Sahabat Saya...

Sunday 9 September 2012

Segalanya Cinta part 1




IMAN Nur Amni bt Mohd Tajjudin. Nama yang tertera di borang permohonan itu dipandang lagi. Susuk tubuh yang berdiri tegak dihadapannya dikerling sekilas.  Iman resah. Hai, nak dapat kerja jadi cleaner pun susah, detik hati kecilnya.
            “ Saya tengok awak dapat straight A’s in SPM, any particular reason why you want to be a cleaner?” soal Hazirah. Iman cuba tersenyum.
            “ Saya nak kerja untuk kumpul duit untuk sambung belajar dulu. Lagipun, dah setahun saya menganggur. Umur dah 20, dah la tak mampu sambung belajar, tak kan tak nak kerja pulak,” jawab Iman pantas. Bohong sunat kau Iman. Sia-sia je nama Iman. Hesyh. Hazirah tersenyum. Bukan dia tidak tahu siapa Iman Nur Amni. Adik kawannya yang bekerja di bahagian ICT di Hospital Sultanah Zahirah juga. Cuma dia sengaja mahu melihat tahap kenakalan adik kawannya itu. Adakah sama seperti yang diceritakan
            “ Iman, jangan nak menipu. Awak adik Puan Suhaila kan?” serta-merta senyuman Iman mati. Tu la, kau bohong lagi. Sekarang dah kantoi. Mati kau Iman, mati.
            “ Sekarang, jujur dengan saya,”
            “ Er…er…sebenarnya, saya tengah tunggu keputusan PSPM II saya. Kalau saya dapat 4.00, saya dapat sambung belajar dalam Medic. Saya nak biasakan diri dengan suasana hospital,” hah, ni baru betul.
            “ Sanggup kerja jadi cleaner?” pantas Iman mengangguk.
            “ Okeyhlah, esok boleh mula. Syift pagi,” ujar Hazirah sambil meleretkan senyuman untuk adik sahabatnya itu.
            “ Thank you so much puan,” ujar Iman gembira lantas tangan Hazirah diraih lantas dikucup. Iman melompat keriangan seketika.
            “Ehem,” deheman Hazirah membuatkan Iman tersipu malu. Aiyok…tak malu. Dengan wajah  yang tersengih-sengih, Iman keluar sambil mengucapkan terima kasih berkali-kali. Hazirah mencapai gagang telefon, lantas pejabat sahabatnya dihubungi.
            “ Dia memang jenis ceria dan nakal macam yang kau cakap,” ujar Hazirah. Suhaila yang mendapat panggilan telefon itu hanya tersenyum.
            “ Cuma aku harap, senyuman tu tak kan hilang sebab aku,” sambung Hazirah lagi. Suhaila mengeluh halus.

IMAN mendukung Aisyah sambil tangannya ligat membancuh susu.
            “ Hai la Syah, masa umi Syah dalam bilik air la Syah nak minum susu ya..? Nasib baik Uda Syah ni baik hati tau tak?” ujar Iman sambil menggoncang botol susu. Aisyah yang berusia 13 bulan itu hanya ketawa.
            “ Uda, abang nak makan,” ujar Azfar pula. Iman cepat mendapatkan anak saudaranya. Diletakkan Aisyah di sebelah Azfar yang berusia tiga tahun lebih itu.
            “ Abang tengok Syah kejap. Uda ambik nasi,” ujar Iman. Namun sebaik saja Aisyah diletak di sebelah abangnya, bayi itu menangis.
            “ Syah…angan angis…Uda nak ambik acik,” marah Azfar pada adiknya. Iman tersenyum kecil. Hai la..macam la adik kau paham. Aduhai anak-anak saudaraku…
            “ Kejap Syah…kejap..” ujar Iman lantas cepat-cepat menuju ke arah dapur. Tudung saji diangkat, nasi yang diambil dari periuk diletakkan kicap kemudian, beberapa ekor udang diambil. Dia bergegas mendapatkan anak-anak saudaranya. Pinggan di tangan diletakkan di atas meja. Aisyah yang sedang menangis di ambil dan diletakkan di atas pangku. Bayi itu senyap. Azfar menghampiri ibu saudaranya.
            “ Abang nak acik,” rayu Azfar. Iman senyum.
            “ Okey tadah tangan,” ujar Iman, Azfar cepat saja menadah tangan.
            “ Allahummaba… rikqlana…fimarazaktana…..waqinaazabannar…amin..,” lancar Iman membaca doa dan Azfar turut ikut dalam bahasa pelatnya. Iman menyuap anak saudaranya cermat.
            “ Adik akak ni dah boleh kawin,” ujar Suhaila yang baru muncul dari bilik air. Iman tersentak. Wajah kakak iparnya itu direnung.
            “ Kak Su mengarut apa? Iman baru 20. Tak kan dah nak kawin. Dah..dah…ambik Asiyah ni. Berat tau tak. Eee.. sihat-sihat la anak saudara Uda ni pun,” ujar Iman geram. Almaklumlah. Kedua-dua beradik itu montel-montel. Dan dia, walaupun anak bongsu tidak suka dipanggil Mak Usu atau Cik Su. Lebih suka dipanggil Uda.
            “ Macam mak sedare dia kan,” ujar Suhaila pula. Iman tersengih.
            “ Mestilah…ikut Mak Uda dia… sihat tau..” balas Iman selamba. Wajah kakak iparnya merangkap isteri kepada arwah alongnya direnung lembut.
            “ Tu, suap abang tu…duk tengok muka akak buat apa?” soal Suhaila sambil mendukung Aisyah dan diletakkan di atas walker. Dia masuk ke dalam bilik kemudian keluar dengan laptop di tangan.
            “Iman tau la. Tapi kan akak, esok Iman dah kerja. Kerja syift pulak tu. Kalau Iman kerja malam, siapa yang nak tengokkan budak-budak ni?” soal Iman pula.
            “ Uda…air,” Iman pantas menyuakan gelas ke mulut Azfar. Suhaila mengukir senyuman.
            “ Alah, bukan akak tak biasa. Dah biasa mengasuh budak-budak ni sorang-sorang. Sejak Aisyah tiga minggu dalam perut lagi tau. Tak payah risaulah. Lagipun, abang dengan Syah dah makin besar,” balas Suhaila bersahaja. Tangannya laju menari-nari di atas papan kekunci laptopnya. Iman merenung wajah tenang kakak iparnya. Along… keluh Iman perlahan.
            “ Akak tak rindu along?” soal Iman seketika. Air muka Suhaila berubah riak, namun dia pantas mengawal reaksi wajahnya.
            “ Along suami akak. Tak mungkin akak tak rindu. Tapi,wajah abang yang seiras dengan arwah, bagi kekuatan untuk akak terus hidup. Lagipun, kakak kan selalu ada bersama akak,” jawab Suhaila tenang tanpa mengalihkan perhatiannya terhadap skrin laptop. Aisyah yang sedang belajar berjalan itu bising membaca abjad-abjad yang tertampal di dinding.
            “ Uda…abang dah kenyang..” ujar Azfar. Iman mengerling pinggan di tangan. Sudah licin.
            “ Jom basuh mulut, gosok gigi,” ajak Iman lantas memimpin anak saudaranya ke dapur. Tanpa di sedari air matanya menitis.
            Sebaik saja Iman beredar dari ruang tamu, Suhaila cepat-cepat mengesat air matanya yang jatuh ke pipi. Lagu kanak-kanak Twinkle Twinkle Little Star dipasang kuat. Aisyah yang mendengar lagu itu turut menyanyi dalam bahasa kanak-kanaknya. Suhaila merenung wallpaper laptopnya. Gambar terakhir dia dengan arwah Iman Mohd Aiman, dan gambar itu adalah gambar ketika Azkeya tiga minggu di dalam kandungan. Gambar dua hari sebelumm berlakunya peristiwa malang yang meragut nyawa suaminya itu ditatap hiba.
            “Abang, abang dengar Su? Su rindu abang sangat. Dulu, sebelum Iman datang sini, balik dari kerja, mesti Su terbayang abang sebelum ambil budak-budak. Masa tu, Su sunyi sangat bang. Ye lah, Su pun anak yatim-piatu. Su berterima kasih sangat dekat abang. Sebab perkahwinan kita, dah hadiahkan seorang adik yang sangat penyayang untuk Su. Umi dengan abah yang sentiasa memahami. Terima kasih jugak sebab abang dah hadiahkan anak-anak yang comel untuk jadi peneman Su,” ujar Suhaila sambil jemarinya bermain di gambar wajah arwah suaminya.
            Iman mengelap pelupuk matanya yang basah. Tabah Kak Su, Iman pun kehilangan along tersayang, dan seluruh keluarga Iman. Iman cuma ada Kak Su dengan anak-anak Kak Su je sekarang, bisik Iman perlahan.
            “ Nape Uda dengan ibu nangis?” soal Azfar sambil tangannya mengelap air mata yang menitis di pipi Iman. Iman tersenyum. Lantas Azfar dirangkul.
            “ Uda skit perut. Macam abang bila sakit perut. Sebab tu Uda nangis sebab sakit sangat,” ujar Iman. Cuba berbohong pada anak saudaranya.
            “Kecian Uda…jap agi abang tolong capu ubat,” mendengar kata-kata Azfar, Iman bertambah sebak. Hai anak, kau sungguh pandai berkata-kata. Kerana bila kau sakit, itulah yang selalu ibumu katakan. Tapi anak, adakah kau tahu, aku menangis kerana mengenangkan nasibmu. Pelukannya dikemaskan lagi. Along, abang memang macam along, bisik hati kecil Iman sendiri.
            “ Ibu, nak minyak angin..nak capu kat peyut uda.. uda akit peyut,” kata-kata Azfar mengundang tawa dalam tangisnya. Iman memeluk Azfar erat lantas dicium pipi Azfar bertalu-talu. Kalaulah kau fahami hatiku dan hati ibumu.

No comments:

Post a Comment