Sahabat Saya...

Monday 28 May 2012

Hati Seorang Lelaki...bergelar ABAH...


Abah masih ingat…lagi..
Malam itu, malam engkau puteriku, mula melihat dunia..
Hujan renyai-renyai mengiringi zikrullah dan selawat
Dari seulas bibir umimu…
Di dahinya, merenik titisan peluh…
Menahan segala kesakitan..
Mengerah segala kekuatan…
Untuk membantu kamu melihat dunia…
Sedangkan abah, hanya mampu melihat..
Dan tak putus-putus berdoa,sambil menggenggam tangan umimu..
Dengan harapan, kekuatan abah, akan berpindah kepada umimu…
Walaupun abah tahu, semua itu tak mungkin berlaku…

Wahai puteri abah…
Di saat mendengar tangisanmu buat pertama kalinya…
Hati abah menitiskan air mata gembira,
Bila melihat wajah munggilmu,
Hanya Allah yang tahu betapa bahagianya abah…
Saat abah mengiqamatkanmu, abah merasa terlalu terharu…
Sehingga tanpa abah sedari, air mata kebahagiaan abah mengalir di pipi…

Duhai permata hati abah…
Abah sangat bahagia bila dirmu mula pandai berkata-kata..
Perkataan ‘bah…bah’ itu,
Walaupun pada orang lain tiada makna…
Tapi bagi abah, ianya cukup istimewa…
Di saat kau mulai bertatih…
Abah tak pernah merasa lelah…mengawasi setiap langkahmu..
Abah sangat takut, dirimu tercedera waktu itu..

Anak perempuan abah…
Maafkan abah…
Kerana semasa engkau demam…
Abah tidak menjagamu…
Abah hanya membawamu ke klinik..
Untuk mendapatkan rawatan…
Umimu pula, setia menjaga mu hingga larut malam..
Bukan abah tidak mahu…bukan abah tidak sudi..
Tapi sebenarnya abah tak sanggup,
Melihat badanmu melemah sebegitu,
Mendengar suaramu merengek-rengek setiap waktu…

Anak abah…masa terlalu cepat beredar…
Abah sampai tak sedar…
Kau akan melangkah ke darjah satu
Abah masih ingat tangisanmu…
Memeluk kaki abah…
Tidak mahu abah meninggalkan kamu
Di  tempat asing bagimu..
Tapi..abah paksakan juga..
Bukan kerana abah tidak sayangkan anak abah…
Abah sayang…kerana kamulah satu-satunya,
Permata hati abah dan umi..
Tapi, jika abah terlalu memanjakanmu..
Jika abah menurut kehendakmu..
Untuk duduk menunggu di situ..
Abah takut..bila tiba saatnya..
Kamu harus berdikari..
Kau tidak mampu…

Ya Allah…abah bagaikan ingat melompat sama…
Bila kau berjaya dengan cemerlang dalam UPSRmu…
Malam itu, abah bermunajat pada DIA,
Yang telah mengurniakan seorang puteri…
Yang membanggakan seperti dirimu…
Yang telah menunjukkan cirri-ciri muslimah sejati dalam dirimu…

Duhai puteri abah…
Sewaktu abah membuat keputusan untuk menghantarmu…
Ke sekolah berasrama penuh…
Kamu dengan tegas menolak keputusan abah...
Kamu enggan meninggalkan rumah…
Malam itu kamu datang kepada abah…
Kamu cuba memujuk hati abah…
Tapi abah tetap dengan keputusan abah…
Walaupun umimu turut memujuk sama…
Ketahuilah anakku…
Abah juga sedih untuk berpisah denganmu…
Kalau diturut hati abah…
Abah ingin puteri abah selalu di hadapan abah…
Tapi untuk kebaikan kamu anakku…
Abah kuatkan hati…
Walaupun hati abah tetap terasa pedih…

Anak abah…
Masih ingat tak lagi…
Waktu abah dapat tahu…
Yang anak abah tidak lagi bertudung…
Selepas SPM…
Abah dan umi, yang selama ini mengasuhmu,
Dengan ilmu agama yang cukup,
Mengenal hukum-hakam…
Kami terkilan…
Umi menangis melihat perubahan sikapmu,
Tapi abah harus kembalikan kamu ke jalan yang sebenar…

Maafkan abah…
Sebab hari itu…
Lidi tujuh batang hinggap di betismu puteri abah…
Abah memukulmu bersebab nak…
Abah mahu kamu tahu, betapa sakitnya sebatan itu…
Abah mahu kamu tahu, seksaan neraka itu lebih sakit dari itu…
Dan kamu puteriku, menangis kesakitan…
Setiap butiran air mata yang jatuh dipipimu…
Menjadi luka bernanah di hati abah..
Abah yang tak pernah menjentik sekalipun batang tubuhmu..
Mengerah segala kudrat yang ada untuk menyedarkanmu…

Malam itu, umimu anakku…
Menyapukan minyak di luka-lukamu…
Dan kau meluahkan kebencianmu padaku, abahmu…
Tapi puteriku…abah melakukan semua itu..
Kerana abah sayangkan kamu wahai permata hati…
Walaupun setiap lukamu…menjadi tanda parut di hati abah..
Tapi abah bersyukur..
Kerana setelah itu…kamu kembali seperti dulu…

Masa berinjak pergi…
Kamu sudah dewasa…
Sudah menjadi bunga yang mekar mewangi…
Yang sudah menjadi seseorang yang berguna di dunia ini…
Lantas satu lamaran hadir dari temanmu…
Dan anakku…tiada yang lebih menggembirakan hati abah..
Melainkan itu…
Dan bila kamu menyetujui peminangan itu…
Untuk menyempurnakan separuh agama…
Abah terharu…

Hari akad dan walimahmu tiba…
Abah dan umi tersangat gembira…
Kerana kamu permata hati kami…
Akan ada yang menjaga kamu setelah ketiadaan kami kelak…
Abah melihat senyum manismu..
Disamping seorang lelaki…
Yang pada penglihatan abah…
Seorang imam yang soleh…
Dan adakah kamu perasan wahai anak…
Pertama kalinya hari itu…
Abah menitiskan air mata…
Kesyukuran…
Kerana abah, dah berjaya…
Membesarkan seorang muslimah,
Yang beriman…

Kini abah sudah berusia wahai puteri abah…
Hanya mampu menanti…
Kedatangan kalian suami isteri…
Bersama cucu-cucu abah dan umi…

1 comment: