Sahabat Saya...

Tuesday 28 August 2012

Saya Bersayap...

Assalamualaikum..
31.08.2012
Org pkat sambut Merdeka time tu..
Dan sy akan terbang tinggi ke awan..
Tinggalkan tanah semenanjung..
dan berjuang di negeri orang...
Perasaan masa ni
Masih keliru, tak yakin..
Empat tahun bukan satu masa yang singkat...
Mampukah saya..
Hidup sendiri...di tempt orng..
Tapi semalam...
Dapat nasihat yg panjang lebar dari Bonda tersayang..
"Kakak, walau di mana pun kakak berada,
Selagi Allah tmpat Kakak bergantung,
Selagi Islam kakak jadikan pelindung,
Selagi Al-Quran kakak sentiasa sanjung,
Selagi Rasullah kakak jadikan pedoman,
Selagi itu lah kakak akan selamt...
Yang penting, tadah tapak tangan...
Di setiap solat, di setiap sujud,
Berdoalah..
Ditetapkan iman, sentiasa di bawah lidungan kebenaran,
Diberi kekeuatan menentang kebatilan
Yang cuba merajai hati sanubari.
Mak percayakan kakak...
Rasanya, ilmu agama yang mak dan ayah terapkan,
Jika kakak telah sekaian lama kakak amalkan...
Mak tak bimbang..
Kerana, di sini, di tanah yang kita bakal terpisah ini,
Doa mak turut mengiringi langkah kaki anak mak,
Yakin kakak,
Bila hanya kakak bersendirian,
Cukuplah Allah sebagai penaman,"
Dan air mata sebagai anak..terus menitis...

Ya, saya bersayap...
Sudah terbang bebas
Jauh dari sarang tempat saya membesar..
Tapi, sayap ini harus terbatas...
Kerana Rasulullah pernah bersabda
" Dunia ini adalah penjara untuk yang patuh kepadaNYA,
tapi syurga untuk yang ingkar padaNYA"