Sahabat Saya...

Friday 14 September 2012

Segalanya Cinta part 4


“Iman
            he loves you,” ujar Suhaila perlahan. Iman buat-buat tak dengar. Matanya terus menatap buku Grey’s Anatomy. Suhaila meletakkan mug berisi air koko panas di hadapan Iman. Anak-anak saudaranya sudah lama tidur dibuai mimpi.
            “ Thanks Kak Su,” balas Iman pendek.
            “ Iman dengar tak apa yang akak cakap sebenarnya?” soal Suhaila sekali lagi. Iman mengangkat muka. Earphone yang di sumbat di kedua-dua belah telinga ditanggalkan.
            “ Akak cakap apa tadi? Sorry, Super Junior attract me more,” ujar Iman selamba. Matanya masih menatap buku Grey’s Anatomy itu.
            “ Hai, sekarang awak tu masih tak sambung belajar. Rajin nampak baca buku,”  usik Suhaila. Iman tidak memberi reaksi. Suhaila mengeluh. Kenal benar dengan perangai adiknya. Jika dia susah mendiamkan diri dan mulai membaca, apa saja yang dituturkan tidak akan diambil pusing.
            “ Well then, akak masuk dulu lah ya,” ujar Suhaila lembut. Iman angguk. Sesekali dia meneguk minuman yang disediakan kakak iparnya. Suhaila merenung Iman.
            “ Duka itu belum berakhir bukan… kamu terlalu tabah, dan akak terlalu mengagumi ketabahanmu,” bisik Suhaila perlahan.
KERATAN akhbar yang diletakkan di dalam buku Grey’s Anatomy itu di tatap lagi. Sejarah hitam dalam hidupnya dua tahun yang lampau. Yang telah mengubah dirinya. Mungkin dia kelihatan ceria, gembira, periang, tapi itu sekadar topeng. Dia ingin bangkit. Tidak mahu pengorbanan yang dilakukan alongnya menjadi sia-sia.iman menyelak baju lengan panjang yang di pakainya sehingga ke paras bahu. Parut sepanjang enam inci itu dipandang lama.
            “Abah, umi, along, Iman sedang cuba bangkit. Maafkan Iman sebab pernah terfikir untuk membunuh diri. Perkara terlaknat dan sangat dimurkai. Cuma waktu itu, Iman masih belum mampu menerima. Masih belum matang. Along, terima kasih, sebab along berikan Iman seorang kak ipar yang sentiasa berdiri bersama kakak tak kira masa,” keratan akhbar itu di tatap lagi.
“KEJAM!! TIGA SEKELUARGA DI BUNUH!!”
Anak lelaki keluarga malang ini dibunuh ketika cuba melindungi adik perempuannya dari menjadi mangsa rogol
Iman memejamkan matanya. Mengimbas kembali peristiwa dua tahun silam.

Abah menepuk bahu Iman bangga. Makan malam bersempena kejayaannya mendapat 8A+, 1A- dalam SPMnya. Umi pula sedang ligat menyusun hidangan. Sudah berulang kali Iman menawarkan bantuan tapi uminya menolak baik.
            “ Malam ni malam kakak. Anak perempuan tunggal umi. Mana lah tahu, ini adalah masakan umi yang terakhir kakak rasa,” ujar umi sambil mengukir senyuman manis.
            “ Apa umi ni cakap macam tu. Macam lah Iman pergi sambung belajar lepas ni dan dah tak balik-balik dah,” balas Iman sedikit geram.
            “ Anak abah lupa ke, umi dengan abah dah tua. Bila-bila masa kami ni akan ‘pergi’ anak abah suka atau tak, anak abah kena terima takdir Yang Esa,” sedikit kata-kata nasihat diluahkan Iman hanya mengangguk.
            “ Eh, mana along dengan keluarga dia ni? Abah tak nampak pun,” ujar abah dalam nada bimbang.
            “ Alah, on the way lah tu abah. Kejap, Iman call,” belum sempat Iman mendail nombor alongnya, kedengaran ketukan di muka pintu utama bertalu-talu.
            “ Panjang umur betul along ni, baru je nak call dia. Iman pergi bukak pintu okay,” ujar Iman riang lantas melompat ke pintu utama. Iman mencapai selak pintu lantas membuka pintu.
            “ Along ni lambatlah….Iman dah lapar….” Namun belum sempat dia menghabiskan kata-katanya, terasa satu benda yang keras dan sejuk terletak elok di lehernya. Perlahan-lahan rasa perih dan ngilu terasa. Iman cuba melihat wajah ketiga-tiga perompak bertopeng itu namun tak berdaya.
            “ Iman, along dah mari makan,” namun kata-kata abah terhenti sebaik saja melihat Iman berada dalam pelukan seorang perompak dan parang panjangnya yang tajam berkilat terhunus di leher anak perempuannya.
            “ Abah,” ucap Iman sepatah. Air mata ketakutannya menitis keluar.
            “ Serahkan semua barang berharga atau anak kau kami bunuh!” ugut salah seorang perompak bertopeng itu sambil turut mengacukan parangnya. Abah hanya diam.
            “ Cepat, tunjukkan!” jerkah salah seorang dari mereka lagi. Umi yang mendengar hingar-bingar di ruang tamu keluar meninggalkan dapur namun pergerakkannya terhenti apabila terasa seseorang menghentak kepalanya kuat.
            “ Umi!” jerit Iman kuat. Dia meronta. Dek kerana rontaan secara tiba-tiba oleh Iman, perompak yang memegang Iman terkejut, lantas menghayun parangnya. Parangnya berjaya mencederakan bahu Iman namun Iman tidak peduli. Baginya uminya adalah segala-galanya. Abah cuba melawan. Perasaan bimbang dan risau terhadap anak dan isterinya lebih membuak-buak.
            “ Asmah!” panggil abah kuat. Dia menerpa ke arah isterinya dan tanpa dia sedar, sesuatu yang sejuk dan pedih menikam perutnya. Abah memekap perutnya. Cecair merah pekat yang hangat mengalir keluar. Iman menjerit hysteria. Melihat tubuh abah yang rebah berdekatan jasad uminya yang sudah kaku.
            “ Abah….abah….jangan tinggalkan Iman. Abah, umi…bangun,” tangis Iman tidak mampu ditahan lagi. Iman hilang pertimbangan. Dia menerpa ke arah perompak yang menikam abahnya.
            “ Binatang kau…binatang!” jerit Iman kuat. Dia cuba menumbuk perompak itu sekuat hati namun tiada satu tumbukannya pun yang mampu menumbangkan si perompak bertubuh sasa.
            “ Woi,perempuan ni melawan la,” ujar si perompak pada kawannya. Mereka berdua ketawa. Ketawa ibarat syaitan. Manakala seorang lagi hanya mampu memandang dengan pandangan mata yang berair.
            “ Kau berani kan,” ujar sang perompak lantas mendekati Iman. Iman terundur-undur. Malang untuk Iman bila perompak kedua pula yang berdiri di belakangnya.
            “ Alang-alang dah ada daging segar, apa salahnya kita berseronok sikit. Kan adik manis,” perompak pertama berbisik. Iman bertambah takut.
            “ Eh, apa korang ni, kita cuma nak ambil barang berharga je,” bantah perompak ke tiga.
            “ Kau ni. Cubalah jadi jantan,” dan perompak kedua dan pertama mulai memegang tubuh Iman. Iman meronta-ronta minta dilepaskan. Iman ditolak rebah dan perompak pertama terus menghimpit tubuh Iman. Tangannya memegang kedua-dua belah tangan Iman dan mulai mencumbu wajah yang sudah penuh dengan air mata itu. perompak kedua pula mula mencarik baju yang masih tersarung di tubuh Iman. Iman meronta-ronta. Dia menjerit meminta tolong. Perompak ketiga keluar dari ruang tamu itu. Badannya menggigil. Tidak sanggup mendengar rintihan dan tangisan anak remaja itu.
            “ Iman!” terdengar satu suara menjerit. Iman yang sudah hampir separuh sedar hanya dapat melihat alongnya menerpa dan membelasah perompak-perompak itu. Namun alongnya tersilap langkah, perompak kedua menikam alongnya tepat ke jantung. Wajah alongnya berkerut menahan kesakitan yang kian terasa. darah yang bersimbahan di lantai membuatkan alongnya sukar untuk menghampiri Iman. Iman yang sudah semakin lemah merangkak menghampiri alongnya.
            “ Maafkan along, tak dapat lindungi Iman…Allah,” dan Iman terus pengsan dan tidak sedarkan diri. Dia hanya berharap semoga Allah mengutuskan seseorang untuk melindungi dirinya dan maruahnya. 

No comments:

Post a Comment