Sahabat Saya...

Sunday 9 September 2012

Segalanya Cinta part 2


IMAN rajin mengemop lantai dalam dewan bedah itu. Dia melakukan kerjanya dengan cermat dan cepat. Waktu dewan bedah ini kosong, dia perlu menyudahkan tugasannya secepat yang mungkin.
            “ Walaupun awak cuma cleaner, tapi tugas awak kat sini pun penting. Kalau hospital ni tak bersih, kuman cepat merebak. Faham?” Iman angguk lagi. Tag nama yang tersemat di baju seragam jururawat muda dihadapannya dikerling. Oh, Tengku Aleesya. Bisik hatinya .
            “ Kau tengok aku ni kenapa? Buat je lah kerja tu. Dah la bodoh,belajar tak pandai, nak mop lantai pun tak reti jugak,” wah…manisnya bahasa, gumam Iman sendiri.
            “ Baik,” jawab Iman sepatah. Idea nakal menjelma. Hehehe, kau ingat aku ni barua kau ke apa? Suka-suka hati je cakap aku bodoh. Nanti kau, bisik hati Iman.
            “ Aleesya, I need you now in the ER,” panggil seorang doktor lelaki.
            “ Baik doc,” balas Tengku Aleesya lembut lantas mengekori doktor muda yang hanya dilihat lewat ekor mata Iman.
                        “ Haila…dengan lelaki boleh pulak cakap lemah-lembut. Tak tau ke dosa melenggok-lenggokkan suara? Hish, sia-sia je belajar pandai-pandai kalau hal agama pun tak tahu,” ujar Iman sambil menarik bekas mop dan cucian. Dia keluar dari dewan itu kerana dia yakin,dewan bedah itu akan digunakan sekejap lagi.
            “ Hoi Iman!” sergah satu suara.                                   
            “ Ya Allah pocong sergah aku!” spontan Iman melatah. Terdengar satu suara garau ketawa.
            “ Mohd Rayyan Hakimi kau nak makan sup kasut ke pagi-pagi macam ni?” soal Iman geram. Rayyan tersengih.
            “ Kau ni macam mak nenek lah. Kena sergah sikit dah melatah..”
            “ Banyak la mak nenek kau. Kau ingat nyawa aku ada spare-part? Kalau aku ada sakit jantung dah lama naik atas tau,” marah Iman lagi.
            “ Ala…apa takut, sini hospital. Kau kena heart-attack je boleh terus masuk wad punya,”
            “ Pandaila kau. Last-last, dewan bedah yang aku baru bersihkan tadi jadi tempat aku duduk pulak,” balas Iman.
            “ Iman, kau ni, macam tak kenal perangai gila aku. Kita dah setahun kawan tau,” ujar Rayyan.
            “ Ha’ah. Apa la malang nasib aku, dua-dua sem aku sangkut dengan kau masa dekat matrik dulu,” usik Iman.
            “ Sampai hati kau kan. Aku kemain lagi gembira, setahun dengan kau. Kau boleh cakap aku ni malang,” rajuk Rayyan.
            “ Mana tak malangnya…asyik-asyik kena undi jadi partner kau. Segala assignment kena buat dengan kau. Kalau aku tak ingatkan kau untuk siapkan part kau, memang tak siaplah. Tak ke malang nasib aku, duk Kolej Matrikulasi Kedah tu jadi babysitter baby tua,” ujar Iman lagi.
            “ Eh Iman, tu bukan malang. Tu tandanya aku dengan kau ada jodoh tau,” balas Rayyan lagi.
            “ Eh,tak de masa nak berjodoh-jodoh dengan kau. Kau tu dah la tunggul kayu, tak de perasaan. Masa kau couple dengan Linda tu,kesian aku tengok Linda, macam tak de pakwe. Nasib baik masuk sem dua korang putus. Kalau tak, merana la..” Rayyan sengih mendengar kata-kata Iman.
            “ Aku dengan dia memang jadi tunggul kayu. Kalau dengan kau aku jadilah pokok hidup,” bersahaja Rayyan menuturkan kata-katanya sambil mengenyitkan matanya.
            “ Euuww…geli gila kau main kenyit-kenyit mata. Ke kau sakit mata? Kalau kau sakit mata, pergi jumpa doktor, untung-untung kau dah ada dekat hospital,” ujar Iman selamba sambil menolak bahu Rayyan.
            “ Kau cepat-cepat la jadi doktor. Penyakit aku ni, kau sorang je boleh ubatkan,”  nakal Rayyan mengusik Iman, cuba mencari sebarang perubahan pada wajah gadis manis itu. Namun, Iman hanya tenang. Seperti biasa.
            “ Kalau aku, nak hilangkan penyakit kau ni senang je. Aku telefon papa kau, cakap yang kau  ni memang tahap gatal miang rebung buluh  tu dah di tahap kronik, jadi dia kena pinangkan seseorang untuk dijadikan menantu dia sebelum penyakit anak dia ni makin parah,” selamba Iman membalas kenakalan Rayyan.
            “ Dan aku akan cakap, papa masuk meminang Iman Nur Amni, sebab Rayyan tak nak kawin dengan orang lain selain dia. Okay,kau setuju jadi isteri aku?” soal Rayyan. Iman terdiam. Matanya merenung wajah Rayyan.
            “ Tak mahu lah aku. Gila kalau kawin dengan kau nanti,aku dah tak boleh nak gaduh-gaduh dengan kau. Nanti dapat dosa, jadi isteri derhaka. Tapi kalau aku sahabat kau, aku nak gaduh dengan kau hari-hari pun okay. So, kesimpulannya aku tak nak jadi isteri kau,” Iman tersengih sebaik saja melihat wajah Rayyan yang mencuka.
            “ Kau ni. Aku tak kira. Aku nak jugak kawin dengan kau,” usik Rayyan.
            “ Erm, boleh la kalau aku tak de yang berkenan di hati. Tapi aku sure punya, kau tak kan suka aku. Aku nie kategori montel dan comel. Kau tu taste kau yang langsing je…eh, dah la, tak terbuat kerja aku sembang dengan kau. Tak halal pulak nanti gaji aku. Dah-dah, aku nak sambung kerja ni. Kirim salam dekat papa dengan mama kau ya. Assalamualaikum,” Iman tergesa-gesa meninggalkan Rayyan bila dia menyedari sudah agak lama dia bersembang dengan kawannya itu. Rayyan memandang langkah kaki Iman. Iman, aku dah lama mula jatuh hati dekat kau, bisik Rayyan perlahan. Lemah.

“JOM makan sekali,” ajak Rayyan sambil meletakkan sebungkus nasi di hadapan Iman.
            “ Kawan, cuba la bagi salam,” tegur Iman. Rayyan sengih.
            “Assalamulaikum  saudaraku Iman Nur Amni,” usik Rayyan. Iman hanya senyum. Salam di jawab bersahaja.
            “ Kau kerja dekat sini jugak ke Rayyan? Dari pagi tadi lagi ada kat hospital ni,” soal Iman. Rayyan hanya tersenyum.
            “ Makan lah. Bising la kau ni,” ujar Rayyan sambil membuka bungkusan nasinya. Iman terus memandang, bekas bekalnya langsung tidak terusik. Rayyan yang sedang menyuap nasinya terhenti. Hurm aku kalau budak ni tengok aku dengan pandangan kosong mula rasa tak sedap hati. Rasa bersalah pun ada…Iman…
            “ Aku dekat sini ikut papa aku. Dia kan pakar dekat sini. So, dari terperap dekat rumah, baik aku ikut dia. Boleh la belajar sikit-sikit. Kitakan nak sambung medic. Okay dah puas hati. Sekarang sila makan,” ujar Rayyan akhirnya.
            “ Aku bukan kisah sangat kau tak nak jawab soalan aku sebenarnya. Aku cuma terliur telur masin kau tu. Bagi kat aku boleh? Syok jugak makan nasi kerabu dengan telur masin,” usikan nakal dari Iman membuatkan Rayyan mengetap gigi. Biasa, geram.
            “ Kau ni kan…aku cubit jugak pipi montel kau tu karang. Suka je nak putar-belitkan kata-kata aku. Tak de…tak nak  bagi telur ni. Kau tu dah la montel, nak tambah montel lagi ke?” soal Rayyan.
            “ Erm, ye la…aku sedar. Aku tak lawa macam orang lain. Badan bulat je. Tak bermakna aku tak layak nak makan telur masin. Erm, tak pe lah Rayyan. Kau makanlah telur masin kau tu sorang-sorang. Aku ni, nasib baik nasi ni ada kerabu..” cukup sayu nada suara yang dilontarkan oleh Iman.Rayyan serba-salah tiba-tiba.
            “ Dah, tak payah nak buat ayat sedih. Ambik telur ni separuh,” akhirnya Rayyan mengalah. Iman tersengih.
            “ Thanks kawan. I lap you,” Iman tersengih sambil mengeyitkan matanya.
            “ Kau jangan Iman. Duk kenyit mata kat aku,” ujar Rayyan. Iman yang baru menyuapkan nasinya memandang Rayyan sambil membuat isyarat bertanya.
            “ Karang, kau kenyit mata, aku balik tidur malam ni mimpi ngeri,” cis hampeh punya kawan. Ada jugak yang macam ni.
            “ Amboi…mulut tak ada insurans nampak. Dah yang kau kenyit mata dekat aku pagi tadi kau ingat aku tak dapat mimpi ngeri. Bukan setakat mimpi ngeri kau tau tak, igauan, bayangan hah apa-apa je lah yang sewaktu dengannya menghantui aku, kau tau tak,” balas Iman pula sambil mencebik. Rayyan sengih. Memang la, dia tak pernah menang bila bercakap dengan Iman. Suasana sunyi. Masing-masing menghabiskan makanan yang tersedia di depan mata,
            “ Iman, syift kau habis pukul berapa?” soal Rayyan. Iman yang baru meneguk air membuat isyarat tunggu.
            “ Aku habis dalam pukul enam petang nanti. Asal?”
            “ Aku nak teman kau balik rumah kau la,”
            “ Aiseyh, aku dah besar la. Tak payah nak berteman,”
            “ Kau balik dengam apa?”
            “ By bus,”
            “ Balik dengan aku je lah. Aku bawa kereta. Save sikit duit kau nanti,” Iman menjulingkan mata. Okay jugak cadangan dia ni.
            “ Okaylah. Aku balik dengan kau. But, tak singgah rumah aku la. Singgah rumah pengasuh anak-anak saudara aku. Aku dah janji nak ambik diorang tadi,” Rayyan angguk setuju.
            “ Okay. Jumpa pukul enam nanti,”
            “ Erk, Rayyan. Aku nak mintak tolong sikit boleh tak?” Rayyan paandang Iman. Wajah penuh muslihat. Ai, nak ulang sejarah duduk matrik dulu ke?

IMAN segera meletakkan penyapu dan pengaut sampah ke tepi. Suara kasar seorang perempuang menengking seorang pesakit wanita yang telah tua menyentakkan dirinya. Cepat-cepat dia menghampiri.
            “ Yang mak cik nak mengada-ngada sangat ni kenapa? Makan je lah ubat tu. Duk cakap ubat tu tak sedap. Tak sedap buat ubat sendirilah. Susah betul kalau dah nyanyuk!” Masya-Allah. Dia ni kan, memang budi bahasa zero la. Dah layak bagi makan dekat beruang kutub dekat Atlantik tu.
            “ Nurse Aleesya. Dah la. Tak apa saya handle okay,” pujuk seorang nurse lain. Tengku Aleesya mencebik.
            “ What the hell I’m doing here? Patutnya daddy letak aku dekat VVIP room. Here with local. I’m dead,” amboi mulut lancang betul.
            “ Mar, kau urus je lah mak cik tua ni. Tak larat aku,” dan dia dengan senangnya berlalu. Jururawat yang bernama Mar it uterus berusaha memujuk pesakit itu untuk makan ubat.
            “ Mak cik, makanlah ubat ni. Kalau tak makan nanti, bila mak cik nak sihat?” pujuk Mar lembut.
            “ Mak cik tak nak. Mak cik nak anak mak cik yang suapkan. Kalau ubat ni anak mak cik yang suapkan, baru ubat ni sedap,” tubir mata Iman serta-merta berair. Umi.
            “Nurse, biar saya,” celah Iman. Mar memandang Iman dengan penuh kehairanan. Iman menarik tangan pesakit wanita yang sudah uzur itu.
            “ Assalamualaikum mak,” ujarnya lantas tangan itu dikucup.
            “ Jangan nak. Jangan cium tangan mak cik. Mak cik ni kotor. Hina. Anak mak cik pun dah tak nak jaga mak cik,” mak cik itu mula berlembut. Dahi Mar berkerut.
            “ Mak, setiap ibu di dunia ini mulia mak. Mak, izinkan Iman panggil mak, mak ya. Mak nama apa?” soal Iman lembut.
            “ Makcik nama Hasnah. Orang panggil Senah. Tak payah panggil mak cik, mak. Mak cik tak rasa layak,” ujar Mak Cik Senah.
            “Iman tetap nak panggil mak. Sebab Iman tak de  mak. Mak sudi kan kalau Iman panggil mak, mak?” pujuk Iman berhemah, Mar terkedu. Mak Cik Senah memeluk Iman erat.
            “ Mak, mak makan ubat ya. Iman suap,” nada Iman bertambah lembut. Mak Ci Senah menggeleng.
            “ Mak, Iman sayang mak. Kalaupun anak kandung mak tak sayang mak, biar Iman sayang mak. Mak tak sayang Iman pun tak pe, asalkan mak sudi makan ubat ni. Mak tentu tak nak sampai Iman nangis kan?” hati Mak Cik Senah luluh tiba-tiba. Kata-kata Iman meluluhkan tangkai hatinya. Ubat ditelan.
            “ Mak rehat ya. Nanti, bila Iman dah habis kerja, Iman datang tengok mak ya,” kata-kata Iman tetap lembut. Sungguh sopan. Mak Cik Senah hanya menurut. Tidak lagi membantah.

“ PANDAI awak pujuk Mak Cik Senah tu,” ujar Mar. Iman senyum.
            “ Tak adalah. Kita dengan orang tua, tambah-tambah yang tengah sakit, lepas tu ada tekanan perasaan pulak, jangan berkasar. Makin degil dia nanti,” balas Iman bersahaja.
            “ Oh ya. Saya Marlia Adura. Awak?”
            “ Iman Nur Amni,” salam perkenalan di hulur.
            “ Awak cleaner ya kat sini?” soal Marlia.
            “ Obviously. You can see that I’m wearing cleaner uniform,” jawab Iman bersahaja. Dia terdiam seketika. Melihat Marlia memandangnya.
            “Problem sir?” soal Iman.
            “Awak ni pandai kan sebenarnya Iman. Kenapa jadi cleaner?”
            “Kalau saya pandai, saya dah jadi nurse. Macam awak,” jawab Iman selamba. Tiba-tiba pintu bilik Management terbuka kasar. Tengku Aleesya yang dalam keadaan merengus keluar.
            “Spoilt that one,” komen pertama terkeluar dari mulut Iman.
            “Biasa, anak keluarga kerabat,”
            “Who..? She?” ibu jari di tunjuk ke arah belakang.  Marlia angguk.
            “Beauty without brain. Macam mana boleh jadi nurse?”
            “Daddy dia Pengarah Kesihatan dekat sini,”
            “ Erm…no wonder..” Iman terus buat muka jerk. Marlia pula yang terpinga-pinga.

No comments:

Post a Comment