kasih ucapan ku beri
Kau hadiahkan ku cahaya hati
Ku pimpin tanganmu oh kasih
Meniti hari semoga kita dapat bersama
Sampai kepada-Nya di syurga sana.

Tuhan kekalkanlah permaisuri hatiku
Untuk menemani dalam menggapai cintaMu

Hazimi terus melagukan lagu itu. Berharap akan singgah ketenangan di hatinya.

AMIERA membuka matanya. Wajah manis Zulaikha yang mula-mula ditatapnya.
            “ Ika..kenapa dengan saya ni?” soal Amiera. Gadis itu dikenali sebaik saja dia sedar dari koma.
            “ Doktor pengsan tadi. Nak saya panggilkan Doktor Izham ke?” soal Zulaikha. Amiera menggeleng. Dia malas untuk menyusahkan tunangnya untuk sesuatu yang tidak penting
            “ Tak payahlah Ika. Terima kasih ya. Saya balik dulu,” ujar Amiera lantas bangun dari pembaringannya. Amiera terus berjalan menyusuri kaki lima yang menghadap ke arah taman di hospital itu. Tiba-tiba dia telihat jasad itu lagi. Amiera tekad. Jasad itu perlu dihampiri. Amiera berjalan perlahan ke arah Hazimi yang masih leka menyanyikan lagu Permaisuri Hatiku. Amiera tersentak. Terbayang di ruang matanya kenangan silam. Kepalanya kembali berdenyut.
            “ Ah..” jeritan Amiera mengejutkan Hazimi. Hazimi segera menghampiri Amiera yang menundukkan wajahnya sambil memegang kepalanya. Amiera hampir saja rebah namun pantas pula Hazimi menyambar tubuh yang melayang jatuh. Hazimi tergamam tatkala menyedari Amiera yang berada di dalam pelukannya.
            “ Miera..”

No comments:

Post a Comment