Sahabat Saya...
Sunday 16 September 2012
Friday 14 September 2012
Segalanya Cinta part 4
“Iman
he loves you,” ujar Suhaila perlahan. Iman buat-buat tak
dengar. Matanya terus menatap buku Grey’s Anatomy. Suhaila meletakkan mug
berisi air koko panas di hadapan Iman. Anak-anak saudaranya sudah lama tidur
dibuai mimpi.
“ Thanks Kak Su,” balas Iman pendek.
“ Iman dengar tak apa yang akak cakap sebenarnya?” soal
Suhaila sekali lagi. Iman mengangkat muka. Earphone yang di sumbat di kedua-dua
belah telinga ditanggalkan.
“ Akak cakap apa tadi? Sorry, Super Junior attract me
more,” ujar Iman selamba. Matanya masih menatap buku Grey’s Anatomy itu.
“ Hai, sekarang awak tu masih tak sambung belajar. Rajin
nampak baca buku,” usik Suhaila. Iman
tidak memberi reaksi. Suhaila mengeluh. Kenal benar dengan perangai adiknya.
Jika dia susah mendiamkan diri dan mulai membaca, apa saja yang dituturkan
tidak akan diambil pusing.
“ Well then, akak masuk dulu lah ya,” ujar Suhaila
lembut. Iman angguk. Sesekali dia meneguk minuman yang disediakan kakak
iparnya. Suhaila merenung Iman.
“ Duka itu belum berakhir bukan… kamu terlalu tabah, dan
akak terlalu mengagumi ketabahanmu,” bisik Suhaila perlahan.
KERATAN akhbar yang
diletakkan di dalam buku Grey’s Anatomy itu di tatap lagi. Sejarah hitam dalam
hidupnya dua tahun yang lampau. Yang telah mengubah dirinya. Mungkin dia
kelihatan ceria, gembira, periang, tapi itu sekadar topeng. Dia ingin bangkit.
Tidak mahu pengorbanan yang dilakukan alongnya menjadi sia-sia.iman menyelak
baju lengan panjang yang di pakainya sehingga ke paras bahu. Parut sepanjang
enam inci itu dipandang lama.
“Abah, umi, along, Iman sedang cuba bangkit. Maafkan Iman
sebab pernah terfikir untuk membunuh diri. Perkara terlaknat dan sangat
dimurkai. Cuma waktu itu, Iman masih belum mampu menerima. Masih belum matang.
Along, terima kasih, sebab along berikan Iman seorang kak ipar yang sentiasa
berdiri bersama kakak tak kira masa,” keratan akhbar itu di tatap lagi.
“KEJAM!! TIGA SEKELUARGA DI BUNUH!!”
Anak
lelaki keluarga malang ini dibunuh ketika cuba melindungi adik perempuannya
dari menjadi mangsa rogol
Iman memejamkan
matanya. Mengimbas kembali peristiwa dua tahun silam.
Abah menepuk bahu Iman
bangga. Makan malam bersempena kejayaannya mendapat 8A+, 1A- dalam SPMnya. Umi
pula sedang ligat menyusun hidangan. Sudah berulang kali Iman menawarkan
bantuan tapi uminya menolak baik.
“ Malam ni malam kakak. Anak perempuan tunggal umi. Mana
lah tahu, ini adalah masakan umi yang terakhir kakak rasa,” ujar umi sambil
mengukir senyuman manis.
“ Apa umi ni cakap macam tu. Macam lah Iman pergi sambung
belajar lepas ni dan dah tak balik-balik dah,” balas Iman sedikit geram.
“ Anak abah lupa ke, umi dengan abah dah tua. Bila-bila
masa kami ni akan ‘pergi’ anak abah suka atau tak, anak abah kena terima takdir
Yang Esa,” sedikit kata-kata nasihat diluahkan Iman hanya mengangguk.
“ Eh, mana along dengan keluarga dia ni? Abah tak nampak
pun,” ujar abah dalam nada bimbang.
“ Alah, on the way lah tu abah. Kejap, Iman call,” belum
sempat Iman mendail nombor alongnya, kedengaran ketukan di muka pintu utama
bertalu-talu.
“ Panjang umur betul along ni, baru je nak call dia. Iman
pergi bukak pintu okay,” ujar Iman riang lantas melompat ke pintu utama. Iman
mencapai selak pintu lantas membuka pintu.
“ Along ni lambatlah….Iman dah lapar….” Namun belum
sempat dia menghabiskan kata-katanya, terasa satu benda yang keras dan sejuk
terletak elok di lehernya. Perlahan-lahan rasa perih dan ngilu terasa. Iman
cuba melihat wajah ketiga-tiga perompak bertopeng itu namun tak berdaya.
“ Iman, along dah mari makan,” namun kata-kata abah
terhenti sebaik saja melihat Iman berada dalam pelukan seorang perompak dan
parang panjangnya yang tajam berkilat terhunus di leher anak perempuannya.
“ Abah,” ucap Iman sepatah. Air mata ketakutannya menitis
keluar.
“ Serahkan semua barang berharga atau anak kau kami
bunuh!” ugut salah seorang perompak bertopeng itu sambil turut mengacukan
parangnya. Abah hanya diam.
“ Cepat, tunjukkan!” jerkah salah seorang dari mereka
lagi. Umi yang mendengar hingar-bingar di ruang tamu keluar meninggalkan dapur
namun pergerakkannya terhenti apabila terasa seseorang menghentak kepalanya
kuat.
“ Umi!” jerit Iman kuat. Dia meronta. Dek kerana rontaan
secara tiba-tiba oleh Iman, perompak yang memegang Iman terkejut, lantas
menghayun parangnya. Parangnya berjaya mencederakan bahu Iman namun Iman tidak
peduli. Baginya uminya adalah segala-galanya. Abah cuba melawan. Perasaan
bimbang dan risau terhadap anak dan isterinya lebih membuak-buak.
“ Asmah!” panggil abah kuat. Dia menerpa ke arah
isterinya dan tanpa dia sedar, sesuatu yang sejuk dan pedih menikam perutnya.
Abah memekap perutnya. Cecair merah pekat yang hangat mengalir keluar. Iman
menjerit hysteria. Melihat tubuh abah yang rebah berdekatan jasad uminya yang
sudah kaku.
“ Abah….abah….jangan tinggalkan Iman. Abah, umi…bangun,” tangis
Iman tidak mampu ditahan lagi. Iman hilang pertimbangan. Dia menerpa ke arah
perompak yang menikam abahnya.
“ Binatang kau…binatang!” jerit Iman kuat. Dia cuba
menumbuk perompak itu sekuat hati namun tiada satu tumbukannya pun yang mampu
menumbangkan si perompak bertubuh sasa.
“ Woi,perempuan ni melawan la,” ujar si perompak pada
kawannya. Mereka berdua ketawa. Ketawa ibarat syaitan. Manakala seorang lagi
hanya mampu memandang dengan pandangan mata yang berair.
“ Kau berani kan,” ujar sang perompak lantas mendekati
Iman. Iman terundur-undur. Malang untuk Iman bila perompak kedua pula yang
berdiri di belakangnya.
“ Alang-alang dah ada daging segar, apa salahnya kita
berseronok sikit. Kan adik manis,” perompak pertama berbisik. Iman bertambah
takut.
“ Eh, apa korang ni, kita cuma nak ambil barang berharga
je,” bantah perompak ke tiga.
“ Kau ni. Cubalah jadi jantan,” dan perompak kedua dan
pertama mulai memegang tubuh Iman. Iman meronta-ronta minta dilepaskan. Iman ditolak rebah dan perompak pertama terus menghimpit tubuh Iman. Tangannya memegang kedua-dua belah tangan Iman dan mulai mencumbu wajah yang sudah penuh dengan air mata itu. perompak kedua pula mula mencarik baju yang masih tersarung di tubuh Iman. Iman meronta-ronta. Dia menjerit meminta tolong.
Perompak ketiga keluar dari ruang tamu itu. Badannya menggigil. Tidak sanggup
mendengar rintihan dan tangisan anak remaja itu.
“ Iman!” terdengar satu suara menjerit. Iman yang sudah
hampir separuh sedar hanya dapat melihat alongnya menerpa dan membelasah
perompak-perompak itu. Namun alongnya tersilap langkah, perompak kedua menikam
alongnya tepat ke jantung. Wajah alongnya berkerut menahan kesakitan yang kian terasa. darah yang bersimbahan di lantai membuatkan alongnya sukar untuk menghampiri Iman. Iman yang sudah semakin lemah merangkak menghampiri
alongnya.
“ Maafkan along, tak dapat lindungi
Iman…Allah,” dan Iman terus pengsan dan tidak sedarkan diri. Dia hanya berharap semoga Allah mengutuskan seseorang untuk melindungi dirinya dan maruahnya.
Monday 10 September 2012
Bab 10
Hazimi
merenung
wajah Megat Saifuddin yang lesu. Kenangan lalu mengetuk ruang memori. Betapa
pantas masa berlalu. Dulu tubuh ini padat berisi. Gagah terampilnya kini
terbaring tak bermaya. Hazimi mengeluh lagi. Baru saja dia bukakan pintu hati
memaafkan papanya kini papanya hampir pergi. Baru saja dia ingin bermesra.
Ya Allah..mengapa ujian silih
berganti dalam hidupku? Aku dah tak berdaya lagi.. luah hatinya. Air mata
mengalir lagi. Hazimi tersentak tatkala merasakan ada sentuhan lembut di
bahunya. Air matanya yang belum pun mengalir dikesat. Hazimi berpaling.
“
Mama..” tegur Hazimi lantas menyalami Raja Faridah.
“
Kawan-kawan Jimi mama suruh tinggal dekat rumah mama.. mama tahu Jimi tentu tak
selesa kalau mereka tinggal dengan Jimi kan,” ujar Raja Faridah.
“
Maaflah mama..menyusahkan mama pulak,” ujar Hazimi. Raja Faridah tersenyum.
“
Erm.. Jimi..kamu tak bagitau kawan-kawan kamu ke yang kamu dah bercerai?” soal
Raja Faridah. Hazimi menggeleng. Raja Faridah mengerti.
“
Ma..sebaik saja papa sedar saya akan pergi,” ujar Hazimi. Raja Faridah hanya
mampu mengangguk.
AZWANI terdiam tatkala disoal
bertubi-tubi oleh adik iparnya nan satu. Suasana dalam bilik Amiera serasa
hangat walaupun alat pendingin hawa terpasang.
“
Akak..siapa dia..kenapa adik rasa adik kenal dia? Kenapa adik rasa adik rindu
pada dia..tolonglah akak.. adik tak nak khianati Izham. Adik tunangnya tapi
merindui orang lain,” ujar Amiera sayu. Azwani mengeluh. Berat mulutnya untuk
berkata-kata dek teguhnya janji yang terpasak di dalam jiwa. Akhirnya Azwani
bangkit lantas berjalan menuju ke arah laci meja yang sekian lama dikunci dan
dialah yang memegang kuncinya. Dikatakan pada adiknya kunci itu hilang. Azwani
mengambil sesuatu dari celah-celah buku yang tersusun. Azwani menghampiri
Amiera.
“
Ini diari adik..bacalah..semoga ingatan dan segala persoalan adik akan
terjawab,” ujar Azwani lantas berlalu. Amiera mencapai diari yang diletakkan
Azwani di hadapannya.
12 Januari 1998
Aku benar-benar tertarik dengan gaya dan
penampilannya. Namun aku kecewa tatkala aku tahu yang dia guruku. Rasa hati
yang mula menggila ku tepis jauh-jauh. Aku yakin apa yang aku rasakan sekarang
ini hanya perasaanku saja. Biasalah remaja.. ya aku yakin aku langsung tidak
berminat padanya.
14 Februari 1998
Aku tak pernah menyangka dia akan
mengajar subjek Sejarah di kelasku. Ah..dia benar-benar telah mengikat hatiku.
Ya Allah..tak sepatutnya aku meraskan perasaan ini. Aku anak didiknya dan dia
hanya memberikan ilmu kepadaku. Tidak lebih dari itu.. bagaimana untuk aku
menghadapi dia setiap hari nanti? Ah hati.. kawallah emosi diri..
15 Februari 1998
Teman-temanku mula berminat dengan guru
kami. Pelbagai impian disulam dan aku
hanya mendengar.. aku takut untuk menyimpul angan-angan seperti mereka. Aku
takut hatiku akan terluka nanti. Sebaiknya aku membuang perasaan yang
mendatangi aku.
Amiera menghentikan bacaannya. Dia membelek-belek
diari itu. Mencari sesuatu yang dia sendiri tidak pasti. Azwani hanya memerhati
dari balik daun pintu.
Mellina mengeliat malas. Suara azan yang
berkumandang mengganggu lenanya. Sayup-sayup kedengaran alunan yang benar-benar
menusuk jiwa. Entah mengapa alunan itu terasa mendamaikan jiwa. Mellina bangun
daru katilnya lantas keluar . Dia ke dapur tetapi terkejut melihat Raja Faridah
di situ. Dia ingin menyapa lantas dia menuju ke arah Raja Faridah.
“ Auntie..you
woke up so early,” ujar Mellina. Raja Faridah terkejut.
“
Oh..Melly..of course..as a muslim I must woke early in the morning to perform
prayer,” ujar Raja Faridah.
“
Prayer? You woke up so early just to perform prayer?” ujar Mellina bingung.
“ Melly..
your religion also need you to pray right,” ujar Raja Faridah.
“Yes..but
only on Sunday. Not every morning,” jawab Mellina.
“
Melly.. that is the different of Christian and Islam.. in a day.. we must
performs prayer for five times,” ujar Raja Faridah.
“
Wou..how awful..five times? No way,” ujar Mellina. Raja Faridah
menjungkitkan bahu lantas berlalu. Malas melayan kerenah Mellina.
HAZIMI masih
setia menunggu di wad papanya. Hafizi dan Zahrah telah pun ditemui. Kedua-dua
adiknya itu langsung tidak kelihatan kesal dengan perbuatan mereka. Hazimi
mengeluh lagi. Ibu tirinya lesap entah ke mana. Menurut kata Zahrah ibunya itu
menghadiri parti. Hazimi menenung wajah Megat Saifuddin. Kasihan
papa..disaat-saat begini pun makcik masih ada masa untuk berparti.. kalau macam
ni la dah dikira isteri yang nusyuz… detik hatinya. Tiba-tiba mata Hazimi
tertancap pada jejari papanya yang mulai bergerak-gerak. Dia segera memanggil
doktor.
Doktor Ismadi memeriksa keadaan Megat
Saifuddin sebaik saja Megat Saifuddin sedar. Wajah yang mula-mula ditatapnya
tidak lain tidak bukan wajah Hazimi anaknya.
“ Bagaimana doc?” soal Hazimi.
“ Tuan Megat dalam keadaan baik tapi buat
sementara ni saya minta Tuan Megat duduk dulu di hospital untuk pemantauan,”
ujar Doktor Ismadi. Hazimi mengangguk. Hazimi kembali duduk di atas kerusi yang
disediakan.
“ Ji..Ji..mi..ma..ma ka..kamu mana?” soal
Megat Saifuddin lemah.
“ Mama pergi belikan makanan. Papa
rehatlah dulu. Papa belum sembuh sepenuhnya lagi,” ujar Hazimi.
“ Pa..pa..nak.. air,” pinta Megat
Saifuddin. Hazimi pantas mengambil segelas air suam lantas disuakan ke mulut
papanya. Megat Saifuddin terharu. Anak yang selalu dipukulnya kini sedang
merawatnya. Hatinya sebak.
“ Papa..kenapa ni? Papa sakit lagi ke?”
soal Hazimi lembut. Megat Saifuddin menggeleng.
“ Terima kasih Jimi sebab jaga papa.
Padahal masa kamu kecil dulu papa tak pernah jaga kamu masa kamu sakit..malah
papa menambahkan sakit kamu.. sekarang anak yang papa julang tak hiraukan papa.
Isteri yang papa timang-timang tak merawat papa..tapi sebaliknya kamu dan mama
kamu yang susah payah menjaga papa. Padahal papa banyak menyakiti kamu
berdua..papa kesal,” luah Megat Saifuddin.
“ Sudahlah papa.. Jimi dan mama dah
lupakan semua tu..papa rehat dulu ya. Papa masih lemah..soal Hafizi dan Zahrah
biar Jimi yang selesaikan. Erm..kalau pasal mak cik nanti Jimi usahakan,” janji
Hazimi. Megat Saifuddin bertambah sebak. Mulianya anakku ini..desis hatinya.
“ Jimi..papa ada satu permintaan..”
JOHNNY merenung wajah
Mellina di hadapannya.
“
Are you sure Melly.. doesn’t it to fast?” soal Johnny. Mellina angguk.
“
Yes Johnny and I’m deadly serious. I want to change my religion. I think Islam
suite me well,” ujar Mellina. Johnny terangguk-angguk.
“
How about Uncle Graham and Auntie Jade? Do you think they can accept your
decision?” soal Johnny pula.
“
I’m big enough to make my own decision in my life. Whether they like it or not
I’ll still choose Islam.. and I’ll stay in Malaysia,” ujar Mellina. Johnny
hanya menurut.
Petang itu
Mellina meluahkan hasratnya untuk memeluk Islam kepada Raja Faridah.
“ Melly yakin ke?” soal Raja Faridah.
Sejak tiga minggu berada di rumahnya Mellina mulai berlatih bercakap dalam
bahasa Melayu.
“ Ya..saya yakin,” ujar Mellina pelat.
“ Alhamdulillah.. tomorrow I’ll brings you to the Islam Officers.. I hope you’ll enjoy
being as a muslim,” ujar Raja Faridah.
“ How’s Johnny?” soal Raja
Faridah.
“ He’ll going home tomorrow, since
Jimmy’s father awaken they look often together,” ujar Mellina.
“Mellina..
you should learn to speak in Malay now,” ujar Raja Faridah.
“I’m
trying,” jawab Mellina. Raja Faridah hanya tersenyum.
HAZIMI menadah tangan tanda syukur.
Betapa besarnya kuasa Allah. Hanya dalam tempoh tiga minggu di rumahnya hati
Mellina terbuka untuk Islam. Kini gadis itu mulai memakai pakaian yang sopan
dan menutup aurat.
“ But Melly..are you really sure about this?
I’m afraid that you’ll regret it later,” ujar Hazimi sebaik saja Mellina
di-Islamkan.
“Jimmy..many years I live as a Christian, not
many I knew..but when I’m here..when I’m heard the azan..I feel comfortable..
I’m really thanked for the gift that I had received Jimmy..saya mahu jadi muslimah
sejati..menjadi muslimah seagung Siti Khadijah isteri Nabi Muhammad S.A.W.
Tolong bimbing saya,” ujar Mellina pelat. Hazimi kagum. Sedikit sebanyak
Mellina mulai belajar tentang Islam.
“
Johnny akan pulang esok.. awak tak mahu balik ke?” soal Hazimi.
“ No.. I’ll stay here after I’m had enough with my new religion,” jawab
Mellina. Hazimi tersenyum. Dia tahu pasti Mellina mendapat bimbingan mamanya..
“ I’ll left to Mexico with Johnny
tomorrow. I want to further my study,” dan jawapan Hazimi langsung tidak
mengejutkan Mellina.
Fazlina
menumbuk-numbuk bantal tidurnya. Dia benar-benar marah dengan apa yang sedang
terjadi. Perkahwinan Izham dan Amiera akan berlangsung dalam masa lima bulan
lagi. Masa yang agak lama tetapi cukup menyeksa Fazlina. Sakit hatinya apabila
dia gagal membuktikan Izham akan menjadi miliknya. Masih jelas kedengaran
kata-kata penghinaan dari Izham suatu waktu dahulu.
“ Kau tak layak jadi isteri aku
Lina.. kau perempuan murahan. Sanggup menggadai maruah demi wang ringgit !”
jerkah Izham. Fazlina kembali sedar ke alam nyata. Perkahwinan Izham dan Amiera
perlu di halang.
Yusra termenung.
Direnungnya Hazimi dari balik pintu keretanya. STPM telah berlalu. Dia tidak mempunyai apa-apa perhubungan lagi
dengan Hazimi. Hazimi bekas gurunya. Dendamnya pada Hazimi tidak pernah padam.
Sakit hatinya pada bekas gurunya terasa menikam. Perlahan-lahan air matanya
menitis. Menangis dia sendirian mengenangkan Faezah yang sedang menderita sakit
jiwa. Dia terlalu mencintai Hazimi tetapi Hazimi mengecewakan cinta sahabatnya.
Dia benci Hazimi. Dia benci Amiera. Hampir saja dia terlompat keriangan tatkala
mengetahui Amiera dan Hazimi bercerai namun keriangannya tidak lama saat dia
melihat Hazimi dengan seorang wanita lain dan kelihatan sangat mesra. Yusra
menghentak stereng kereta. Marahnya kembali membara.
Hazimi, dendamku padamu tak akan
padam!
Segalanya Cinta part 3
AZFAR dan Aisyah
didakap erat. Sebungkus keropok lekor dihulur buat Kak Milah. Rayyan turut
dijemput masuk.
“ Masuk lah. Buat macam rumah Kak Milah,” ajak Iman selamba
sambil menanggalkan stokin di kaki. Rayyan hanya tersenyum sambil menggeleng.
Dia melabuhkan duduknya di sofa. Telatah anak-anak saudara Iman yang bermain
bersama-sama mencuit hatinya.
“ Kak Milah, abang dengan Syah dah mandi?” soal Iman yang
mengekor Kak Milah ke dapur.
“ Astaghfirullah...terkejut Kak Milah. Yang Iman mengekor
sampai ke dapur ni kenapa?” marah Kak Milah. Geram.
“Saja nak intai Kak Milah masak apa,” ujar Iman sambil
rajin membuka tudung saji.
“ Kak Milah masak simple je hari ni. Sardin tumis dengan
telur dadar. Syah meragam tadi. Badannya panas sikit,” laporan lengkap
diberikan.
“ Aik, masa Iman peluk tadi okay je suhu dia,” balas Iman
pula.
“ Okaylah sebab Kak Milah dah buat macam yang Iman selalu
buat tu. Basahkan kepala Syah dengan daun bunga cina,” jawab Kak Milah. Iman
buat muka blurrr. Roti di atas meja makan diambil.
“ Hish, Iman ni. Ada pulak duduk kat dapur. Tetamu Iman
dekat luar tu,” sergah Kak Milah yang sedang mengacau air.
“ Ala, tak kena culiknya si Rayyan tu. Dah besar
panjang,”
“Bukan pasal hal tu tapi tak manis,” tegur Kak Milah lagi
sambil menolak badan Iman ke arah ruang tamu. Iman tersenyum. Betul jugak. Kak
Milah menyambung kerjanya.
“ Kak Milah, abang dah mandi ke belum,” sergahan itu
hampir saja membuatkan piring di tangan Kak Milah terlepas.
“ Iman ni kan. Suka buat Kak Milah terkejut. Ingat dah ke
depan,” rungut Kak Milah.
“ Dah Kak Milah tak jawab soalan Iman,”
“ Soalan apa?”
“ Abang tu dah mandi ke belum?”
“ Belum. Katanya nak Uda dia mandikan. Mana taknya dah
sebulan Iman yang mandikan dia setiap petang. Tentulah dia nak Iman mandikan
dia jugak,”
“ Okay. Iman ada assistant hari ni nak tolong Iman
mandikan abang,” Iman kenyit mata.
“ Sapa?”
“ Rayyan, jom!” jerit Iman. Kak Milah mengeleng. Nasib
kau la Rayyan.
AZFAR terus memeluk
uminya sebaik saja wajah Suhaila terjengul di rumah pengasuh.
“ Iman, siapa yang datang?” soal Suhaila.
“ Kawan Iman. Saja nak ajak dia jalan-jalan. Iman suruh
dia makan sini,” ujar Iman selamba.
“ Selamba badaknya dia. Ni bukan rumah akak tau, rumah
Kak Milah. Kak Milah tak cakap apa-apa?” soal Suhaila lagi.
“ Kak Milah yang suruh dia makan sini. Kebetulan Iman
cakap nak masak sotong sumbat. Tu yang dia beria suruh kawan Iman makan sini,”
“ Kawan Iman nama apa?”
“ Akak teka sendiri,” balas Iman selamba. Suhaila
menggeleng. Azfar sudah terkedek-kedek mengikut langkah ibu saudaranya. Suhaila
menghulurkan senyuman seketika buat Rayyan. Melihat Aisyah yang terlena di
pangkuan Rayyan dan baju t-shirt Iman yang tersarung dibadan Rayyan, sudah
dapat dijangka. Iman!
RAYYAN berdiri di
hadapan keretanya.
“ Terima kasih. Kau dah bagi aku satu pengalaman yang
menarik hari ni. Aku tak pernah rasa semua tu,” ujar Rayyan ikhlas.
“No biggies. Dah tu yang kau mintak atas pertukaran
pertolongan yang aku mintak,”
“ Aku bukan apa. Dengar suara kau cerita dalam telefon
pasal anak-anak saudara kau macam syok je. Tu yang aku teringin nak rasa apa
yang kau rasa,” balas Rayyan lagi.
“ Hek eleh. Small matter la kawan,” jawab Iman pendek.
Mendengar perkataan ‘kawan’ wajah Rayyan bertukar riak.
“ Iman, kau memang anggap aku sebagai kawan je ke? Tak
lebih?” soal Rayyan serius. Iman memandang wajah Rayyan yang berubah serius.
“ Dah tu, aku nak anggap sebagai apa? Abang? Eh, tak nak
lah aku. Kau tu dah la tak matang,” ujar Iman selamba.
“ Kau ni tak faham maksud aku ke sengaja buat-buat tak
faham?” marah Rayyan.
“ Eh, la. Yang kau marah-marah ni kenapa? Cuba cerita
sikit. Kau ada masalah ye,” dengan muka innocent yang comel Iman memandang
wajah Rayyan. Rayyan merengus.
“ Bila kau nak matang Iman?” soal Rayyan. Iman
menjulingkan matanya. Mematahkan jari-jemarinya. Berdetup-detap bunyinya.
“ Selagi aku tak kawin, selagi tu la kot,” jawab Iman
lagi. Bersahaja tanpa ingin mengambil serius pertanyaan Rayyan.
“ Kalau macam tu, kita kawin,” tegas kedengaran suara
Rayyan.
“ Weh, kau punya skru dekat kepala tercabut ke apa? Ada gila
ke nak kawin awal. We are furthering our studies la Rayyan,” pantas Iman
menjawab.
“ Sebab tu la. Kita nak pergi jauh. Bukan dekat. Dekat bumi
Ireland tu. Kalau kita ada ikatan, at least we can take care of each other,”
“ We still can take care of each other walaupun tak ada
ikatan,” hujah Iman pula.
“ Kau tak faham Iman,”
“ Kau tak berterus-terang dengan aku. Mana aku nak faham.
Cubalah cakap tu biar jelas. Dah la kau suka cakap berbelit-belit. Saja nak
mainkan aku. Dah tu, tiba-tiba nak suruh aku faham. Memang aku tak faham la,”
Iman makin hilang sabar. Rayyan menunduk.
“ Rayyan, terus-terang dengan aku boleh tak?” pinta Iman
lembut. Rayyan menggeleng lemah.
“ Assalamualaikum Iman. Selamat malam,” ujar Rayyan lemah
sambil menutup pintu keretanya. Iman cuba sedaya-upaya mengawal air matanya
dari tumpah.
“ Aku faham Rayyan. Tapi kau tak tahu siapa aku. Aku lebih dari tahu, dan aku takut bila kau tahu siapa aku,aku akan kehilangan kau. Aku sayangkan kau Rayyan. Sepenuh jiwa aku, jika dengan melangkah lebih dari garisan persahabatan ini, aku kehilangan kau. Aku lebih rela, kita kekal sahabat buat selamanya," bisik Iman dengan juraian air mata di pipi.
Sunday 9 September 2012
Segalanya Cinta part 2
IMAN rajin mengemop
lantai dalam dewan bedah itu. Dia melakukan kerjanya dengan cermat dan cepat.
Waktu dewan bedah ini kosong, dia perlu menyudahkan tugasannya secepat yang
mungkin.
“ Walaupun awak cuma cleaner, tapi tugas awak kat sini
pun penting. Kalau hospital ni tak bersih, kuman cepat merebak. Faham?” Iman
angguk lagi. Tag nama yang tersemat di baju seragam jururawat muda dihadapannya
dikerling. Oh, Tengku Aleesya. Bisik hatinya .
“ Kau tengok aku ni kenapa? Buat je lah kerja tu. Dah la
bodoh,belajar tak pandai, nak mop lantai pun tak reti jugak,” wah…manisnya
bahasa, gumam Iman sendiri.
“ Baik,” jawab Iman sepatah. Idea nakal menjelma. Hehehe,
kau ingat aku ni barua kau ke apa? Suka-suka hati je cakap aku bodoh. Nanti
kau, bisik hati Iman.
“ Aleesya, I need you now in the ER,” panggil seorang
doktor lelaki.
“ Baik doc,” balas Tengku Aleesya lembut lantas mengekori
doktor muda yang hanya dilihat lewat ekor mata Iman.
“ Haila…dengan lelaki boleh pulak cakap
lemah-lembut. Tak tau ke dosa melenggok-lenggokkan suara? Hish, sia-sia je
belajar pandai-pandai kalau hal agama pun tak tahu,” ujar Iman sambil menarik
bekas mop dan cucian. Dia keluar dari dewan itu kerana dia yakin,dewan bedah itu
akan digunakan sekejap lagi.
“ Hoi Iman!” sergah satu suara.
“ Ya Allah pocong sergah aku!” spontan Iman melatah.
Terdengar satu suara garau ketawa.
“ Mohd Rayyan Hakimi kau nak makan sup kasut ke pagi-pagi
macam ni?” soal Iman geram. Rayyan tersengih.
“ Kau ni macam mak nenek lah. Kena sergah sikit dah
melatah..”
“ Banyak la mak nenek kau. Kau ingat nyawa aku ada
spare-part? Kalau aku ada sakit jantung dah lama naik atas tau,” marah Iman
lagi.
“ Ala…apa takut, sini hospital. Kau kena heart-attack je
boleh terus masuk wad punya,”
“ Pandaila kau. Last-last, dewan bedah yang aku baru
bersihkan tadi jadi tempat aku duduk pulak,” balas Iman.
“ Iman, kau ni, macam tak kenal perangai gila aku. Kita
dah setahun kawan tau,” ujar Rayyan.
“ Ha’ah. Apa la malang nasib aku, dua-dua sem aku sangkut
dengan kau masa dekat matrik dulu,” usik Iman.
“ Sampai hati kau kan. Aku kemain lagi gembira, setahun
dengan kau. Kau boleh cakap aku ni malang,” rajuk Rayyan.
“ Mana tak malangnya…asyik-asyik kena undi jadi partner
kau. Segala assignment kena buat dengan kau. Kalau aku tak ingatkan kau untuk
siapkan part kau, memang tak siaplah. Tak ke malang nasib aku, duk Kolej
Matrikulasi Kedah tu jadi babysitter baby tua,” ujar Iman lagi.
“ Eh Iman, tu bukan malang. Tu tandanya aku dengan kau
ada jodoh tau,” balas Rayyan lagi.
“ Eh,tak de masa nak berjodoh-jodoh dengan kau. Kau tu
dah la tunggul kayu, tak de perasaan. Masa kau couple dengan Linda tu,kesian
aku tengok Linda, macam tak de pakwe. Nasib baik masuk sem dua korang putus.
Kalau tak, merana la..” Rayyan sengih mendengar kata-kata Iman.
“ Aku dengan dia memang jadi tunggul kayu. Kalau dengan
kau aku jadilah pokok hidup,” bersahaja Rayyan menuturkan kata-katanya sambil
mengenyitkan matanya.
“ Euuww…geli gila kau main kenyit-kenyit mata. Ke kau
sakit mata? Kalau kau sakit mata, pergi jumpa doktor, untung-untung kau dah ada
dekat hospital,” ujar Iman selamba sambil menolak bahu Rayyan.
“ Kau cepat-cepat la jadi doktor. Penyakit aku ni, kau
sorang je boleh ubatkan,” nakal Rayyan
mengusik Iman, cuba mencari sebarang perubahan pada wajah gadis manis itu.
Namun, Iman hanya tenang. Seperti biasa.
“ Kalau aku, nak hilangkan penyakit kau ni senang je. Aku
telefon papa kau, cakap yang kau ni
memang tahap gatal miang rebung buluh tu
dah di tahap kronik, jadi dia kena pinangkan seseorang untuk dijadikan menantu
dia sebelum penyakit anak dia ni makin parah,” selamba Iman membalas kenakalan
Rayyan.
“ Dan aku akan cakap, papa masuk meminang Iman Nur Amni,
sebab Rayyan tak nak kawin dengan orang lain selain dia. Okay,kau setuju jadi
isteri aku?” soal Rayyan. Iman terdiam. Matanya merenung wajah Rayyan.
“ Tak mahu lah aku. Gila kalau kawin dengan kau nanti,aku
dah tak boleh nak gaduh-gaduh dengan kau. Nanti dapat dosa, jadi isteri
derhaka. Tapi kalau aku sahabat kau, aku nak gaduh dengan kau hari-hari pun
okay. So, kesimpulannya aku tak nak jadi isteri kau,” Iman tersengih sebaik
saja melihat wajah Rayyan yang mencuka.
“ Kau ni. Aku tak kira. Aku nak jugak kawin dengan kau,”
usik Rayyan.
“ Erm, boleh la kalau aku tak de yang berkenan di hati.
Tapi aku sure punya, kau tak kan suka aku. Aku nie kategori montel dan comel.
Kau tu taste kau yang langsing je…eh, dah la, tak terbuat kerja aku sembang
dengan kau. Tak halal pulak nanti gaji aku. Dah-dah, aku nak sambung kerja ni.
Kirim salam dekat papa dengan mama kau ya. Assalamualaikum,” Iman tergesa-gesa
meninggalkan Rayyan bila dia menyedari sudah agak lama dia bersembang dengan
kawannya itu. Rayyan memandang langkah kaki Iman. Iman, aku dah lama mula jatuh
hati dekat kau, bisik Rayyan perlahan. Lemah.
“JOM makan sekali,”
ajak Rayyan sambil meletakkan sebungkus nasi di hadapan Iman.
“ Kawan, cuba la bagi salam,” tegur Iman. Rayyan sengih.
“Assalamulaikum saudaraku
Iman Nur Amni,” usik Rayyan. Iman hanya senyum. Salam di jawab bersahaja.
“ Kau kerja dekat sini jugak ke Rayyan? Dari pagi tadi
lagi ada kat hospital ni,” soal Iman. Rayyan hanya tersenyum.
“ Makan lah. Bising la kau ni,” ujar Rayyan sambil
membuka bungkusan nasinya. Iman terus memandang, bekas bekalnya langsung tidak
terusik. Rayyan yang sedang menyuap nasinya terhenti. Hurm aku kalau budak ni
tengok aku dengan pandangan kosong mula rasa tak sedap hati. Rasa bersalah pun
ada…Iman…
“ Aku dekat sini ikut papa aku. Dia kan pakar dekat sini.
So, dari terperap dekat rumah, baik aku ikut dia. Boleh la belajar sikit-sikit.
Kitakan nak sambung medic. Okay dah puas hati. Sekarang sila makan,” ujar
Rayyan akhirnya.
“ Aku bukan kisah sangat kau tak nak jawab soalan aku
sebenarnya. Aku cuma terliur telur masin kau tu. Bagi kat aku boleh? Syok jugak
makan nasi kerabu dengan telur masin,” usikan nakal dari Iman membuatkan Rayyan
mengetap gigi. Biasa, geram.
“ Kau ni kan…aku cubit jugak pipi montel kau tu karang.
Suka je nak putar-belitkan kata-kata aku. Tak de…tak nak bagi telur ni. Kau tu dah la montel, nak
tambah montel lagi ke?” soal Rayyan.
“ Erm, ye la…aku sedar. Aku tak lawa macam orang lain.
Badan bulat je. Tak bermakna aku tak layak nak makan telur masin. Erm, tak pe
lah Rayyan. Kau makanlah telur masin kau tu sorang-sorang. Aku ni, nasib baik
nasi ni ada kerabu..” cukup sayu nada suara yang dilontarkan oleh Iman.Rayyan
serba-salah tiba-tiba.
“ Dah, tak payah nak buat ayat sedih. Ambik telur ni
separuh,” akhirnya Rayyan mengalah. Iman tersengih.
“ Thanks kawan. I
lap you,” Iman tersengih sambil mengeyitkan matanya.
“ Kau jangan Iman. Duk kenyit mata kat aku,” ujar Rayyan.
Iman yang baru menyuapkan nasinya memandang Rayyan sambil membuat isyarat
bertanya.
“ Karang, kau kenyit mata, aku balik tidur malam ni mimpi
ngeri,” cis hampeh punya kawan. Ada jugak yang macam ni.
“ Amboi…mulut tak ada insurans nampak. Dah yang kau
kenyit mata dekat aku pagi tadi kau ingat aku tak dapat mimpi ngeri. Bukan
setakat mimpi ngeri kau tau tak, igauan, bayangan hah apa-apa je lah yang
sewaktu dengannya menghantui aku, kau tau tak,” balas Iman pula sambil
mencebik. Rayyan sengih. Memang la, dia tak pernah menang bila bercakap dengan
Iman. Suasana sunyi. Masing-masing menghabiskan makanan yang tersedia di depan
mata,
“ Iman, syift kau habis pukul berapa?” soal Rayyan. Iman
yang baru meneguk air membuat isyarat tunggu.
“ Aku habis dalam pukul enam petang nanti. Asal?”
“ Aku nak teman kau balik rumah kau la,”
“ Aiseyh, aku dah besar la. Tak payah nak berteman,”
“ Kau balik dengam apa?”
“ By bus,”
“ Balik dengan aku je lah. Aku bawa kereta. Save sikit
duit kau nanti,” Iman menjulingkan mata. Okay jugak cadangan dia ni.
“ Okaylah. Aku balik dengan kau. But, tak singgah rumah
aku la. Singgah rumah pengasuh anak-anak saudara aku. Aku dah janji nak ambik
diorang tadi,” Rayyan angguk setuju.
“ Okay. Jumpa pukul enam nanti,”
“ Erk, Rayyan. Aku nak mintak tolong sikit boleh tak?”
Rayyan paandang Iman. Wajah penuh muslihat. Ai, nak ulang sejarah duduk matrik
dulu ke?
IMAN segera meletakkan
penyapu dan pengaut sampah ke tepi. Suara kasar seorang perempuang menengking
seorang pesakit wanita yang telah tua menyentakkan dirinya. Cepat-cepat dia
menghampiri.
“ Yang mak cik nak mengada-ngada sangat ni kenapa? Makan
je lah ubat tu. Duk cakap ubat tu tak sedap. Tak sedap buat ubat sendirilah.
Susah betul kalau dah nyanyuk!” Masya-Allah. Dia ni kan, memang budi bahasa
zero la. Dah layak bagi makan dekat beruang kutub dekat Atlantik tu.
“ Nurse Aleesya. Dah la. Tak apa saya handle okay,” pujuk
seorang nurse lain. Tengku Aleesya mencebik.
“ What the hell I’m doing here? Patutnya daddy letak aku
dekat VVIP room. Here with local. I’m dead,” amboi mulut lancang betul.
“ Mar, kau urus je lah mak cik tua ni. Tak larat aku,”
dan dia dengan senangnya berlalu. Jururawat yang bernama Mar it uterus berusaha
memujuk pesakit itu untuk makan ubat.
“ Mak cik, makanlah ubat ni. Kalau tak makan nanti, bila
mak cik nak sihat?” pujuk Mar lembut.
“ Mak cik tak nak. Mak cik nak anak mak cik yang suapkan.
Kalau ubat ni anak mak cik yang suapkan, baru ubat ni sedap,” tubir mata Iman
serta-merta berair. Umi.
“Nurse, biar saya,” celah Iman. Mar memandang Iman dengan
penuh kehairanan. Iman menarik tangan pesakit wanita yang sudah uzur itu.
“ Assalamualaikum mak,” ujarnya lantas tangan itu
dikucup.
“ Jangan nak. Jangan cium tangan mak cik. Mak cik ni
kotor. Hina. Anak mak cik pun dah tak nak jaga mak cik,” mak cik itu mula
berlembut. Dahi Mar berkerut.
“ Mak, setiap ibu di dunia ini mulia mak. Mak, izinkan
Iman panggil mak, mak ya. Mak nama apa?” soal Iman lembut.
“ Makcik nama Hasnah. Orang panggil Senah. Tak payah
panggil mak cik, mak. Mak cik tak rasa layak,” ujar Mak Cik Senah.
“Iman tetap nak panggil mak. Sebab Iman tak de mak. Mak sudi kan kalau Iman panggil mak,
mak?” pujuk Iman berhemah, Mar terkedu. Mak Cik Senah memeluk Iman erat.
“ Mak, mak makan ubat ya. Iman suap,” nada Iman bertambah
lembut. Mak Ci Senah menggeleng.
“ Mak, Iman sayang mak. Kalaupun anak kandung mak tak
sayang mak, biar Iman sayang mak. Mak tak sayang Iman pun tak pe, asalkan mak
sudi makan ubat ni. Mak tentu tak nak sampai Iman nangis kan?” hati Mak Cik
Senah luluh tiba-tiba. Kata-kata Iman meluluhkan tangkai hatinya. Ubat ditelan.
“ Mak rehat ya. Nanti, bila Iman dah habis kerja, Iman
datang tengok mak ya,” kata-kata Iman tetap lembut. Sungguh sopan. Mak Cik
Senah hanya menurut. Tidak lagi membantah.
“ PANDAI awak pujuk Mak
Cik Senah tu,” ujar Mar. Iman senyum.
“ Tak adalah. Kita dengan orang tua, tambah-tambah yang
tengah sakit, lepas tu ada tekanan perasaan pulak, jangan berkasar. Makin degil
dia nanti,” balas Iman bersahaja.
“ Oh ya. Saya Marlia Adura. Awak?”
“ Iman Nur Amni,” salam perkenalan di hulur.
“ Awak cleaner ya kat sini?” soal Marlia.
“ Obviously. You can see that I’m wearing cleaner
uniform,” jawab Iman bersahaja. Dia terdiam seketika. Melihat Marlia
memandangnya.
“Problem sir?” soal Iman.
“Awak ni pandai kan sebenarnya Iman. Kenapa jadi cleaner?”
“Kalau saya pandai, saya dah jadi nurse. Macam awak,”
jawab Iman selamba. Tiba-tiba pintu bilik Management terbuka kasar. Tengku
Aleesya yang dalam keadaan merengus keluar.
“Spoilt that one,” komen pertama terkeluar dari mulut
Iman.
“Biasa, anak keluarga kerabat,”
“Who..? She?” ibu jari di tunjuk ke arah belakang. Marlia angguk.
“Beauty without brain. Macam mana boleh jadi nurse?”
“Daddy dia Pengarah Kesihatan dekat sini,”
“ Erm…no wonder..” Iman terus buat muka jerk. Marlia pula
yang terpinga-pinga.
Segalanya Cinta part 1
IMAN Nur Amni bt Mohd
Tajjudin. Nama yang tertera di borang permohonan itu dipandang lagi. Susuk
tubuh yang berdiri tegak dihadapannya dikerling sekilas. Iman resah. Hai, nak dapat kerja jadi cleaner
pun susah, detik hati kecilnya.
“ Saya tengok awak dapat straight A’s in SPM, any
particular reason why you want to be a cleaner?” soal Hazirah. Iman cuba
tersenyum.
“ Saya nak kerja untuk kumpul duit untuk sambung belajar
dulu. Lagipun, dah setahun saya menganggur. Umur dah 20, dah la tak mampu
sambung belajar, tak kan tak nak kerja pulak,” jawab Iman pantas. Bohong sunat
kau Iman. Sia-sia je nama Iman. Hesyh. Hazirah tersenyum. Bukan dia tidak tahu
siapa Iman Nur Amni. Adik kawannya yang bekerja di bahagian ICT di Hospital
Sultanah Zahirah juga. Cuma dia sengaja mahu melihat tahap kenakalan adik
kawannya itu. Adakah sama seperti yang diceritakan
“ Iman, jangan nak menipu. Awak adik Puan Suhaila kan?”
serta-merta senyuman Iman mati. Tu la, kau bohong lagi. Sekarang dah kantoi.
Mati kau Iman, mati.
“ Sekarang, jujur dengan saya,”
“ Er…er…sebenarnya, saya tengah tunggu keputusan PSPM II
saya. Kalau saya dapat 4.00, saya dapat sambung belajar dalam Medic. Saya nak
biasakan diri dengan suasana hospital,” hah, ni baru betul.
“ Sanggup kerja jadi cleaner?” pantas Iman mengangguk.
“ Okeyhlah, esok boleh mula. Syift pagi,” ujar Hazirah
sambil meleretkan senyuman untuk adik sahabatnya itu.
“ Thank you so much puan,” ujar Iman gembira lantas tangan
Hazirah diraih lantas dikucup. Iman melompat keriangan seketika.
“Ehem,” deheman Hazirah membuatkan Iman tersipu malu.
Aiyok…tak malu. Dengan wajah yang
tersengih-sengih, Iman keluar sambil mengucapkan terima kasih berkali-kali.
Hazirah mencapai gagang telefon, lantas pejabat sahabatnya dihubungi.
“ Dia memang jenis ceria dan nakal macam yang kau cakap,”
ujar Hazirah. Suhaila yang mendapat panggilan telefon itu hanya tersenyum.
“ Cuma aku harap, senyuman tu tak kan hilang sebab aku,”
sambung Hazirah lagi. Suhaila mengeluh halus.
IMAN mendukung Aisyah sambil
tangannya ligat membancuh susu.
“ Hai la Syah, masa umi Syah dalam bilik air la Syah nak
minum susu ya..? Nasib baik Uda Syah ni baik hati tau tak?” ujar Iman sambil
menggoncang botol susu. Aisyah yang berusia 13 bulan itu hanya ketawa.
“ Uda, abang nak makan,” ujar Azfar pula. Iman cepat
mendapatkan anak saudaranya. Diletakkan Aisyah di sebelah Azfar yang berusia
tiga tahun lebih itu.
“ Abang tengok Syah kejap. Uda ambik nasi,” ujar Iman.
Namun sebaik saja Aisyah diletak di sebelah abangnya, bayi itu menangis.
“ Syah…angan angis…Uda nak ambik acik,” marah Azfar pada
adiknya. Iman tersenyum kecil. Hai la..macam la adik kau paham. Aduhai
anak-anak saudaraku…
“ Kejap Syah…kejap..” ujar Iman lantas cepat-cepat menuju
ke arah dapur. Tudung saji diangkat, nasi yang diambil dari periuk diletakkan
kicap kemudian, beberapa ekor udang diambil. Dia bergegas mendapatkan anak-anak
saudaranya. Pinggan di tangan diletakkan di atas meja. Aisyah yang sedang
menangis di ambil dan diletakkan di atas pangku. Bayi itu senyap. Azfar
menghampiri ibu saudaranya.
“ Abang nak acik,” rayu Azfar. Iman senyum.
“ Okey tadah tangan,” ujar Iman, Azfar cepat saja menadah
tangan.
“ Allahummaba…
rikqlana…fimarazaktana…..waqinaazabannar…amin..,” lancar Iman membaca doa dan
Azfar turut ikut dalam bahasa pelatnya. Iman menyuap anak saudaranya cermat.
“ Adik akak ni dah boleh kawin,” ujar Suhaila yang baru
muncul dari bilik air. Iman tersentak. Wajah kakak iparnya itu direnung.
“ Kak Su mengarut apa? Iman baru 20. Tak kan dah nak kawin.
Dah..dah…ambik Asiyah ni. Berat tau tak. Eee.. sihat-sihat la anak saudara Uda
ni pun,” ujar Iman geram. Almaklumlah. Kedua-dua beradik itu montel-montel. Dan
dia, walaupun anak bongsu tidak suka dipanggil Mak Usu atau Cik Su. Lebih suka
dipanggil Uda.
“ Macam mak sedare dia kan,” ujar Suhaila pula. Iman
tersengih.
“ Mestilah…ikut Mak Uda dia… sihat tau..” balas Iman
selamba. Wajah kakak iparnya merangkap isteri kepada arwah alongnya direnung
lembut.
“ Tu, suap abang tu…duk tengok muka akak buat apa?” soal
Suhaila sambil mendukung Aisyah dan diletakkan di atas walker. Dia masuk ke
dalam bilik kemudian keluar dengan laptop di tangan.
“Iman tau la. Tapi kan akak, esok Iman dah kerja. Kerja
syift pulak tu. Kalau Iman kerja malam, siapa yang nak tengokkan budak-budak
ni?” soal Iman pula.
“ Uda…air,” Iman pantas menyuakan gelas ke mulut Azfar.
Suhaila mengukir senyuman.
“ Alah, bukan akak tak biasa. Dah biasa mengasuh
budak-budak ni sorang-sorang. Sejak Aisyah tiga minggu dalam perut lagi tau.
Tak payah risaulah. Lagipun, abang dengan Syah dah makin besar,” balas Suhaila
bersahaja. Tangannya laju menari-nari di atas papan kekunci laptopnya. Iman
merenung wajah tenang kakak iparnya. Along… keluh Iman perlahan.
“ Akak tak rindu along?” soal Iman seketika. Air muka
Suhaila berubah riak, namun dia pantas mengawal reaksi wajahnya.
“ Along suami akak. Tak mungkin akak tak rindu.
Tapi,wajah abang yang seiras dengan arwah, bagi kekuatan untuk akak terus
hidup. Lagipun, kakak kan selalu ada bersama akak,” jawab Suhaila tenang tanpa
mengalihkan perhatiannya terhadap skrin laptop. Aisyah yang sedang belajar
berjalan itu bising membaca abjad-abjad yang tertampal di dinding.
“ Uda…abang dah kenyang..” ujar Azfar. Iman mengerling
pinggan di tangan. Sudah licin.
“ Jom basuh mulut, gosok gigi,” ajak Iman lantas memimpin
anak saudaranya ke dapur. Tanpa di sedari air matanya menitis.
Sebaik saja Iman beredar dari ruang tamu, Suhaila
cepat-cepat mengesat air matanya yang jatuh ke pipi. Lagu kanak-kanak Twinkle Twinkle
Little Star dipasang kuat. Aisyah yang mendengar lagu itu turut menyanyi dalam
bahasa kanak-kanaknya. Suhaila merenung wallpaper laptopnya. Gambar terakhir
dia dengan arwah Iman Mohd Aiman, dan gambar itu adalah gambar ketika Azkeya
tiga minggu di dalam kandungan. Gambar dua hari sebelumm berlakunya peristiwa
malang yang meragut nyawa suaminya itu ditatap hiba.
“Abang, abang dengar Su? Su rindu abang sangat. Dulu,
sebelum Iman datang sini, balik dari kerja, mesti Su terbayang abang sebelum
ambil budak-budak. Masa tu, Su sunyi sangat bang. Ye lah, Su pun anak
yatim-piatu. Su berterima kasih sangat dekat abang. Sebab perkahwinan kita, dah
hadiahkan seorang adik yang sangat penyayang untuk Su. Umi dengan abah yang
sentiasa memahami. Terima kasih jugak sebab abang dah hadiahkan anak-anak yang
comel untuk jadi peneman Su,” ujar Suhaila sambil jemarinya bermain di gambar
wajah arwah suaminya.
Iman mengelap pelupuk matanya yang basah. Tabah Kak Su,
Iman pun kehilangan along tersayang, dan seluruh keluarga Iman. Iman cuma ada
Kak Su dengan anak-anak Kak Su je sekarang, bisik Iman perlahan.
“ Nape Uda dengan ibu nangis?” soal Azfar sambil
tangannya mengelap air mata yang menitis di pipi Iman. Iman tersenyum. Lantas
Azfar dirangkul.
“ Uda skit perut. Macam abang bila sakit perut. Sebab tu
Uda nangis sebab sakit sangat,” ujar Iman. Cuba berbohong pada anak saudaranya.
“Kecian Uda…jap agi abang tolong capu ubat,” mendengar
kata-kata Azfar, Iman bertambah sebak. Hai anak, kau sungguh pandai
berkata-kata. Kerana bila kau sakit, itulah yang selalu ibumu katakan. Tapi
anak, adakah kau tahu, aku menangis kerana mengenangkan nasibmu. Pelukannya
dikemaskan lagi. Along, abang memang macam along, bisik hati kecil Iman
sendiri.
“ Ibu, nak minyak angin..nak capu kat peyut uda.. uda
akit peyut,” kata-kata Azfar mengundang tawa dalam tangisnya. Iman memeluk Azfar
erat lantas dicium pipi Azfar bertalu-talu. Kalaulah kau fahami hatiku dan hati
ibumu.
Subscribe to:
Posts (Atom)