Sahabat Saya...

Tuesday, 23 April 2013

Menjengah ke dalam Hati

Assalamualaikum,
Lama betul rasanya x melawat blog ni. Tak menulis, tak juga bercerita, hanya ada beberapa teman yang menjengah cuba mencari kemana hilangnya diri ini. Alhamdulillah, masih lagi bernyawa, masih lagi tagak berdiri di bawah langit Illahi.
Cuma, kebelakangan ini, masa mengekang diri, masih dalam proses membiasakan diri dengan tugas padat sebagai mahasiswi dan pada masa yang sama, masih cuba mencari ilmu untuk dijadikan bekalan di sana nanti.
Namun, diri ini ada juga rasa terkilannya...
Tak menyangka, ada dia, senior, yang lebih berpengalaman, seolah-olah tidak faham, tidak mengerti, tugas sebagai siswi tidak mudah.
Lantas, apabila dia kerap melihat diri ini, tidak berganjak dari tempat duduk, tidak berkalih dari tempat berbaring, dia membuat konklusi, bahawa aku telah mengabaikan sujudku pada yang SATU.
Pertanyaan hadir dalam diri...
Salah diri ini kah,
Yang setelah selesai solatnya, kembali duduk menghadap komputer, untuk menyelesaikan segala tugasan?
Salah diri ini kah,
Kerana tidak berkalih tempat, membawa diri ke tempat lain?
Salah diri ini kah,
Kerana selalu duduk di tempat yang sama kerana perasaan yang mengatakan tempat itu adalah selesa untuk mentelaah?
Dan diri ini bertanya, adakah matanya hanya ada padaku? Mengawasi gerak-geriku? Melihat setiap langkah kakiku?
Jawapannya, tidak, tidak sama sekali, kerana dia juga seorang siswi, mempunyai tugas sama seperti aku,
Jadi kehairanan menerpa, jika dia tidak mengawasi aku, bagaimana bisa tega hatinya bersangka buruk padaku?
Lalu aku kembali menjengah ke dalam hati, kembali kepada fitrah manusiawi, lalu aku mengerti,
manusia, memang selalunya suka membuat konklusi sendiri, dibutakan oleh kononnya mata hati.....