Sahabat Saya...

Monday, 10 September 2012

Segalanya Cinta part 3


AZFAR dan Aisyah didakap erat. Sebungkus keropok lekor dihulur buat Kak Milah. Rayyan turut dijemput masuk.
            “ Masuk lah. Buat macam rumah Kak Milah,” ajak Iman selamba sambil menanggalkan stokin di kaki. Rayyan hanya tersenyum sambil menggeleng. Dia melabuhkan duduknya di sofa. Telatah anak-anak saudara Iman yang bermain bersama-sama mencuit hatinya.
            “ Kak Milah, abang dengan Syah dah mandi?” soal Iman yang mengekor Kak Milah ke dapur.
            “ Astaghfirullah...terkejut Kak Milah. Yang Iman mengekor sampai ke dapur ni kenapa?” marah Kak Milah. Geram.
            “Saja nak intai Kak Milah masak apa,” ujar Iman sambil rajin membuka tudung saji.
            “ Kak Milah masak simple je hari ni. Sardin tumis dengan telur dadar. Syah meragam tadi. Badannya panas sikit,” laporan lengkap diberikan.
            “ Aik, masa Iman peluk tadi okay je suhu dia,” balas Iman pula.
            “ Okaylah sebab Kak Milah dah buat macam yang Iman selalu buat tu. Basahkan kepala Syah dengan daun bunga cina,” jawab Kak Milah. Iman buat muka blurrr. Roti di atas meja makan diambil.
            “ Hish, Iman ni. Ada pulak duduk kat dapur. Tetamu Iman dekat luar tu,” sergah Kak Milah yang sedang mengacau air.
            “ Ala, tak kena culiknya si Rayyan tu. Dah besar panjang,”
            “Bukan pasal hal tu tapi tak manis,” tegur Kak Milah lagi sambil menolak badan Iman ke arah ruang tamu. Iman tersenyum. Betul jugak. Kak Milah menyambung kerjanya.
            “ Kak Milah, abang dah mandi ke belum,” sergahan itu hampir saja membuatkan piring di tangan Kak Milah terlepas.
            “ Iman ni kan. Suka buat Kak Milah terkejut. Ingat dah ke depan,” rungut Kak Milah.
            “ Dah Kak Milah tak jawab soalan Iman,”
            “ Soalan apa?”
            “ Abang tu dah mandi ke belum?”
            “ Belum. Katanya nak Uda dia mandikan. Mana taknya dah sebulan Iman yang mandikan dia setiap petang. Tentulah dia nak Iman mandikan dia jugak,”
            “ Okay. Iman ada assistant hari ni nak tolong Iman mandikan abang,” Iman kenyit mata.
            “ Sapa?”
            “ Rayyan, jom!” jerit Iman. Kak Milah mengeleng. Nasib kau la Rayyan.

AZFAR terus memeluk uminya sebaik saja wajah Suhaila terjengul di rumah pengasuh.
            “ Iman, siapa yang datang?” soal Suhaila.
            “ Kawan Iman. Saja nak ajak dia jalan-jalan. Iman suruh dia makan sini,” ujar Iman selamba.
            “ Selamba badaknya dia. Ni bukan rumah akak tau, rumah Kak Milah. Kak Milah tak cakap apa-apa?” soal Suhaila lagi.
            “ Kak Milah yang suruh dia makan sini. Kebetulan Iman cakap nak masak sotong sumbat. Tu yang dia beria suruh kawan Iman makan sini,”         
            “ Kawan Iman nama apa?”
            “ Akak teka sendiri,” balas Iman selamba. Suhaila menggeleng. Azfar sudah terkedek-kedek mengikut langkah ibu saudaranya. Suhaila menghulurkan senyuman seketika buat Rayyan. Melihat Aisyah yang terlena di pangkuan Rayyan dan baju t-shirt Iman yang tersarung dibadan Rayyan, sudah dapat dijangka. Iman!

RAYYAN berdiri di hadapan keretanya.
            “ Terima kasih. Kau dah bagi aku satu pengalaman yang menarik hari ni. Aku tak pernah rasa semua tu,” ujar Rayyan ikhlas.
            “No biggies. Dah tu yang kau mintak atas pertukaran pertolongan yang aku mintak,”
            “ Aku bukan apa. Dengar suara kau cerita dalam telefon pasal anak-anak saudara kau macam syok je. Tu yang aku teringin nak rasa apa yang kau rasa,” balas Rayyan lagi.
            “ Hek eleh. Small matter la kawan,” jawab Iman pendek. Mendengar perkataan ‘kawan’ wajah Rayyan bertukar riak.
            “ Iman, kau memang anggap aku sebagai kawan je ke? Tak lebih?” soal Rayyan serius. Iman memandang wajah Rayyan  yang berubah serius.
            “ Dah tu, aku nak anggap sebagai apa? Abang? Eh, tak nak lah aku. Kau tu dah la tak matang,” ujar Iman selamba.
            “ Kau ni tak faham maksud aku ke sengaja buat-buat tak faham?” marah Rayyan.
            “ Eh, la. Yang kau marah-marah ni kenapa? Cuba cerita sikit. Kau ada masalah ye,” dengan muka innocent yang comel Iman memandang wajah Rayyan. Rayyan merengus.
            “ Bila kau nak matang Iman?” soal Rayyan. Iman menjulingkan matanya. Mematahkan jari-jemarinya. Berdetup-detap bunyinya.
            “ Selagi aku tak kawin, selagi tu la kot,” jawab Iman lagi. Bersahaja tanpa ingin mengambil serius pertanyaan Rayyan.
            “ Kalau macam tu, kita kawin,” tegas kedengaran suara Rayyan.
            “ Weh, kau punya skru dekat kepala tercabut ke apa? Ada gila ke nak kawin awal. We are furthering our studies la Rayyan,” pantas Iman menjawab.  
            “ Sebab tu la. Kita nak pergi jauh. Bukan dekat. Dekat bumi Ireland tu. Kalau kita ada ikatan, at least we can take care of each other,”
            “ We still can take care of each other walaupun tak ada ikatan,” hujah Iman pula.
            “ Kau tak faham Iman,”
            “ Kau tak berterus-terang dengan aku. Mana aku nak faham. Cubalah cakap tu biar jelas. Dah la kau suka cakap berbelit-belit. Saja nak mainkan aku. Dah tu, tiba-tiba nak suruh aku faham. Memang aku tak faham la,” Iman makin hilang sabar. Rayyan menunduk.
            “ Rayyan, terus-terang dengan aku boleh tak?” pinta Iman lembut. Rayyan menggeleng lemah.
            “ Assalamualaikum Iman. Selamat malam,” ujar Rayyan lemah sambil menutup pintu keretanya. Iman cuba sedaya-upaya mengawal air matanya dari tumpah.
            “ Aku faham Rayyan. Tapi kau tak tahu siapa aku. Aku lebih dari tahu, dan aku takut bila kau tahu siapa aku,aku akan kehilangan kau. Aku sayangkan kau Rayyan. Sepenuh jiwa aku, jika dengan melangkah lebih dari garisan persahabatan ini, aku kehilangan kau. Aku lebih rela, kita kekal sahabat buat selamanya," bisik Iman dengan juraian air mata di pipi.

No comments:

Post a Comment