Sahabat Saya...

Sunday 15 April 2012

Ternyata Jodoh



“Aku dah agak. Mesti kau ada dekat sini,” sapaan kecil itu membuatkan aku tersentak. Al-Quran di tangannya ditutup lantas dikucup. Suasana dalam masjid itu sunyi.
                “ Tiga benda yang memberi pahala hanya dengan dilihat, melihat Al-Quran,wajah kedua ibu-bapa, dan lautan. Tapi kalau baca Al-Quran sampai segala tartil dan tarqil tunggang-langgang, tarannum dah bercelaru, tu bukan dapat pahala,menambahkan dosa adalah,” cukup sinis. Tapi Raudhah cukup faham. Teguran sahabatnya kerana sayangkan dirinya.
                “ Aku sedang cuba memberi seluruh perhatianku pada apa yang aku baca. Namun aku jadi bercelaru.aku rasa berdosa. Rasa seperti aku tak layak pun hendak membaca kitab Allah,” jawabnya lirih. Sayu.
                “ Kau kan hamba-Nya,kenapa pulak tak layak. Jangan mengarut lah Raudhah Humaira,” geram Aina Najwa jadinya dengan kata-kata sahabat baiknya itu. Aina Najwa, rakan, sahabat merangkap kakak bagi diri Raudhah Humaira. Perkenalan dari tingkatan satu dulu membuah ukhwah yang berkekalan. Sudah sepuluh tahun rupanya mereka bersahabat.
                “ Layak ke aku? Mengatakan cinta pada-Nya, tapi hatiku telah diisi lelaki ajnabi?” Rudhah Humaira padanya. Aina Najwa mengeluh.
                “ Cinta tak salah. Ianya anugerah DIA Yang Maha Mengetahui. Tapi kalau kerana cinta kau jadi macam ni, memang salah,” nasihatnya lagi.
                “Entahlah Aina. Aku bingung. Aku rasa berdosa pada Allah. Sedangkan dia melarang kita menghampiri zina,” balas Raudhah Humaira pada Aina Najwa.
                “ Sejak bila kau menghampiri zina? Kau hanya mencintai dirinya bukan?”
                “ Zina hati. Zina hati Aina….aku di sini, tapi hati aku tetap ada di dekatnya. Aku takut hukum Allah,” Raudhah Humaira terus-terusan meluahkan rasa hati.
                “ Kalau macam tu, kau pinanglah dia. Betulkan balik jalan hati kau. Berjalanlah bersama dia menuju reda Illahi,” nasihat Aina Najwa tulus.
                “ Kalaulah apa yang kau ungkapkan itu semudah ini. Tapi Aina, dia sudah menghantar lamaran untuk Aisha Sofea, dan khabarnya, Aisha Sofea menerima lamaran dia. Ini maksudnya dia tunangan orang. Aku tak boleh mencintai dia,” jawab Raudhah Humaira.
                “ Kalau macam tu, berdoalah pada Rabbi Izzati,hanya Dia yang mampu memebisikkan ketenangan dalam kegalauan cintamu,” Aina Najwa tiak berputus asa menasihati dahabatnya itu.
                “ Aina, aku dah berusaha. Dalam setiap munajatku, aku meminta agar dia dapat aku lupakan. Tapi dia semakin dekat di hatiku. Aku sakit kalau begini,” adu Raudhah Humaira lagi.
                “ Nah, itu masalahnya. Kau meminta cintamu dihilangkan kerana kau merasa sakit disebabkan cinta tu. Kau tidak meminta agar kau dikurniakan cinta hanya pada yang berhak. Itu lah salahmu,” Raudhah Humaira bagaikan tersedar.
                “ Terima kasih Aina. Kau menyedarkan aku,”

Aina Najwa cepat-cepat mengalihkan pandangannya sebaik saja dia menyedari ada sepasang mata milik lelaki yang sedang merenung ke arahnya.
                “ Ya Allah, siapa pun dia, gerakkanlah hatinya agar dia berhenti dari memandang ke arahku,” bisik Aina Najwa.
                “ Assalamualaikum,” sapa Raudhah Humaira lantas duduk bersebelahan dengan Aina Najwa.
                “ Waalaikumussalam. Kau kemana Raudhah, dah lama aku tunggu kau kat sini,” ujar Aina Najwa yang makin tak selesa.
                “ Aku minta maaf. Aku ada diskusi tadi. Maafkan aku ya,” lembut Raudhah Humaira menuturkan katanya.
                “Apa guna walid bagi telfon semahal tu, kalau setakat mesej pon tak boleh,” sindir Aina Najwa. Raudhah Humaira menggigit bibirnya. Faham benar prinsip sahabatnya itu. Tak suka menunggu dan ditunggu.
                “ Ye la… aku salah. Ok. Aku belanja kau makan hari ni. Boleh,” umpan Raudhah Humaira.
                “ Kalau KFC ke, RFC ke, baru settle,” jawab Aina Najwa selamba.
                “ Ye lah…jom. Aku dah lapar ni,” ajak Raudhah Humaira.
                “ Assalamualaikum,” sapaan itu membuatkan sepasang kaki milik Raudhah Humaira kaku. Suara yang sedang diusahakan untuk diusir dari hatinya. Aina Najwa dapat mengesan perubahan wajah sahabatnya. Lantas dia cepat membalas salam yang diberi.
                “ Ada apa ya?” soal Aina Najwa. Uzair Rayyan tersenyum.
                “ Rasanya kawan awak ni Raudhah Humaira kan. Pereka fesyen universiti untuk busana muslimah kan?” soal Uzair Rayyan cuba untuk mendapatkan kepastian.
                “ Maafkan saya. Saya bukan pereka fesyen. Lagipun, saya dalam jurusan Syariah Islamiah,” balas Raudhah Humaira pantas. Aina Najwa mengangguk mengiakan.
                “ Oh, maafkan saya. Tersalah orang. Saya ingatkan awak adalah Raudhah Humaira yang sama yang memenangi pertandingan reka busana muslimah dulu. Maaf ambil masa awak. Assalamualaikum,” ujar Uzair Rayyan sopan. Raudhah Humaira membalas perlahan. Aina Najwa merenung Raudhah Humaira.
                “ Aku belanja kau,” ujar Aina Najwa. Raudhah Humaira menggeleng.
                “ Aku dah berjanji. Aku kena tunaikan. Dah jom. Aku tak apa-apa,” balas Raudhah Humaira tenang.

UZAIR RAYYAN memandang langkah kedua-dua wanita yang cantik berjubah dan bertudung labuh itu meninggalkan kawasan Taman Cenderawasih.
                “ Hai Rayyan, tak nak jaga pandangan mata ke?” usik Zarif Ilman. Uzair Rayyan hanya tersenyum. Malas melayan usikan kawannya itu.
                “ Hari ni tak ada ceramah ke?” soal Zarif Ilman lagi.
                “ Hari ni,aku minta biar aku direhatkan. Aku dalam proses mengenal hati sendiri,” balas Uzair Rayyan. Zarif Ilman menepuk bahu sahabatnya.
                “ Menyesal?” soal Zarif Ilman. Uzair Rayyan menggeleng.
                “ Untuk apa aku menyesal. Lagipun, aku tahu sepupu aku lebih layak untuk Aisha Sofea.aku hanya menyampaikan lamaran                Asyraf Faizal. Alhamdulillah, Aisha Sofea tidak menolaknya,” jawab  Uzair Rayyan bersahaja.
                “ Tapi bukan ke Aisha Sofea tu menepati ciri-ciri isteri idaman kau?” soal Zarif Ilman lagi.
                “ Memang. Tapi aku masih tak layak untuk dia. Dia lebih memilih untuk menjadi bidadari Asyraf Faizal. Dah la, mungkin Allah mengaturkan jodoh yang lebih baik untuk aku,” ujar Uzair Rayyan. Sekaligus mengunci mulut Zarif Ilman untuk terus berkata-kata.

RAUDHAH HUMAIRA melakar baju pengantin seperti yang diminta oleh sepupunya. Dia leka meletakkan warna-warna yang sesuai. Baju yang dipakai khas hanya untuk bergamabr bersama ahli keluarga.
                “ Bukan pereka fesyen?” soal Aina Najwa.
                “ Betullah. Aku kan cuma masuk pertandingan hari tu sebab nak tolong Izra. So,aku bukan pereka fesyenlah,” balas Raudhah Humaira.
                “ Dah tu, yang kau lukis ni apa? Kartun?” soal Aina Najwa.
                “ Oh, ni baju pangantin Kak Insyirah. Dia minta aku tolong designkan. Dia nak pakai pakaian yang menutup aurat. Dah puas dia merayau cari butik yang sediakan baju pengantin macam yang dia mintak tapi tak jumpa. Tu yang dia minta aku tolong designkan,” ulas Raudhah Humaira panjang lebar.
                “ Kau tak rasa, sapaan tadi adalah satu permulaan untuk sebua perkenalan?” soal Aina Najwa.
                “ Aku tak mahu perkenalan tu membuahkan harapan. Lagipun, aku sekarang dah tenang. Memang cinta untuk Uzair Rayyan masih berbekas, tapi aku sedang mengikisnya. Menyediakannya sebagai tempat untuk yang berhak. Kan kau jugak yang nasihatkan aku macam tu,” balas Raudhah Humaira.
                “ Nampaknya kau makin matang. Dah la, lagi sebulan kita akan tinggalkan tempat ni. Lepas ni kita buka lembaran baru dalam hidup kita,” ujar Aina Najwa yakin.

SETAHUN KEMUDIAN….
Aina Najwa hanya tersenyum. Baju pengantin yang direka oleh Raudhah Humaira membuatkannya berpuas hati. Jauh terpesong dari jurusan yang diambilnya di university. Kini Raudhah Humaira pereka baju-baju muslimah yang semakin hari semakin terkenal.
                “ Kahwin jugak peguam kita ni,” usik Raudhah Humaira. Aina Najwa tersenyum.
                “ Jodoh datang dari Allah. Kau tu, makin lawa sekarang sejak berpurdah,” ujar  Aina Najwa. Raudhah Humaira ketawa kecil.
                “ Alhamdulillah… aku pun tak tahu macam mana nak cakap. Anugerah Allah,” balas Raudhah Humaira tenang.
                “ Kau pulak, bila nak sempurnakan separuh agama?” soal Aina Najwa.
                “ Aku bukan macam kau. Aku tak ada orang berkenan,” usik Raudah Humaira.
                “ Kau tu bukan tak ada orang nak. Tapi kau jual mahal. Memilih,” balas Aina Najwa.
                “ Aku bukan memilih. Tapi, hati aku ni masih belum bersih dari nama Uzair Rayyan. Aku tak nak menzalimi suami aku,” balas Raudhah Humaira.
                “ Kau tahu tak bakal suami aku siapa?” soal Aina Najwa. Raudhah Humaira menggeleng. Manalah dia tahu. Lagipun, mereka bertemu dalam sesi taaruf yang diatur keluarga.
                “ Zarif Ilman. Kawan baik Uzair Rayyan. Lamaran yang dibuat Uzair Rayyan terhadap Aisha Sofea, bukan untuk dirinya, tapi untuk sepupu dia. Kita dah salah faham,” Aina Najwa membuka rahsia. Raudhah Humaira diam.
                “ Tapi semua ni dah terlambat. Sebenarnya, aku dah menerima lamaran dari anak kawan umi,” balas Raudhah Humaira. Aina Najwa membulatkan matanya.
                “ Aku tahu. Kau pasti terkejut. Aku terima lamaran tu seminggu yang lalu. Aku dah beristikharah. Dan sepertinya pilihan umi dan walid adalah yang terbaik. Aku terima dia, bakal zaujku seadanya. Selasa ini,taarufnya akan diadakan,” sambung Raudhah Humaira. Aina Najwa menghela nafas.

“MAAFKAN AKU SAHABAT,”
Uzair Rayyan yang sudah mengetahui tentang  perasaan gadis berjubah yang menarik hatinya itu dulu hanya mampu tersenyum.
                “ Mungkin yang ini juga bukan milik aku. Nampaknya, aku memang kena terima pilihan abi dengan umi,” balas Uzair Rayyan.
                “ Maafkan kami Rayyan. Kalau lah Aina cepat. Mesti kalian berdua tak akan derita macam ni,” keluh Aina Najwa.               
                “ Jodoh rahsia Allah Aina. Mungkin kami memang bukan berjodoh. Dari dulu lagi, dari saat Rayyan nak kenal dia, kami dah berhalangan. Kami tak ditakdirkan untuk bersama,” balas Uzair Rayyan bersahaja lantas mengatur langkah meninggalkan pusat membeli-belah itu.
                “ Awak…” Aina Najwa memandang wajah Zarif Ilman. Zarif Ilman hanya menggeleng lemah.

UMMI ZAHARAH memimpin tangan Raudhah Humairah ke ruang tamu. Dapat dirasa kedinginan tangan anak gadisnya. Raudhah Humairah didudukkan berhadapan dengan bakal zaujnya. Raudhah Humairah hanya menunduk.
                “ Anak walid Raudhah Humairah, buka niqabmu nak, sesungguhnya  Uzair Rayyan berhak melihat wajahmu sebelum kalian dinikahkan,” sebaris ayat yang kedengaran biasa saja itu membuatkan hati kedua-dua nya tersentak. Raudhah Humaira yang pada mulanya menunduk mendongak memandang wajah di hadapannya. Uzair Rayyan yang pada mulanya bergolak hatinya menjadi tenang, sebaik saja yakin yang sepasang mata yang bening itu milik cinta hatinya selama ini.
                “ Ya Allah, kau aturkan segalanya dengan indah,” itu sahaja yang mampu diucapkan oleh Uzair Rayyan.

UZAIR RAYYAN mengucup dahi isterinya itu lembut. Betapa perjalanan hidup manusia ini telah diatur indah. Raudhah Humaira mengerti kini dengan parcaturan Allah. Rupanya, jodohnya sudah ditakdirkan untuk lelaki ini. Biar sekeras mana, sekuat mana dia berdoa agar dia dapat mengikis nama Uzair Rayyan, semakin bertambah cintanya pada lelaki itu.
                “ Sengaja Allah aturkan segala ini agar hubungan yang terbina benar-benar berlandaskan agama. Alhamdulillah, doa abang untuk memiliki Raudhah Humaira didengar Allah,” ucap Uzar Rayyan lembut.
                “ Kenapa abang boleh tertarik dengan Maira? Maira hanya wanita biasa. Tidak sesolehah mana. Kalau hendak dibandingkan dengan Aisha Sofea, rasanya dia lebih layak untuk abang,” ujar Raudhah Humaira.
                “ Kerana abang sudah jatuh hati pertama kali melihat lirikan mata Maira yang sedang melarikan diri dari abang,yang Maira sangkakan tunangan orang. Kerana doa yang selalu abang titipkan setiap kali selesai solat dan dalam sujud abang,” ujar Uzair Rayyan.
                “ Doa?” soalan pendek yang membawa senyuman di bibir Uzair Rayyan.
                “ Sejak pertama kali abang melihat Maira, dalam diam, abang cuba mencari sedikit-sebanyak maklumat tentang Maira, dan bila abang tahu, Maira seorang gadis yang mengutamakan agama dalam segala hal, abang titipkan doa ini, ‘ Ya Rabbi dia mengutamakan agama dalam segala hal. Dia mngutamakan hukummu hingga dia sanggup mngenetepikan perasaannya sendiri.Ya Allah, tetapkanlah hatiku... jangan biar aku tersungkur dengan panahan syaitan...jangan kerana kesempurnaan yang aku lihat padanya membuat aku jatuh cinta padanya, kerana aku takut kecewa dengan kekurangannya, tapi biarlah aku mencintai dia kerana aku dan dia saling melengkapi dan mampu membina Baitul Muslim yang diredaiMU,” mendengar kata-kata suaminya, Raudhah Humaira menitiskan air mata.
                “ Abang, Maira cintakan abang kerana Allah,” bisik Raudhah Humaira lembut. Uzair Rayyan memeluk isterinya. Terima kasih Allah atas anugerah yang tidak ternilai ini. 

No comments:

Post a Comment