Sahabat Saya...

Saturday 30 June 2012

Kebun Cinta part 1


“ What papa..? Send abang and me ke kampung? Why pa?” nadanya keras memberontak. En. Hisham menggeleng perlahan.
            “ We are on bankruptcy  state. Papa dah tak boleh nak tampung keluarga kita lagi. Papa kena hantar Mai dan abang ke kampung. I’ve to fly to State malam ni untuk selesaikan semua ni,” Maisara Safiyya mengeluh. Wajah abangnya Mustaqim Syahiran dipandang. Kelihatan abangnya juga itu bermuram.
            “ Papa, what we are going to do there? Masa last kita balik dulu, mandi pun pakai air telaga kan. It’s awful pa. Air telaga tu papa,kena timba sendiri kalau nak mandi tahu tak. Kat kampung  bukan ada kemudahan macam kat sini pa,” rungut Mustaqim Syahiran pula mencelah.
            “ Listen here. Endure la kejap. Papa bukan nak suruh  duduk kat kampung tu lama-lama. Kejap pun jadilah. Papa kena kukuhkan syarikat kita balik,” pujuk En. Hisham
            “ But for how long we gonna wait? We aren’t stay there for long aren’t we?” soal Maisara Safiyya pula meningkah.
            “ I can’t promise you for how long. But papa janji, secepat yang papa boleh,” En. Hisham masih cuba memujuk hati anak-anaknya.
            “Pa, why don’t  you just ask for mama help..”
            “ Or Uncle Joe,”Mustaqim Syahiran yang mendengar saranan dari adiknya juga menyampuk. En. Hisyam hanya mendiamkan diri. Anak-anak tak perlu tahu.

NEK SOM mencari-cari kelibat cucu angkatnya.
            “ Ilham…Ilham..” panggilnya beberapa kali. Ilham yang leka membelek kacang botol segera menyahut dan menghampiri neneknya.
            “ Kenapa nek? Duk jerit-jerit nama Am?” soal Ilham Hakimi sambil mengesat peluh di dahi.
            “ Ni, nenek nak kamu ambil ikan merah dengan ikan keli dalam kolam ikan tu dua tiga ekor. Lepas tu kalau ada pucuk ulam  gajus ke, putat ke, bawak balik. Jangan lupa dengan kelapa dua bijik,” ujar Nek Som riang. Ilham Hakimi mengerutkan keningnya.
            “ Amboi nek, semalam kan saya dah bawak balik ikan patin seekor. Nak buat apa lagi nek oi.. setakat nak makan kita dua orang,dah lebih dari cukup. Dengan kelapa dua bijik,”
            “ Alah…cucu nenek dari Kolumpo tu nak balik. Dua orang. Dengan anak nenek sekali. Tu yang nenek nak sangat masakkan untuk dia orang,” ujar Nek Som.
            “Hurm, patutlah. Okeylah nek, Am pergi dulu. Jangan nak merayau dalam kebun ni pulak. Kaki nenek tu bukan kuat sangat,” balas Ilham Hakimi sambil meletakkan botol air di dalam raga motor.
            “ Am bawak motor tu elok-elok sikit. Ikan tu nanti pilih yang betul-betul segar tau,” pesan Nek Som lagi. Ilham Hakimi angguk lagi. Kulitnya yang dulu putih kini sudah bertukar gelap kerana sering menghabiskan banyak masa di kebun di bawah terik mentari.

“COWdung?  Abang, abang tengok la, sepanjang jalan penuh dengan tahi lembu. Abang, Mai tak boleh hidup la kat kampung macam ni. I bet malam nanti habis kita kena gigitan nyamuk,” bisik Maisara Safiyya.
            “ Are we having other choices? No kan. Ikut je lah. Alah, abang rasa tak de lah teruk sangat. Kita balik dulu pun dah sepuluh tahun berlalu. Tak kan masih teruk lagi. At least, mesti ada yang baru,” pujuk Mustaqim Syahiran.
            “ Huh…kalau kampung tu, still kampung la bang. Nothing new here. Papa ni, orang suruh hantar duduk dekat rumah mama tak nak,” omel Maisara Safiyya.
            “ Dah tu, kenapa ikut je papa balik kampung. Kenapa tak lari je pergi rumah mama?” soal Mustaqim Syahiran yang mulai rimas dengan adiknya.
            “ I don’t know mama kat mana. Papa tak cakap apa-apa kan since balik dari kampung dulu. Nak kata ma and pa bercerai pun tak. Terus senyap je tak de bunyi. Mesti nenek dah ada buat apa-apa ni,” fikiran jahat mulai berbisik ke dalam diri.
            “ Stop talking nonsense. Kita budak lagi masa tu. We know nothing. Jangan nak tuduh nenek bukan-bukan. Dah sampai masanya kita terima hakikat yang kita ni dah miskin. Hidup dah tak sama macam dulu,” tegur Mustaqim Syahiran. Maisara Saffiya mencebik.
            “Huh, whatever,” dengusnya geram.

ILHAM  HAKIMImenyiang ikan keli yang baru di tangkapnya itu. Tangannya cepat saja melakukan tugasnya.
            “ Wah…tengok. Petani moden siang ikan,” satu suara sumbang kedengaran dari arah luar kawasan kolam ikan air tawarnya. Ilham Hakimi buat-buat tidak dengar. Malas melayan kerenah Nizam yang memang suka merendah-rendahkannya. Mentang-mentang anak orang kaya.
            “ Woi, dah pekak ke?” dua tiga orang yang menjadi barua Nizam ketawa terkekeh. Ilham Hakimi membasuh ikan keli dan ikan merah yang telah siap di siang di anak sungai. Kemudian ikan-ikan itu di masukkan ke dalam plastik. Ilham Hakimi kemudian mendapatkan motornya. Dia keluar dari kawasan kolam ikan. Pagar di kunci.
            “ Wo…tunggu dulu,” Nizam,Hisham dan Hadi menghadang jalannya. Ilham Hakimi tersenyum sinis.
            “ Kau nak apa Nizam?” soal Ilham Hakimi.
            “ Eh, duit perlindungan bulan ni kau tak bayar lagi tau,” ujar Nizam. Ilham Hakimi mengangkat wajahnya.
            “ Kau ingat kau taiko dekat KL tu ke? Ingat gangster sangat ke? Setakat budak kampung macam kau ni. Tak payahlah,” jawab Ilham Hakimi sinis. Nizam mencekak kolar baju Ilham Hakimi.
            “ Kau tak nak bayar lah ni?”
            “ Buat apa aku bayar orang pemalas macam kau. Kerja tak nak, duit nak,” perli Ilham Hakimi lagi.
            “ Kau tak takut?”
            “Allah ada dengan aku,”
            “Kau memang nak kena kan,” lantas penumbuk dihayun tepat ke muka Ilham Hakimi. Ilham Hakimi cepat bertindak. Penumbuk Nizam tidak sempat singgah di mukanya. Dia memegang penumbuk Nizam. Wajahnya tenang bersahaja. Kemudian, tangan kanan Nizam itu dipulas ke belakang. Ilham Hakimi menendang pelipat kaki kiri Nizam membuatkan pemuda itu jatuh tersungkur. Nizam mengaduh.
            “ Dah sampai masanya kau bekerja,” ujar Ilham Hakimi serius.

Monday 25 June 2012

Bab 9


Megat Saifuddin
            mencari-cari kelibat isteri keduanya. Hampa tatkala dia menyedari rumah itu kosong. Megat Saifuddin duduk melepaskan lelah. Tiba-tiba telinganya terdengar sesuatu. Bunyi rengekan wanita dan dengusan nafas seorang lelaki. Mula-mula dia tidak menghiraukan sangat apa yang di dengarnya namun lama-kelamaan dia merasa tidak sedap hati. Megat Saifuddin melangkah menghampiri bilik anak gadisnya. Bunyi suara rengekan dan pujuk rayu jelas kedengaran. Megat Saifuddin berang. Pintu bilik ditendang.
            “ Ya Allah..Fizi..Zahrah apa kau buat ni!” pekik Megat Saifuddin. Serentak dengan itu Megat Saifuddin memekap dadanya yang sakit. Akhirnya dunia Megat Saifuddin kelam.
           
HAZIMI mengerutkan dahinya tatkala dia memandang skrin telefon bimbitnya. Apa hal mama telefon malam-malam ni..eh tapi dekat Malaysia kan masih siang..mestilah mama telefon masa ni..detik hati kecilnya.
            “ Assalamualaikum mama.. ada apa?” soal Hazimi.
            “ Jimi balik nak..papa tenat,” tangis Raja Faridah. Mata Hazimi yang kuyu serta-merta segar.



JOHNNY dan Mellina menghantar kepulangan Hazimi ke Malaysia malahan mereka turut menyertai kepulangan Hazimi. Hazimi sentiasa dalam keresahan. Malahan dia langsung tidak dapat melelapkan mata walau sepicing pun. Mellina yang memerhatikan keadaan Hazimi merasakan inilah detik yang sesuai untuknya menggoda Hazimi.
            “Jimmy.. calm down..your father should be okey. He must be  as strong as his son,” ujar Mellina memujuk.
            “ Thanks for your advice Melly. Sorry about the other day,” ujar Hazimi.
            “Are you sorry for what? I’m totally forgot,” dalih Mellina. Rancangannya hampir-hampir berjaya.
            “ Sorry for yelling at you,” ujar Hazimi.
            “Oh..it’s nothing,” ujar Mellina. Hazimi membisu tiada mood untuk berbicara. Melina juga mematikan kata.

UMMI ZAHARAH bergegas mendapatkan sahabat satu tempat kerja dengannya dahulu. Tengku Azhar membuntuti isterinya yang tergesa-gesa.
            “ Akak..apa yang dah jadi ni?” soal Ummi Zaharah.
            “ Abang kamu kena serangan sakit jantung. Semua ni gara-gara anak tiri akak,” ujar Raja Faridah dalam tangisnya.
            “ Kenapa? Apa mereka dah buat?” soal Ummi Zaharah.
            “ Akak tak nak sebut.. jijik akak dengan perangai mereka. Memang menurun perangai mak dia orang,” ujar Raja Faridah. Afifah yang turut berada di hospital merasa berdesing. Panas hatinya.
            “ Eh perempuan tua? Apa kau cakap tadi ha? Jijik dengan anak aku ya!” tengking Afifah.
            “ Orang lain pun jijik jugak dengan anak engkau kalau dengan adik-beradik sendiri pun boleh bermukah!” tempik Raja Faridah geram.
            “ Hei.. sekurang-kurangnya aku tak menyusahkan hidup engkau la!” Afifah turut bertempik lalu tudung Raja Faridah dipagut.
            “ Betina sial. Kau nak bogel kau bogel sorang lah. Jangan ajak aku.. bodoh!” Pang! Serentak dengan kata-kata Raja Faridah itu menghadiahkan penampar di muka madunya.  Suasana makin riuh. Ummi Zaharah bertindak pantas. Segera pergaduhan itu dileraikan. Raja Faridah dibawa ke satu sudut.
            “ Sabarlah akak. Jangan bertindak melulu,” nasihat Ummi Zaharah.
            “ Akak dah tak boleh sabar Ummi. Dah 32 tahun akak asyik beralah. Tapi kali ni akak dah tak boleh sabar lagi. Nyawa suami akak dalam bahaya sebab didikan salah dari Afifah,” kali ini Raja Faridah benar-benar menangis.
            “ Ummi.. selama ni akak pendamkan segalanya tapi hari ni biarlah Ummi tau. Akak dah tak tahan lagi,” esak Raja Faridah.
            “ Apa dia kak?” soal Ummi Zaharah.
            “ Ummi..masa mula-mula abang kamu kahwin dengan Ifah hidup akak memang terseksa. Apa taknya akak jadi hamba di rumah sendiri. Sudahlah masa tu akak baru melahirkan Jimi.. akak masih ingat lagi betapa peritnya tamparan yang singgah di muka akak masa akak  beritahu suami akak yang akak letih dan memohon agar Afifah membantu akak melakukan kerja-kerja rumah,” esak Raja Faridah berpanjangan. Ummi Zaharah setia mendengar.
            “ Akak dipukul..dihina..dicaci..akak bersabar demi anak akak.. ada sekali tu Afifah tolak akak dari tangga.. kandungan kedua akak  gugur  sebab tu akak dah tak boleh mengandung lagi,” cerita duka itu benar-benar menyentuh hati Ummi Zaharah.
            “ Bila akak bagi tau suami akak, akak yang di pukul. Katanya akak hanya mereka-reka cerita. Akak dengkikan Ifah,”
            “ Demi Allah Ummi..akak dah redhakan perkahwinan mereka tetapi kenapa akak masih terus terseksa. Dengan duit simpanan yang masih akak punya akak beli rumah sendiri. Akak besarkan Jimi seorang diri Ummi… Jimi hidupnya derita Ummi.. masa dia berumur dua bulan dia hampir aja mati dicekik papanya sendiri sebab Jimi menangis masa tu. Mujur akak melawan kalau tidak satu-satunya anak akak dah tiada di bumi ni,” sambung Raja Faridah lagi.
            “ Ummi..nanti bila Jimi sampai..Ummi mintaklah tengok belakang badan dia..Ummi akan tahu apa yang telah dia lalui sepanjang tempoh membesarnya. Jimi paling takut kalau papanya ada.. dia membesar tanpa kasih sayang seorang ayah.. Tiba-tiba keluarga Ummi hadir. Azhar beri kasih sayang yang dia hilang. Miera buka matanya tentang keburukan dendam..dengan rela hati dia melepaskan dendam selama 33 tahun kerana Amiera. Dia bahagia..tapi bahagianya tak lama..Amiera diragut pergi..akak dah tak tahan tengok penderitaan dia..akak tahu hancur hati dia masa dia ceraikan Amiera tapi dia fikir dialah yang membawa kesedihan dalam diri Amiera jadi dia..dia..” akhirnya kata-kata Raja Faridah terhenti. Ummi Zaharah mengelap tubir matanya yang mula berair. Kini Ummi Zaharah menjadi sangsi kepada kata hatinya sendiri.

“ JANGAN bang. Jangan pukul dia lagi,” rayunya. Hatinya walang mendengar tangisan anaknya itu.
            “ Ampun pa..maafkan Jimi..Jimi tak sengaja panggil mak cik Ibu..Jimi tak sengaja,” raung Hazimi. Megat Saifuddin terus melibas tali pinggangnya.
            “ Siapa ajar kau panggil dia ibu ha!” tengking Megat Saifuddin. Raja Faridah menerpa. Mengantikan dirinya untuk disebat sang suami yang menggila.
            “ Ah..aduh!!” pekik Raja Faridah. Hazimi sudah tidak bermaya.
            “ Heh kau tak layak panggil dia ibu. Ibu kau ni yang ni!” tengking Megat Saifuddin sambil menarik rambut Raja Faridah yang sudah tak bermaya. Setelah puas memukul anak dan isterinya Megat Saifuddin beredar. Raja Faridah memeluk anaknya. Air mata mula berjuraian. Hazimi tersentak. Dia tersedar dari igauannya.
            “ Jimmy..what’s wrong with you? Crying all of sudden,” tegur Mellina. Hazimi beristighfar panjang. Kenangan lalu mengetuk ruang memorinya. Dia menggeleng perlahan. Mellina dan Johnny kehairanan.

AMIERA kehairanan melihat mata uminya yang sembab dan merah.
            “ Umi..kenapa ni?” soal Amiera. Ummi Zaharah menggeleng lemah.
            “ Walid mana umi?” soal Amiera lagi.
            “ Walid ke airport..jemput seseorang,” balas Ummi Zaharah.
            “ Siapa?” soal Amiera. Rasa ingin tahunya benar-benar memuncak.
            “ Tak perlulah Miera tahu,” balas Ummi Zaharah lantas menuju ke arah biliknya. Ummi Zaharah kembali mengenang kata-kata Raja Faridah. ‘ Dia mula merasai kebahagiaan tetapi Amiera diragut pergi..’ Ummi Zaharah menggeleng berkali-kali. Menidakkan rasa hati yang mulai berbelah bahagi.

TENGKU AZHAR mencari-cari kelibat Hazimi. Hazimi berjalan menghampiri Tengku Azhar. Mellina dan Johnny hanya membuntuti dari belakang.
            “ Assalamualaikum walid,” tegur Hazimi lantas menyalami Tengku Azhar.
            “ Waalaikumussalam,” jawab Tengku Azhar.
            “ Papa macam mana?” soal Hazimi.
            “ Masih dalam keadaan kritikal lagi. Jom ke hospital.. di sana kamu akan tahu sendiri,” ujar Tengku Azhar.
            “ Walid..kejap..Melly..Johnny..meet my father-in-law,” ujar Hazimi. Johnny dan Mellina meghampiri. Johnny menyalami Tengku Azhar seperti mana Hazimi. Johnny sememangnya cepat belajar berbeza dari Mellina yang agak kekok.
            “ Walid..ini teman-teman sekuliah saya. Temankan saya balik.” Ujar Hazimi. Tengku Azhar mengangguk.
            “Come..we should go to the hospital now,” ujar Tengku Azhar. Mereka mula bergerak keluar.
            Amiera mengekori uminya senyap-senyap. Dia melihat uminya membelok masuk ke perkarangan Hospital Ampang Puteri. Hatinya berdebar. Bukan ke ni tempat kerja abang? Buat apa umi ke sini? Nak jumpa bakal menantu dia agaknya detik hatinya. Ummi Zaharah terus diekori. Tiba-tiba mata Amiera tertancap pada sekujur tubuh yang merenungnya sayu. Amiera kehairanan. Amiera cuba merapati jasad itu namun jasad itu cepat-cepat menjauh. Amiera mula mengekori. Kakinya dihayun laju namun secepat kilat jasad itu menghilang. Amiera duduk di bangku taman hospital itu. Diperah ingatannya supaya kembali mengingati wajah itu namun gagal. Amiera memegang kepalanya yang sakit. Dia cuba bertahan tetapi dia gagal. Amiera rebah.
            “ Ya Allah..doktor!” pekik satu suara.

HAZIMI meraup wajahnya. Dia telah bertindak di luar kawalan. Merenung Amiera sekadar untuk melepaskan rindu. Hampir saja dia terjerat. Hazimi mengeluh lagi. Dia harus melupakan Amiera. Amiera milik Izham. Bukan milikku. Ingat Hazimi kau sendiri yang melepaskan Miera pergi. Jangan kau mengikatnya kembali. Biar dia hidup bahagia dengan lelaki yang tak mungkin menyakitinya desis hatinya.
            “ Jimmy..since we are here from last night, I’ve never see your wife.. where is she?” soal Johnny. Hazimi tergamam. Kelu untuk berkata-kata.
            “ Johnny.. I must be honest with you. Actually my wife and I ..” namun belum sempat ayat itu dihabiskan Ummi Zaharah menerpa.
            “ Jimi..umi nak cakap sikit dengan Jimi,” ujar Ummi Zaharah dengan wajah yang serius.
            “I think I should not interfere with your negotiation. I’ll look for Melly,” ujar Johnny lantas berlalu. Hazimi hanya memerhati.
            “ Jimi..Jimi masih sayangkan Miera?” soal Ummi Zaharah. Hazimi terkejut dengan pertanyaan Ummi Zaharah lantas terus terdiam sebelum menyusun kata.
            “ Umi..umi jangan risau. Saya masih sayangkan Amiera tapi biarlah dia dengan Izham. Lebih baik begitu. Saya dah redhakan segalanya umi,” jawapan Hazimi benar-benar mengejutkan Ummi Zaharah. Baru saja dia ingin memberikan amaran pada Hazimi agar menjauhi Amiera dan tidak mengganggu majlis perkahwinan anaknya. Hatinya terusik dengan ketulusan Hazimi. Hazimi lantas berlalu meninggalkan Ummi Zaharah. Fikirannya kini tertumpu pada papanya yang sedang tenat.
            “ Jimi..” panggilan Ummi Zaharah menghentikan langkah Hazimi. Hazimi berpaling.
            “ Maafkan umi,” ujar Ummi Zaharah. Hazimi tersenyum lantas mengangguk.

Diantara kekasih pilihan di hati
Punyai budi penghias diri
Wajahnya lembut biasan pekerti yang tinggi,
Indahnya perhiasan duniawi

Diantara diriku jua dirimu
Hanya mengharap cinta Yang Satu
Kubinakan mahligai impianmu..
Oh sayang ikhlaskanlah hatimu

Malumu bernilai
Katamu berhikmah
Hatimu tulus suci dan murni
Hanya diri yang halal engkau serahkan segala
Untuk mencari redha Illahi

Benarlah cinta buta melalaikan
Tanpa memikirkan batas syariatnya
Semuanya itu hanya ujian di dunia
Ia adalah mahar untuk  kita ke syurga

Malumu bernilai
Katamu berhikmah
Hatimu tulus dan suci dan murni
Hanya diri yang halal engkau serahkan segala
Untuk mencari redha Illahi

Kau permaisuri di hatiku
Di dunia ini engkau penghibur
Menjunjung kasih amanah Illahi
Ku pasti akan terus menyayangi

Terima kasih ucapan ku beri
Kau hadiahkan ku cahaya hati
Ku pimpin tanganmu oh kasih
Meniti hari semoga kita dapat bersama
Sampai kepada-Nya di syurga sana.

Tuhan kekalkanlah permaisuri hatiku
Untuk menemani dalam menggapai cintaMu

Hazimi terus melagukan lagu itu. Berharap akan singgah ketenangan di hatinya.

AMIERA membuka matanya. Wajah manis Zulaikha yang mula-mula ditatapnya.
            “ Ika..kenapa dengan saya ni?” soal Amiera. Gadis itu dikenali sebaik saja dia sedar dari koma.
            “ Doktor pengsan tadi. Nak saya panggilkan Doktor Izham ke?” soal Zulaikha. Amiera menggeleng. Dia malas untuk menyusahkan tunangnya untuk sesuatu yang tidak penting
            “ Tak payahlah Ika. Terima kasih ya. Saya balik dulu,” ujar Amiera lantas bangun dari pembaringannya. Amiera terus berjalan menyusuri kaki lima yang menghadap ke arah taman di hospital itu. Tiba-tiba dia telihat jasad itu lagi. Amiera tekad. Jasad itu perlu dihampiri. Amiera berjalan perlahan ke arah Hazimi yang masih leka menyanyikan lagu Permaisuri Hatiku. Amiera tersentak. Terbayang di ruang matanya kenangan silam. Kepalanya kembali berdenyut.
            “ Ah..” jeritan Amiera mengejutkan Hazimi. Hazimi segera menghampiri Amiera yang menundukkan wajahnya sambil memegang kepalanya. Amiera hampir saja rebah namun pantas pula Hazimi menyambar tubuh yang melayang jatuh. Hazimi tergamam tatkala menyedari Amiera yang berada di dalam pelukannya.
            “ Miera..”

Saturday 23 June 2012

Keluarga Saya...

Assalamulaikum...



hehehehe...mmg xde gmbar lain...
my lovely father: Wan Abdullah bin Hamzah
( with his second grandchild)

my sweet mother: Zainon bt Salih
( well, she have the Chinese thread)
mnurun la sikit dkat ank dia---> sy

my oldest sister a.k.a kak long
Wan Ilyani bt Wan Abdullah
hehehe, kmi nk sma tau....

not a Chinese man, but my oldest brother a.k.a Abang Ngah
Wan Mohd Izwan b Wan Abdullah
(msa2 kecik2 dlu pernh sorang apek nk ambik wat anak angkt...hehehehe
u got the look Abg Ngah)

ni lg sorang yg nmpak beno chinesenya smpai msa bersalin nurse Chinese pgi sembang guna bhasa mandarin..hahahaha...ternganga nk jwab
Wan Suzailah @ Wan Habibah bt Wan Abdullah a.k.a Kak Teh
(psal ap nma dia pling pnjang pun x tau la...anak prmpuan yer)

yg ni nmpka la MELAYU skit...except mta pun sepet la jgak
Wan Muhammad Amaluddin b Wan Abdullah a.k.a pok cik...hahahaha

 yg ni yg pling prasan macho ( sbb dia tggi skit kot)
Wan Muhammad Tarmizi b Wan Abdullah a.k.a pok nik
( die ni mcm Japanese look sbb muka dia pnjng...)

ni sy...erm... x de lah lawa sgt...mka pun x lah Chinese look sgt...
nm sy Wan Nur Azyan bt Wan Abdullah a.k.a kakak
(hehehehehe... the real nme)

okey...ni the youngest one muka dia nmpak la chinese+jappanese
Wan Nur Azwa bt Wan Abdullah a.k.a adik...
(hahahahaha...still wlau dh bsar pnjang lekat adik)

p/s: real name dh ckap kan...ssunan pun dh ikt ssunan adik-bradik...

Kakak Minta Maaf Mak...


Mak…
Mesti susah kan,
Nak besarkan anak-anak mak…
Usahkan nak besarkan,
Nak hantar anak-anak mak ke dunia ni pun,
Mesti mak dah banyak alami kesusahan…
Tapi ramai-ramai anak mak…
Mesti yang mak paling susah,
Adalah anak perempuan mak yang sorang ni…
Bukan dengar kata,
Bukan nak dengar nasihat,
Asyik buat keras kepala je…
Kakak minta maaf mak,
Sebab dah banyak buat mak susah hati…

Mak,
Kakak minta maaf…
Masa kakak kecik-kecik dulu,
Kakak suka merayau main dekat rumah orang lain…
Siap tipu mak lagi,
Letak bantal peluk,
Lepas tu selimut…
Buat-buat macam kakak tengah tidur,
Padahal, kakak dah keluar merayau,
Bila mak rotan kakak,
Kakak marah mak…
Kakak kata mak jahat…
Masa tu kakak tak tahu,
Air mata mak jatuh ke pipi…
Sebab,
Bila mak rotan kakak,
Memang kakak rasa sakit,
Tapi kesakitan di hati mak lebih teruk…
Maafkan kakak mak…

Mak,
Kakak dah naik sekolah rendah…
Kadang-kadang,
Bila mak suruh kakak solat,
Kakak tipu…
Kakak duduk je dalm bilik solat tu diam-diam…
Kira sampai seratus,
Lepas tu keluar…
Bila mak tahu,
Mak marah…mak nasihat..
Mak cakap, api neraka tu kuat…
Tapi kakak marah-marah mak balik…
Jahatnya kakak kan…
Kakak masuk bilik…
Hempas pintu kuat-kuat…
Lepas tu…
Bila kakak keluar bilik,
Mak dalam bilik air…
Kakak dengar mak bukak paip air kuat-kuat..
Tapi sebenarnya,
Mak tak nak,
Anak mak dengar tangisan mak…
Ampunkan kakak mak…

Mak,
Kakak dah remaja,
Mak dan ayah izinkan kakak ambil lesen motor,
Mak,
Hari tu,
Dah dekat pukul 8 malam..
Baru kakak sampai rumah…
Mak dengan abang,
Marah kakak…
Walaupun kakak dah cakap,
Bukan salah kakak,
Orang dekat kedai gambar tu yang lambat
Lambat siapkan gambar passport kakak…
Tapi mak tetap marah,
Sebagai tanda protes,
Gambar tu kakak koyakkan depan mak,
Lepas tu,
Kakak masuk bilik,
Menjerit kuat-kuat sebab geram
Sekarang baru kakak perasan,
Mata mak bergenang air mata masa tu,
Mak risaukan kakak..
Tapi kakak marah mak,
Maafkanlah anak mak ni…
Ampunkanlah anak mak ni…

Mak,
Bila dah besar panjang macam ni,
Baru kakak sedar…
Kalau nak kira,
Dosa kakak dengan mak,
Macam butiran pasir dekat pantai..
Memang banyak mak,
Dan bila kakak dengar mak berdoa satu hari tu,
Air mata anak mak yang degil,
Yang keras kepala,
Yang hati batu ni,
Luruh macam tak nak berhenti….
Mak doakan “ Ya Allah, aku ampunkan dosa-dosa anakku. KAU berkatilah anak-anakku Ya Allah. Kesalahan yang mereka lakukan kerana mereka belum matang,”
Mak…
Sekarang kakak dah sedar…
Ampunkan segala kesalahan kakak ya mak,
Kakak nak berubah,
Kakak nak jadi anak yang baik,
Kakak nak jaga mak,
Sama macam masa mak jaga kakak…
Walaupun memang kakak
Tak kan mampu tandingi kehebatan mak…
Ampunkan kakak mak…
Halalkan segala-galanya ya mak….

Monday 18 June 2012

Bab 8



Dia
            menarik nafas dalam-dalam. Deburan ombak membawa kenangan yang mengguris hati. Dia kini terlempar jauh di tanah tumpah darah orang. Angin bayu berpuput lembut menampar wajahnya yang tampan dan agam. Sudah tiga bulan peristiwa itu berlaku namun kekesalan masih menghantui dirinya. Amiera dia ceraikan sebaik saja wanita itu sedar dari komanya. Dia sudah tidak mahu menyakiti wanita kesayangannya lagi. Biarlah dia pergi seiring hilangnya memori Amiera. Ketenangan benar-benar dirasakan di bumi Tulum daerah Yukatan di Mexico.
           
HAZIMI memerhati ombak kecil yang menghempas pantai. Anak-anak ketam merah pula bermain dengan lincah. Dia termenung lagi mengingatkan kenangan pahit itu.
            “ Kau gila Jimi..mama tak izinkan.. kalau kau ceraikan Amiera..kau bukan anak aku!” pekik Raja Faridah. Hilang sudah kasihnya pada anak itu.
            “ Mama.. saya lah yang membawa kesedihan dalam hidup Amiera. Biarkanlah saya pergi ma. Izham lebih baik dari saya. Lagipun Amiera dah hilang ingatan. Saya rela kehilangan dia dari dia terus menderita,” ujar Hazimi. Raja Faridah terduduk.
            “ Ma.. perempuan yang hendak bunuh Amiera tu anak murid saya. Dia bencikan Amiera sebab Miera kahwin dengan saya. Faezah ingin jadi isteri saya mama. Umi, walid  saya memang tak boleh jaga Amiera. Sebab saya Amiera hilang senyumannya,” ujar Hazimi. Terasa berat lidahnya untuk menutur kata. Raja Faridah menangis semahu-mahunya. Ummi Zaharah, Tengku Azhar dan Megat Saifuddin hanya mendiamkan diri. Hazimi menghampiri Ummi Zaharah.
            “ Umi..maafkan saya. Sayalah yang menyebabkan Amiera jatuh tangga. Sayalah yang menyebabkan Amiera kehilangan memorinya,” ujar Hazimi.
            “ Walid..maafkan saya. Saya tak dapat mengikut nasihat walid dulu. Miera telah saya injak di kaki saya,” ujar Hazimi. Tengku Azhar mengangguk. Hazimi menghampiri papanya pula.
            “ Papa..dendam saya pada papa habis di sini. Betul kata Miera.. papa tetap papa saya walau apa pun yang terjadi, halalkan makan minum saya. Maafkan saya,” ujar Hazimi lantas menyalami tangan Megat Saifuddin dan menciuminya. Megat Saifuddin terharu. Dipeluknya anak yang selama ini dia abaikan. Akhirnya dua kasih menyatu.
            “ Bersaksikan mama, papa, walid dan umi dengan ini saya menceraikan Tengku Shaziera Amiera binti Tengku Azhar dengan talak satu,” ujar Hazimi bersama sendu. Sebak di hatinya tidak tertanggung lagi. Dia segera meninggalkan hospital itu. Raja Faridah meraung. Pilu hatinya melihat anaknya yang berduka.
            “ Walid, umi..selepas tamat tempoh iddah Amiera, kawinkanlah dia dengan Izham. Hanya Izham yang mencintai Amiera setulusnya. Saya pergi dulu. Assalamualaikum,” ujarnya lantas berlalu.

HAZIMI tersentak tatkala terasa bahunya ditepuk. Johnny memandangnya dengan penuh tanda tanya.
            “Since you been here I’ve never see even a smile on your face.. is there something bothered you?” soal Johnny. Hazimi menggeleng.
            “No, just homesick, I‘m just miss my parents” jawab Hazimi.
            “So why don’t you give them a call ?” usul Johnny.
            “It’s easy for you to say but hard to me to do it..come..let’s go to our class,” ujar Hazimi lantas bangkit dari duduknya.
           
AMIERA merapikan rambutnya lantas disanggul. Dia meraba-raba kepalanya. Masih terasa parut jahitan beberapa bulan yang lalu. Amiera begitu gembira. Dia kini bergelar tunangan orang. Dua bulan lagi dia akan diijabkabulkan dengan Izham. Azwani mengetuk pintu bilik Amiera.
            “ Masuklah,” laung Amiera. Azwani melangkah sambil membawa beberapa buah album.
            “ Akak bawak apa tu?” soal Amiera.
            “ Ni..akak bawak album gambar adik masa adik kecik-kecik dulu,” ujar Azwani sambil menghulurkan album tersebut. Amiera menyambutnya dengan senyuman.
            “ Akak..dah banyak sangat ke yang adik tak ingat?” soal Amiera.
            “ Entah..mana lah akak tahu. Kalau adik nak tau tanya la bakal suami adik tu,” usik Azwani menyembunyikan hakikat.
            “ Ala akak ni..gatal..” ujar Amiera sambil mencubit paha Azwani.
            “ Sakit lah adik oi.. dah tengok gambar adik tu puas-puas, ni je yang akak boleh bantu,” ujar Azwani.
            “ Terima kasih kak,” ujarnya lantas meneliti gambar-gambar yang terpotret. Tiba-tiba matanya tertancap pada seseorang. Entah mengapa wajah itu terlalu dirindui.
            “ Akak..ni sape?” soal Amiera sambil mengunjukkan wajah lelaki itu. Azwani menelan liur. Terasa pahit.
            “ Entahlah.. cikgu adik kut. Akak pun tak ingat sangat,” ujar Azwani. Wajah tenang Hazimi dalam gambar itu ditatap lama. Kasihan bekas birasku ini..bisiknya.
            “ Apa kak?” soal Amiera tiba-tiba. Azwani terkejut lalu dia cepat-cepat menggeleng lantas bangun meninggalkan Amiera sendirian.
 Amiera terus menatap wajah itu. Entah mengapa wajah Hazimi mengundang debaran di dada. Terasa ada kerinduan. Amiera mengerah akalnya berfikir. Mencari sebab kerinduan ini namun gagal. Kepalanya pula yang sakit berdenyut-denyut. Amiera menahan tangis.
            “ Allah,” ujarnya lalu dunia menjadi kelam.

AMIERA merasakan kekosongan kini. Segalanya nampak putih. Tenang dan damai hatinya. Namun perasaan kesunyian benar-benar menakutkan hatinya tatkala dia mendapati hanya dia di situ. Amiera berlari meninggalkan kawasan itu. Dia tercari-cari arah keluar.
            “ Umi, walid..tolong!” pekiknya. Amiera terus berlari. Tiba-tiba matanya tertancap pada sesusuk tubuh yang sedikit kabur. Jasad itu menghulurkan tangannya. Amiera tergapai-gapai mahu mencapai tangan itu namun dia tak berdaya. Amiera terus mencuba sambil menangis.
            “ Tolong saya,” pintanya. Amiera terintai wajah si dia yang cuba membantunya namun kabur dek air mata. Lama-kelamaan jasad itu makin pudar.
            “ Tunggu..tolong saya!” pekiknya tatkala jasad itu menjauh.
            “ Maafkan abang,” ujar jasad itu perlahan
            “ Miera..Miera.. bangun sayang!” ujar Ummi Zaharah cemas tatkala melihat tangan anaknya tergapai-gapai begitu. Amiera tersentak lantas bangkit. Tangisannya berlagu-lagu. Ummi Zaharah memeluk dan menenangkan anaknya. Jauh di sudut hati dia mengerti.

JOHNNY menghampiri Hazimi yang masih termenung menghadap laut.
            “ Huh ocean,ocean,ocean..don’t you bored?,” sindir Johnny. Hazimi mengukir senyuman. Johnny terpaku seketika melihat senyuman Hazimi buat pertama kalinya.
            “No..it’s calms me so much.. so why do you look for me?” soal Hazimi.
            “ Jimmy..no wonder if Mellina adores you. You look so sweet when you’re smiling,” ujar Johnny tidak menjawab soalan Hazimi. Hazimi memandang tepat ke muka Johnny.
            “ That’s must be just a joke. The hottest chick are crazy for me..? Oh please,” jawab Hazimi.
            “ No..I’m not. I’m being serious out here. Mellina really adores you. Will you become her boyfriend ?” ujar Johnny.
            “ But I can’t.. we own differ religion and the important things is I’d left my love in my motherland,” jawab Hazimi tenang.
            “ Oh please.. love can come twice..give it time and let see what happen next,” balas Johnny.
            “But I really can’t.. my love just for my beloved wife and it will still like that,” jawapan Hazimi benar-benar mengejutkan Johnny.
            “ I thaught you were not married yet... So, that is the answer why you always come here. Mellina will be dispointed,” ujar Johnny sesal.
            “ I’m sorry Johnny. I’m always remind her in my heart.Yes.. that’s why I’m always here..” jawab Hazimi menutup kata.

IZHAM menghampiri Amiera yang leka. Izham bahagia. Impiannya untuk menjadikan Amiera sebagai surinya akhirnya tercapai jua.
            “ Hai..” ujar Izham. Amiera tersenyum.
            “ Assalamualaikum,” ucap Amiera mengusik. Izham tersenyum. Kenangan lalu kembali mengetuk ruang memori.
            “ Menyindir nampak,” usik Izham kembali.
            “ Mana ada. Oh ya..abang datang ni kenapa?” soal Amiera. Izham mengerutkan kening. Abang? Soal hatinya.
            “ Saja nak jumpa bakal isteri abang ni..kenapa salah ke?” soal Izham.
            “ Tak..tak salah tapi kalau jumpa selalu takut jadi benda lain je,” ujar Amiera.
            “ Apa benda lain tu?” soal Izham nakal.
            “ Gatalnye..” ujar Amiera lantas mencubit paha Izham. Izham  tertawa galak. Hatinya bahagia. Saat-saat beginilah yang sering diimpikan.
            “ Suka la tu.. abang tadi kan kepala Miera sakit sangat. Miera pun tak tau kenapa,” adu Amiera.
            “ Sakit macam mana?” soal Izham.
            “ Sakit berdenyut-denyut. Kepala rasa macam nak pecah,” adu Amiera lagi.
            “ Sebelum tu Miera buat apa?” soal Izham ingin tahu.
            “ Miera tengok gambar-gambar lama. Lepas tu lepas Miera tengok gambar seorang lelaki tu kepala Miera terus berdenyut. Miera cuba nak ingat dia balik tapi tak boleh,” adu Amiera. Izham tersentak. Jantungnya bagai direntap. Dia mulai ketakutan.

UMMI ZAHARAH memerhatikan tingkah laku Amiera yang sedikit aneh.
            “ Miera buatkan sarapan untuk siapa ni?” soal Ummi Zaharah. Amiera menjungkitkan bahunya tanda tidak tahu. Telur separuh masak dan empat keping roti bakar bersalut jem nenas sudah siap tersedia.
            “ Miera pun tak tahu Umi.. Miera cuma rasa macam pernah sediakan semua ni dulu untuk seseorang tapi Miera tak ingat,” ujar Amiera. Ummi Zaharah mengerutkan keningnya. Dia lantas berlalu.

RAJA FARIDAH menjawab telefon bimbitnya sebaik saja telefonnya itu berbunyi.
            “ Assalamualaikum kak,” ujar Ummi Zaharah.
            “ Waalaikumussalam, ya..ada apa Ummi?” soal Raja Faridah.
            “ Akak..Jimi suka makan apa untuk sarapan kak?” soal Ummi Zaharah. Raja Faridah terkejut. Mengapa disoal tentang anaknya.
            “ Jimi suka makan telur separuh masak dengan roti bakar bersalut jem nenas. Tapi kenapa Ummi tanya akak pasal Jimi ni?” soal Raja Faridah.
            “ Akak..ingatan Amiera beransur-ansur pulih. Tadi dia buat sarapan persis sarapan kegemaran Jimi. Bila saya tanya dia kata dia tak tahu. Dia cuma kata dia pernah buat sarapan tu selama ni,” adu Ummi Zaharah.
            “ Alhamdulillah,” ujar Raja Faridah.
            “ Tapi kak..saya tak suka. Saya tak nak Amiera ingatkan anak akak lagi. Saya tak nak Jimi melukai Miera lagi,” ujar Ummi Zaharah tegas. Raja Faridah terkedu.

MeLLINA merenung wajah yang sedang khusyuk mentelaah di hadapannya ini.
            “ Jimmy..is that true that you already had a wife?” soal Mellina. Hazimi mengangkat wajahnya memandang tepat ke arah Mellina.
            “Yes, I love and always miss her,” jawab Hazimi tenang.
            “ But..she’s not here… I  know  you really need someone to be with you,” ujar Mellina menggoda.
            “I’ve already had you and Johnny to accompany me..It’s more than enough,” balasnya bersahaja.
            “ No..it’s not exactly  what I mean,”  ujar Mellina agak marah.
            “ So what do you mean actually? Soal Hazimi.
            “ You definitely need someone to serve you just like your wife and I’m willing to,” ujar Melissa. Hazimi mengerutkan keningnya, dia masih tidak mengerti apa maksud Mellina.
            “ I don’t understand Melly. What do you want from me Melly?” soal Hazimi.
            “ Oh.. come on.. a man need a woman to fulfill all his desires,” ujar Mellina manja.
            “But I’m not that kind of man.. I love my wife very much and I want you to know that I’ll never cheat on her!” ujar Hazimi marah. Dia cepat-cepat mengutip buku-bukunya lantas bangun meninggalkan Mellina yang masih terkejut kerana ditengking.

JOHNNY merapati Hazimi yang buat kesekian kalinya masih merenung laut.
            “ Jimmy..how  could you yelled Melly like that..” luah Johnny sesal. Baru sekejap tadi Mellina mengadu padanya. Hatinya sedikit marah dengan Hazimi.
            “ Becouse she’s to much. I can’t afford it anymore,” balas Hazimi perlahan. Malas untuk bertengkar.
            “ But you can’t do that..It just she used to live her life in that way,” sangkal Johnny. Hazimi mengeluh.
            “ Johnny I think you’ll look better with Melly and I realize that you actually love her right? If you don’t why are you defend her?” ujar Hazimi lagi. Johnny terkedu. Pantas dakwaan Hazimi disangkal.
            “No..it’s not like that.. we know each other for ages.. I’m just defending her as a friend.. not more than that,” ujar Johnny beria-ia. Hazimi mengukir senyuman.
            “ Johnny..believe me..deep in your heart you’re actually love her.. just like me a long time ago but it’s to late when I realize it,” ujar Hazimi lantas berlalu. Johnny termangu-mangu sendirian.

AMIERA keluar dari kereta Perdana V6 itu bersama-sama Izham. Hatinya sudah tidak sabar lagi untuk bertemu dengan nenek Izham sementelah ibu bapa Izham telahpun dikenali.
            “ Assalamualaikum.. nek.. o..nenek,” panggil Izham kuat. Nek Jah keluar dari balik rumahnya.
            “ Walaikumussalam.. hoh..cucu aku kelik doh(hah, cucu aku dah balik),” ujar Nek Jah. Loghat Kelantannya pekat kedengaran.
            “ Nenek apa khabar? Soal Izham selepas menyalami neneknya diikuti Amiera.
            “ Aku gak gini lah. Maso sehat gak sehat. Kalu dok gak tebaghing soghe dalae bilik tu (aku ni macam ni lah. Masa sihat, sihar kalau tidak, terbaring sendirian dalam bilik),” ujar Nek Jah.
            “ Oh ya nek..ini bakal isteri saya. Miera,” ujar Izham. Nek Jah meneliti wajah Amiera.
            “ Huh panda cucu aku milih. Come lote oghenyo. Padae la kalu mung tok kenea ko budok hok mok mu cari pung (hurm, pandai cucu aku memilih. Cantik orangnya. Patutlah kamu tak berkenan dengan pilihan mak kamu pun),” ujar Nek Jah. Amiera yang tidak mengerti hanya tersenyum.
            “ Naiklah dulu. Tok molek kecek luar ghumoh (naiklah dulu. Tak elok bersembang di luar rumah),” ujar Nek Jah sambil meniti anak tangga masuk ke dalam rumahnya.
            “ Nenek gi buat air dulu deh,” ujar Nek Jah. Amiera menahan.
            “ Tak payahlah nek. Biar saya buat. Dapur dekat mana nek?” soal Amiera. Nek Jah tersenyum.
            “ Mu masuk sikit jah. Pahtu belok kanan. Situ dapur akunyo,” ujar Nek Jah.
            “ Oh baiklah nek. Nenek duduk lah berbual dengan Abang Izham dulu,” ujar Amiera lantas berlalu. Nek Jah menghampiri Izham yang sedari tadi hanya memerhati.
            “ Jughuh budok tu. Baik hok ni sake nah pade nga budok hok mok mu kenea tuh(Baik budak ni. Banyak sungguh bezanya berbanding dengan pilihan mak kamu),” ujar Nek Jah. Izham ketawa.
            “ Kenapa dengan Fazlina nek?” soal Izham sekadar mengusik.
            “ Uh.. baso budok tak dok baso. Kecek ngan aku po tak dok hormat sikit habuk. Doh la maso salam pung taknyo cium tangae aku. Tino lagu tu nak wak bini? Tak payoh la.. wak sakit palo( Uh, budak kurang ajar. Bercakap dengan aku macam tak hormat langsung. Masa bersalam pun tak diciumnya tangan aku ni. Perempuan macam tu hendak dibuat isteri? Tak payahlah. Buat memeningkan kepala),” ujar Nek Jah beremosi.
            “ Habis nek.. kalau saya tak jadi dengan Amiera macam mana?” soal Izham lagi.
            “ Tok jadi nga dio pung jangea la sapa jadi nga budok tuh. Nga oghe lain hok ado baso po nga Miera tu tak po lah(Kalu tak jadi dengan dia pun janganlah sampai kau nak dengan budak tu. Dengan orang lain yang berbudi bahasa macam Miera tu tak apalah),” jawab Nek Jah. Izham tersenyum. Nampaknya neneknya merestui.
            “ Tapi kalau jodoh saya dengan Fazlina macam mana?” usik Izham. Nek Jah menarik muka. 

AMIERA memerhatikan ayam-ayam Nek Jah yang riang berlari-lari. Hatinya terhibur dengan telatah ayam itu yang seakan-akan takut dengan dirinya.
            “ Miera,” panggil Nek Jah sambil melabuhkan duduknya di sisi Amiera.
            “ Oh ya nek,” ujar Amiera.
            “ Mu nok makae gapo hari ni?(Kamu nak makan apa hari ni?)” soal Nek Jah.
            “ Eh..tak payah susah la nek. Kita makan apa yang ada je. Saya tolong nenek masak ye,” ujar Amiera. Nek Jah tersenyum. Makin hatinya berkenan dengan sikap Amiera.
            “ Nati aku mitok Zihe igak ayae. Boleh wak gulai(Nanti aku mintak Zihe tangkap ayam. Boleh masak gulai),” ujar Nek Jah.
            “ Igak? Apa tu nek?” soal AMiera ingin tahu.
            “ Igak tu..igak tu..mace igak ayae ambik wak melih( Tangkap tu..macam tangkap ayam untuk disembelih),” ujar Nek Jah. Terkial-kial dia mahu menerangkan maksudnya yang sebenar.
            “ Oh..tangkap rupanya,” ujar Amiera sambil tertawa kecil.






Saturday 16 June 2012

Sinopsis Cahaya Kasih Haleeda


“ Ya Allah, Ya Tuhanku, sesunguhnya hanya Engkau yang benar-benar memahami perjalanan hidupku Ya Allah. Ya Rahman, suburkanlah rasa cintaku pada Mu dan Rasul Mu. Biarlah cintaku pada Mu dan Rasul Mu melebihi cintaku pada sesiapun di dunia ini. Ya Allah, seketika tadi aku lalai pada Mu. Aku lupa akan ketentuanMu lantas aku terlarut dalam kesedihan. Ya Allah, aku bermohon kepadaMu, kembalikanlah kesihatan umi dan babahku Ya Allah, ringankanlah penderitaan yang mereka tanggung Ya Allah. Mereka sudah terlalu banyak menderita dalam perjalanan meraih cintaMu. Berkatilah mereka, kasihanilah mereka. Jauhkanlah mereka dari azab nerakaMu.
Ya Rahman, kau berikanlah petunjuk pada walidku. Berikanlah dia petunjuk kepada jalan yang lurus, jalan yang Engkau redai. Ampunkanlah segala kekhilafannya kepada Mu. Janganlah Engkau memesongkan hatinya sebegitu jauh. Kurniakanlah hidayahMu padanya, kurniakanlah rahmatMu kepadanya. Walau apa pun jua yang telah diucapkan dan dilakukannya pada ku, dia tetap ayahku, yang menjadi asbab kelahiranku di dunia ini Ya Allah. Ya Rabbi Illahi, jauhkanlah dia dari azabMu.
Ya Rahim, kau ampunilah saudaraku Suhana. Izinkanlah hatinya kembali padaMu. Kurniakanlah kepadanya nur hidayahMu Ya Allah. Ampunkanlah keterlanjurannya. Lindungilah dia dari terus termakan godaan syaitan laknatullah.
Ya Allah, rahmatilah keluargaku. Berikanlah kejayaan kepada adik-adikku Ya Allah, permudahkanlah hati mereka dalam menimba ilmu pengetahuan. Hindarkanlah perasaan jemu, kecewa dan mudah putus asa yang boleh merosakkan diri dan hidup mereka Ya Allah. Teguhkan hati mereka terhadapMu, agamaMu dan takdirMu Ya Allah. Rabbana atina firduniaa hasanah, wafilakhirati hasanah, wakina a’zaban-nar,”

<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Di setiap sujudnya, dia tidak pernah alpa, tidah pernah lupa, tidak pernah leka. Doanya ke hadrat Illahi sentiasa dititipkan buat keluarga tercinta di tanah air meskipun dirinya terlontar jauh ke negera tanah tumpah uminya. Dia yang selalu bekorban untuk kebahagiaan yang lain, mampukah memliki kebahagiaannya sendiri? Hanya kepada Rabbul Izzati dia menyerahkan diri.

Bab 7


Hazimi
menarik nafas lega. Peperiksaan PMR baru saja berlalu dan ini bermakna salah satu tugasnya telah selesai. Kini STPM pula yang ditunggunya. Fikiran Hazimi melayang-layang. Kini sudah hampir enam bulan perkahwinannya berlalu tanpa ada apa-apa hal yang serius dalam perhubungannya dengan Amiera. Kadang-kadang hatinya tertanya-tanya juga, tidak terlukakah Amiera dengan apa yang terjadi dalam rumahtangganya. Lantas Hazimi bangkit dari duduknya. Ucapan terima kasih masih terngiang-ngiang di telinganya. Panas bibir Amiera juga masih terasa. Adakah aku terlalu kejam kerana ingin mempertahankan pendirianku? Tapi bukankah Amiera juga melalui ini semua ini demi keluarganya? Ya Allah..kusutnya fikiranku..

AMIERA memandang wajah tenang Hazimi yang sedang menyirami bunga-bungaan  di halaman rumah mereka. Amiera menghampiri Hazimi. Permintaan Raja Faridah menyenakkan fikirannya.
            “ Awak..saya ada hal nak bincang dengan awak,” ujar Amiera lantas melangkah ke ruang tamu. Hazimi membuntutinya dari belakang.
            “ Ada apa?” soal Hazimi malas.
            “ Kalau ya pun duduklah dulu,” ujar Amiera. Hazimi lantas duduk menghadap isterinya itu.
            “ Hazimi..kenapa awak benci sangat dengan papa?” soal Amiera lembut. Hazimi mulai berbahang. Soalan Amiera benar-benar membakar perasaannya.
            “Yang awak sibuk-sibuk nak tahu tu kenapa? Ingat perjanjian kita Miera. Awak tak boleh masuk campur urusan saya!” tengking Hazimi
            “ Hazimi.. saya masih ingat janji saya dulu tapi ini pinta mama. Mama dah tak sanggup tengok awak bermasam muka dengan papa awak lagi,”  ujar Amiera lembut.
            “ Miera.. aku dah kata..jangan masuk campur urusan aku. Kau tak tahu apa-apa!” tengking Hazimi lagi lantas mendaki anak tangga, Amiera membuntutinya
            “ Apa yang saya tak tau? Tentang papa yang selalu pukul awak., tentang papa selalu marah awak atau tentang papa yang menduakan mama?” soal Amiera juga keras.
            “ Stop it Amiera.. I warned you,” ugut Hazimi lantas berhenti di anak tangga yang teratas.
            “ Hazimi.. papa tetap papa awak. Kalau dia tiada.. awak pun mungkin tiada di dunia ni,” pujuk Amiera lembut sambil mendekati Hazimi.
            “ I said..stop it!” lantas Hazimi menghadiahkan satu tamparan yang agak kuat di pipi Amiera. “ Allahuakbar,” laung Amiera. Amiera yang berdiri betul-betul dihujung anak tangga tergelincir kakinya dek tamparan Hazimi. Amiera jatuh berguling ke tingkat bawah.
 Hazimi terkaku. Perasaan takut menerpa. Dia segera mendekati isterinya. Ambulans segera dihubungi. Hazimi memandang kepala Amiera yang mula mengeluarkan darah.
Ya Allah..apa aku dah buat ni..

UMMI ZAHARAH meletakkan novel yang sedang dibacanya sebaik saja mendengar telefon bimbitnya berbunyi. Eh, Jimi.. kenapa pulak ni..desis hati Ummi Zaharah.
            “ Assalamualaikum Jimi..ada apa ni Jimi telefon malam-malam ni?” soal Ummi Zaharah.
            “ Umi..umi dengan walid kena datang ke hospital sekarang,” ujar Hazimi cemas sampaikan salam uminya pun tak berjawab.
            “ Kenapa ni Jimi..tenanglah..mama kamu sakit ke?” soal Ummi Zaharah walhal hatinya mulai bergolak.
            “ Bu..bu..kan mama ta..ta.pi Miera,” ujar Hazimi tersekat-sekat.
            “ Ya Allah..anak aku!”

TENGKU AZHAR menenangkan isterinya yang masih menangis teresak-esak. Hazimi pula menyandar lesu sambil matanya tidak lepas-lepas memandang pintu dewan pembedahan. Raja Faridah dan Megat Saifuddin berjalan tergesa-gesa menuju ke arah besan mereka.
            “ Sabarlah Ummi,” pujuk Raja Faridah.
            “ Akak..Miera satu-satunya anak perempuan saya. Kalau dia tiada..saya dah hilang puteri saya,” ujar Ummi Zaharah yang masih sendu. Raja Faridah bangkit dari duduknya lantas menghampiri Hazimi yang lesu.
            “ Jimi apa yang dah jadi sebenarnya ni?” soal Raja Faridah lembut. Hazimi menggeleng lemah.
            “ La..tak kan lah kamu tak tau,” ujar Raja Faridah terus mendesak.
            “ Miera..Miera jatuh tangga..” ujar Hazimi menahan sendu.
            “ Ya Allah.. apa yang dah jadi ni Jimi?” soal Raja Faridah. Lemah rasanya segala urat sendinya. Raja Faridah terduduk.

IZHAM keluar dari dewan pembedahan. Dia mendapatkan Hazimi.
            “ Hazimi..Miera mengalami pendarahan yang serius. Tengkorak kepalanya sedikit retak. Kemungkinan untuk Amiera hidup tipis tapi kami akan cuba sedaya mungkin. Saya mengkhabarkan hanya untuk bersedia jika berlaku sesuatu,” ujar Izham serius walhal hatinya turut berduka. Hazimi tergamam. Ya Allah, selamatkan isteriku, tangisnya di dalam hati.Pandangan Hazimi mulai kelam. Dia tiba-tiba rebah.
           
HAZIMI membuka matanya. Wajah mamanya yang murung ditatapnya.
            “ Mama..Jimi nak berterus-terang dengan mama,” ujar Hazimi perlahan. Raja Faridah menatap wajah lemah anaknya lantas mengangguk.
            “ Ma..maafkan Jimi.. sepanjang pernikahan Jimi dengan Miera belum sekalipun Jimi menyentuhnya ma..” ujar Hazimi tersekat-sekat. Raja Faridah terkedu. Namun digagahkan jua untuk mendengar kata-kata anaknya.
            “ Jimi malu ma.. Jimi kawin dengan anak murid sendiri. Malah Jimi telah buat perjanjian dengan Miera..walaupun kami kawin..kami akan tetap hidup asing-asing.. Ma..apa yang mama tengok tempoh hari cuma lakonan..Jimi nak gembirakan hati mama walaupun Jimi tau yang hati Miera teluka,” ujar Hazimi panjang lebar. Badan Raja Faridah menggigil. Darahnya serasa tersirap.
            “ Jimi..sampai hati Jimi..buat mama macam ni..kenapa Jimi sanggup buat mama macam ni?” ujar Raja Faridah yang mula teresak-esak.
            “ Maafkan Jimi ma..Jimi cuma nak bahagiakan mama. Jimi dah tak sanggup tengok mama sedih lagi,” ujar Hazimi. Raja Faridah menekup mukanya. Hatinya benar-benar tersayat.
            “ Cukup..mama tak nak dengar lagi,” esakkan Raja Faridah berpanjangan.
            “ Tapi ma..mama pelu mengetahui satu hal lagi,” ujar Hazimi. Raja Faridah mengangkat wajahnya yang telah lencun dek air mata.
            “ Jimi yang buat Miera jatuh tangga.Jimi tampar Miera di tangga sebab dia nak tahu kenapa Jimi berdendam dengan papa,” ujar Hazimi terus terang. Raja Faridah terdiam kekesalan menghimpun. Semua ni salahku..detik hatinya. Air matanya kembali berlinang
           
HAZIMI memandang wajah Amiera yang tenang. Wajah yang mulai membengkak. Kedua-dua mentua dan ibu bapanya telah pun pulang. Hazimi menangis. Air mata kekesalan mulai menitis. Wajah Amiera yang lesu tidak bermaya itu benar-benar menghiris hatinya. Dipandanginya wayar yang berselirat di serat tubuh Amiera. Ya Allah..aku lah yang menjadikannya begini..aku lah yang telah merampas senyumannya..akulah yang menghadirkan kedukaan dalam hatinya..zalimnya aku pada dia…dia isteriku.. bisik hatinya.
            “ Amiera..bangun sayang..” bisiknya perlahan namun Amiera tetap kaku. Tidak terkutik sedikitpun seperti suatu waktu dahulu. Izham melangkah masuk. Diperiksanya denyutan nadi Amiera. Kemudian dipandanginya wajah Amiera. Wajah yang dulunya sering tersenyum. Hatinya hiba. Izham tidak menunggu lama. Setelah mencatatkan rekod kesihatan Amiera dia terus berlalu tanpa menghiraukan Hazimi.
            “ Sayang..awak belum habis bercerita pasal anime dan manga lagi, awak belum habis bercerita tentang Jepun lagi..aw..awak..” kata-kata Hazimi habis di situ. Dia sudah tidak mampu berkata-kata lagi.



IZHAM memandang wajah Hazimi yang lesu.
            “ Hazimi..pihak kami hanya dapat memberi seminggu saja tempoh untuk Amiera sedar kembali. Jika dia masih tidak sedar..” kata-kata Izham terhenti. Terasa berat lidahnya untuk menuturkan kata-kata itu.
            “ Saya faham,” ujar Hazimi lantas berlalu.

AZWANI merenung wajah adik iparnya itu. Sayu rasa hati melihat keadaan Amiera yang kaku tak bermaya. Wajahnya sudah hampir membiru. Azwani menangis, adik iparnya itulah yang menyelamatkanya dari lembah hina. Adik iparnya itulah yang melarikannya dari neraka dunia. Hanya Amiera yang Azwani punya selain anak dan suaminya. Malahan kalau bukan kerana Amiera, tidak mungkin dia bersama Tengku Farhan. Azwani menarik kerusi di tepi katil lantas melabuhkan duduknya. Tangan Amiera diambil lantas digenggam. Sejuk. Tidak sehangat dulu. Sewaktu tangan itu menariknya pergi.
            “ Miera, bangun dik. Jangan pergi tinggalkan kami. Akak sayang adik lebih dari nyawa akak sendiri. Adik terlalu berharga buat walid dan umi.. jangan mengalah dik..akak nak melihat senyuman adik lagi. Senyuman yang selalu adik lemparkan semasa menasihati kakak dulu,” ujarnya sayu namun Amiera tetap kaku.
            “ Adik bangunlah..Danish dan Diana menunggumu..kakak dan achik menantimu, angah dan along mengharapkanmu, Hazimi mendambakanmu..bangunlah dik. Akak rindu,” luah Azwani sayu. Hazimi yang mendengar di balik pintu mengunci mulutnya. Sedaya upaya menahan tangis. Akulah perampas. Aku lebih kejam dari papa. Kehadiranku dalam hidup Amiera hanya menyakitkannya saja..kata hatinya. Kini Hazimi nekad.

FAEZAH menyusup masuk ke hospital secara diam-diam. Dia sudah tahu di mana letaknya wad Amiera. Faezah cepat-cepat melangkah menuju ke wad VIP itu. Faezah berdiri di muka pintu. Wajah Amiera direnungnya dengan penuh rasa benci.
            “ Huh..inilah wajah yang cikgu tergila-gilakan tu ya..” ujarnya lantas menghampiri.
            “ Padan muka kau.. jadi la perampas lagi. Ha ha ha.. kau tengok..kau dah tak berdaya lagi,. Terbaring aja macam mayat hidup!” ujar Faezah kasar di tepi telinga Amiera.
            “ Hei perempuan..aku ni tak lah sejahat engkau. Dari kau jadi mayat hidup..lebih baik aku hantar kau ke neraka,” ujar Faezah sambil menarik wayar-wayar yang berselirat di tubuh Amiera. Faezah memegang alat bantuan pernafasan Amiera.
            “ Selamat tinggal perampas,” ujarnya sambil menarik alat bantuan itu. Dada Amiera mula berombak kencang. Mulutnya terbuka-tertutup penuh seksa hendak menghirup sedikit udara. Di kala ini lah Hazimi masuk. Faezah terkaku. Kakinya tidak mahu berganjak walaupun hatinya menginginkan dia lari. Hazimi cepat-cepat menghampiri Amiera.
            “ Izham.. tolong!” laung Hazimi. Loceng kecemasan ditekan berkali-kali. Izham dan beberapa petugas lain bergegas menghampiri. Hazimi disuruh keluar terlebih dahulu.