Sahabat Saya...

Wednesday 9 May 2012

PERSEMADIAN KASIH


Aku
          melangkah perlahan-lahan ke wad 307 itu. Aku hanya mengintai dari cermin pintu, menjenguk sedikit untuk melihat keadaan pesakit yang kelihatan terbujur kaku. Detak jantungnya di mesin pengesan nadi kelihatan berombak lemah. Aku menghela nafas. Masih bingung dalam membuat pertimbangan. Aku akhirnya membuat keputusan untuk meninggalkan wad itu tanpa melangkah masuk ke dalam bilik itu terlebih dahulu.
          “ Fea,” sayu kedengaran panggilan itu. Langkahku kaku. Aku berpaling, menatap wajah kusam seorang wanita tua yang kelihatan benar-benar sedih. Aku menghampirinya lantas menyalami tangannya dan ku kucup kedua belah pipinya.
          “ Fea, lama umi tunggu Fea datang. Kenapa Fea baru datang sekarang?” soal Auntie Aini. Aku membeku. Tiada jawapan yang mampu aku lontarkan untuk itu.
          “ Fea, umi tahu, anak umi banyak sakitkan hati Fea, banyak buat Fea terasa kerana egonya, tapi umi mintak sangat dengan Fea, umi rayu Fea, tolonglah selamatkan anak umi. Kabulkanlah permintaan wanita tua ini Fea,” rayu Auntie Aini sayu.
          “ Umi…Fea minta maaf. Maafkan Fea. Fea tak mampu. Berat sangat apa yang Fea tanggung dulu,” jawabku lembut. Cukup berhemah untuk memujuk hati tua yang sedang bersedih itu. Aku lihat ada genangan air mata di sudut matanya. Aku tahu, aku salah kerana mengecewakan harapan wanita yang telah aku anggap bagai ibu sendiri.
          “ Fea, kalaupun anak umi dah banyak buat jahat pada Fea, dah banyak sakitkan Fea, tak kan Fea tak sudi ingat sikit pun kebaikan dia pada Fea? Tak kanlah sikit pun dia tak pernah menggembirakan hidup Fea?” soalan Auntie Aini benar-benar menekan perasaanku. Memberati jiwaku. Aku menggeleng lemah lantas cepat-cepat mengatur langkah beredar dari situ.
          “ Fea, tolonglah. Dengarlah rintihan seorang ibu!” laung Auntie Aini. Aku tersentak. Dan kenangan itu kembali menerpa. Membayangi hidupku.

***************************************

ZAZA dan aku. Kami sentiasa bersama walau ke mana jua kami melangkah. Bagiku, aku adalah dia dan dia adalah aku. Namun, perlahan-lahan semua itu berubah. Membuatkan aku merasa jauh darinya. Dia kini bukanlah aku, dan aku kini bukan lagi dirinya. Sepanjang masa-masa terakhir persahabatan kami, dia kerap menyakiti perasaanku. Membuatkan aku kerap kali menahan rasa dengan segala tindak-tanduknya.

AKU hanya membisu. Rasa hati yang terluka aku pendamkan saja. Malas mengungkit rasa hati yang kecewa kerana aku tak mahu semuanya menjadi lebih rumit. Biarlah kepedihan ini aku telan sendiri.
          “ Fea, mana Zaza?” soal Mariani padaku. Aku memandangnya sambil mengukir senyuman.
          “  Dia pergi buat surprise birthday party untuk Zakri,” jawabku setenang mungkin. Mariani mengerutkan keningnya.
          “ Dia tak ajak kau ke? Bukan ke kau yang tolong dia siapkan majlis tu?” soal Mariani menambahkan rasa kecil hatiku.
          “ Biarlah. Lagipun dia nak sambut dengan kawan-kawan fasilitator dia. Biarlah. Aku bukan fasi, budak PRS biasa je,” jawabku. Mariani mengerutkan keningnya.
          “ Tak patut dia buat kau macam tu. Lagipun kau sanggup sampai kena marah dengan ayah kau kelmarin kan sebab balik rumah dah nak maghrib. Kau ok je?” tekan Mariani. Aku tersenyum lagi.
          “ Biarlah…aku ikhlas tolong dia. Rini tak payahlah nak tolong ungkitkan pulak,” jawabku. Malas mencungkil rasa hatiku yang sedang menahan sebak.
          “ Kenapa Fea tak pergi aje? Fea ada hak. Fea yang tolong dia. Tolong cari kedai kek. Pilih kek, hadiah…semua lah,”
          “ Fea ada maruah Rini. Fea tak nak jatuhkan air muka sendiri. Jadi muka tembok pergi majlis orang, tapi orang tak ajak pun Fea,” balasku lagi mempertahankan pendirianku.
          “ Mana boleh macam tu. Sepatutnya dia kena sedar. Tak kan masa susah je ingat kau. Masa senang ingat kat kawan PRS dia je. Ini tak adil Fea,” marah Mariani.
          “ Dah la. Aku malas nak kecoh. Biarlah dia gembira,” jawabku lantas bangun dari tempat dudukku sebelum air mataku melimpah keluar. Peristiwa aku dimarahi oleh ayahku kelmarin menjelma lagi walaupun aku cuba menghapuskannya.

“ KAKAK pergi mana. Maghrib baru balik? Kau nak jadi perempuan jenis apa ha?” jerkah ayah. Aku mendiamkan diri. Beg sandang yang masih tersangkut di bahuku aku pegang erat. Kecut perut dengan jerkahan ayah.
          “ Ayah tanya, kau ke mana?” soal ayah lagi.
          “ Kakak teman Zaza pergi beli barang. Kami rancang nak buat majlis hari jadi kawan kami esok,” jawabku teragak-agak.
          “ Ayah tak percaya. Apa nak jadi dengan kakak ni ha? Ayah hantar pergi sekolah suruh belajar, bukan menggatal. Ingat, mulai esok, kalau kakak balik lewat lagi lebih dari pukul empat, kakak tidur luar!” keras amaran ayah. Aku gerun. Kata-kata ayah bukan gurauan dan aku bersyukur, aku tak dipukul seperti selalunya jika ayah naik angin dengan perbuatanku.

MALAM itu seperti biasa aku menghadiri kelas malam. Zaza disebelahku tak aku pedulikan. Yang aku tahu, aku masih kecil hati. Aku hanya mendiamkan diri. Malas mahu menegurnya.
          “ Fea, aku minta maaf sebab aku lupa nak ajak kau pergi majlis Zakri tadi,” ujar Zaza. Diam. Aku masih membisu.
          “ Fea, Zaza minta maaf. Tadi pun Zaza ada fikir jugak, mesti Fea terasa hati, tapi betul, masa tu Zaza langsung tak teringatkan Fea,” ucapnya. Aku tersentak. Langsung tak teringatkan aku. Tak ingat aku yang susah payah tolong dia? Aku menahan hati.
          “ Masa Zaza dah sampai bilik kaunseling baru Zaza ingatkan Fea, tapi Zaza malu nak pergi jumpa Fea kat kelas,” ujarnya lagi. Aku makin terasa. Malu nak mangajakku ke majlis tu? Biar betul.
          “ Tadi masa balik sekolah, Zaza ada cerita pada umi. Zaza cakap mesti Fea terasa dengan Zaza. Umi suruh Zaza minta maaf. Jadi Fea, maafkan Zaza ya,” ujarnya lagi. Aku hanya mengangguk walaupun jelas, hatiku makin terluka. Kata-katanya benar-benar mengguris perasaanku. Memang, aku bersusah-payah membantunya, bukan kerana aku nak sangat hadir ke majlis tu, aku cuma nak dihargai. Bukannya aku ni kebulur nak makan segala makanan dekat majlis tu tapi aku cuma mahu segala susah-payahku dihargai. Susah sangat ke? Tapi aku sedar, tiada gunanya aku memanjangkan hal sekecil ni. Biarlah. Lebih baik aku mengalah dari mengeruhkan persahabatan yang kami bina.

AKU bergegas mendapatkan telefon bimbitku sebaik saja mendengar deringannya yang tak henti-henti.  Keningku bagaikan ingin bertaut. Pelik melihat nama Zaza yang muncul di skrin telefonku. Aku menjawab panggilannya.
          “ Helo Za. Ada apa?” soalku. Terdengar tangisannya dari seberang talian.
“ Zaza, jangan buat Fea risau ok. Ada apa ni?” soalku mula tak sedap hati mendengar tangisannya yang tak berhenti.
“ Fazrul Fea…Fazrul,” tangis Zaza tersekat-sekat. Aku tergamam. Ada apa lagi dengan Fazrul? Tak habis-habis masalah antara mereka berdua ni.
“ Kenapa Fazrul? Apa lagi dia dah buat kat Zaza ni?” soalku mendengar tangisannya yang berlagu.
“ Dia mintak putus. Dia nak tinggalkan Zaza. Fea kan tahu Zaza memang pernah bercinta dengan ramai lelaki, tapi dengan Fazrul, Zaza betul-betul sayang dia. Dengan Hakimi dulu pun Zaza tak sedih macam ni,” adunya sambil menangis.
“ Zaza…sudahlah…jangan menangis. Zaza, mungkin Fazrul bukan jodoh Zaza,” pujukku lembut.
“ Tapi Zaza sayang dia..” tangis Zaza lagi. Aku terdiam. Macam manalah agaknya aku ingin menasihatinya jika yang dia tahu hanya menangis. Aku tiba-tiba terpandang kelibatku abangku yang ku panggil Achik.
“ Chik, sini kejap,”panggilku. Achik yang baru saja ingin melangkah menuruni tangga kembali menghampiriku.
“ What’s up sis?” soal Achik sambil melambung-lambung kunci motornya.
“ Tolong nasihatkan kawan Fea ni. Chik kan pernah putus cinta. Nasihatlah dia sikit. Teruk sangat dia nangis. Fea pun tak leh nak pujuk dah dia,” ujarku. Achik mendekat.
“ Meh sini telefon tu,” pinta Achik. Aku hulurkan telefon bimbitku padanya. Hampir sejam aku menunggu abang kesayanganku itu menghabiskan kuliah percumanya. Nampaknya Zaza sepertinya boleh menerima kata-kata nasihat dari Achik. Kata-kata nasihat Achik sedikit-sebanyak aku sematkan dalam hati aku sendiri.
“ Ingat Za. Hidup bukan setakat hari ni. Hidup Zaza masih panjang lagi. Putus cinta hari ni bukan bermakna Zaza dah tak ada hidup esok. Jangan sampai sebab kecewa Za jalan kaki kat atas, kepala kat bawah,” dan kata-kata terakhir Achik berjaya membawa tawa Zaza. Aku tersenyum senang. Telefonku dikembalikan.
“ Fea, asal bagi telefon dekat abang Fea. Malu lah Zaza,” marahnya. Aku tersenyum.
“ Tak pe lah. Lagipun kalau Fea yang nak nasihat, bukan Zaza nak dengar kan. Mesti nak nangis je. Tapi kalau ngan Achik, Zaza mesti segan nak nangis,” jawabku selamba.
“ Fea ni…sengaja tau,” rungutnya lagi dan aku hanya menyimpul senyuman.

AKU tersedar dari ingatan masa silamku. Aku mengemas segala fail yang bersepah di atas mejaku. Fail-fail yang memerlukan aku untuk diteliti dan menyediakan ubat-ubatan yang sesuai. Menjadi ahli farmasi, kerjaku bukan mudah. Tersilap dos ubatan yang dibancuh, mengundang maut untuk pesakit yang memerlukan ubat-ubatanku. Pintu bilikku diketuk perlahan. Terjengul wajah Fazrul yang menyimpul senyuman.
          “ Jom lunch.. berhentilah dulu buat kerja tu,” ajak Fazrul. Bakal suamiku. Aku memandang wajahnya. Menimbang segala baik buruk akan kata-kataku nanti.
          “ Abang…Zaza ada dekat hospital ni. Abang tak nak melawat dia ke?” soalku. Kulihat wajah Fazrul berubah riak. Aku tahu, soalanku telah mengocak ketenangan jiwanya. Tapi aku hanya mampu menatap matanya.
          “ Abang tahu dia ada dekat sini. Abang terserempak dengan umi tadi. Dia sakit buah pinggang kan,” tekan Fazrul meminta kepastian dariku. Fazrul melangkah masuk lantas duduk di kerusi di hadapanku.
          “ Apa keputussan Fea? Fea nak tolong dia?” soal Fazrul. Aku mengeluh berat. Aku masih belum membuat apa-apa keputusan.
          “ Fea tak tahu bang. Dulu dia pernah tuduh Fea pentingkan diri sendiri. Pernah kata macam-macam pada Fea. Tuduhan dia tu, terlalu menyakitkan untuk Fea terima. Sampai sekarang, tuduhan dia, walaupun dah ramai orang tak ingat, tapi pernah buat Fea jadi tersisih sebab kononnya Fea ni penipu,” jawabku perlahan.
          “ Fea, abang tak boleh nak kata apa-apa. Sebab abang pun ada sama masa tu. Abang pun sikit-sebanyak terpengaruh jugak dengan kata-kata Zaza, tapi nasib baik ada Marlia masa tu. Dia yang jelaskan semuanya pada abang,” balas Fazrul. Aku mengeluh berat. Semua ini mengganggu fikiranku. Keputusanku melibatkan nyawa. Antara nyawa dengan ingatan silam, aku masih belum membuat keputusan. Dan  sekali lagi, ingatanku kembali menerawang.

****************************************

“ HELO Zaza…keluar bandar nak. Fea ada banyak benda nak beli ni,” sapaku sebaik saja panggilanku berjawab.
          “ Maaflah Fea. Zaza tak boleh keluarlah untuk sebulan ni. Zaza kena temankan Fazrul. Dia kan SPM tahun ni,” jawab Zaza. Aku tersentak. Fazrul? Bila masa pulak dia sambung bercinta ni? Aku tak tahu pun, detik hatiku sendiri. Aku membisu.
          “ Sori la erk. Tak boleh nak temankan Fea. Zaza kena fikirkan Fazrul. Dia kan SPM. Ini masa depan dia. Kalau Zaza tak teman dia, dia tak nak ulangkaji,” ujar Zaza memecahkan suasana sunyi antara kami.
          “ Ok lah Za..bye,” dan aku terus memutuskan talian. Aku terfikir sendiri. Adakah kekasih lebih penting dari kawan sendiri? Ya mungkin penting. Sebab kekasih yang akan hidup bersama selamanya dan kawan, hanya untuk masa-masa sedih je. Mungkin betul semua tu dan aku kena hadapai kenyataan yang kekasih hati lebih penting berbanding kawan sendiri. Ya itulah hakikat yang perlu aku terima.

HARI-HARI seterusnya aku jalani dengan pelbagai aktiviti walaupun kadang-kala singgah juga di hati ini perasaan jemu kerana Zaza tidak lagi menemaniku seperti biasanya namun aku hanya mampu akur. Aku tak boleh mementingkan diri sendiri.
          “ Fea, ada orang telefon ni,” panggil ibuku. Aku segera menuruni anak tangga dan mendapatkan gagang telefon.
          “ Helo,” sapaku.
          “ Helo Fea. Ni Zaza. Jom keluar,” ajaknya. Aku terdiam. Apa yang harus aku lakukan. Aku nak keluar, tapi ayah tak ada.
          “ Tapi ayah Fea tak ada kat rumah. Mana boleh keluar rumah kalau tak minta izin,” jawabku.
          “ Alah, ibu kan ada. Minta izin dengan ibu je lah,” desak Zaza lagi.
          “ Ya lah,” jawabku akhirnya. Malas berbalah dengannya.

FAZRUL memanggil-manggil namaku. Aku tersedar dari lamunan yang jauh.
          “ Fea fikirkan apa?” soal Fazrul padaku. Aku memandangnya. Tiba-tiba rasa bersalah menyerang hatiku. Aku telah mengambil Fazrul dari Zaza. Tak sepatutnya sebagai kawan, aku mengambil bekas kekasih kawanku untuk menjadi suami. Tapi apa dayaku jika semua ini sudah di takdirkan? Tapi bukankah ikatan antara aku dan Fazrul terjalin slepas ikatan persahabatan antara aku dan Zaza terlerai dan bukankah semua ini berlaku hanya selepas Zaza mengambil keputusan untuk meninggalkan Fazrul?
          “Fea rasa bersalah pulak pada Zaza,” jawabku perlahan. Aku mengalih pandanganku ke luar  tingkap kereta.
          “ Kenapa?” soal Fazrul sepatah. Dia kelihatan masih tenang memandu Honda Civicnya. Aku diam. Patut ke aku ungkapkan  apa sebenarnya yang sedang bergolak dalam fikiranku?
          “ Fea rasa macam kita ni berdosa pada Zaza. Kita tinggalkan Zaza dan kita bina hubungan antara kita. Bukan ke nampak sangat kita ni jahat?” soalku pada Fazrul. Fazrul menyimpul senyumannya.
          “ Kita tak khianati dia. Kita jalinkan ikatan kasih kita lepas dia tinggalkan kita. Fea tak ingat ke yang dia tinggalkan abang untuk lelaki lain. Masa tu masa depan abang masih belum tentu ke mana. Fea yang bagi semangat pada abang. Dorong abang untuk ambil balik SPM kali kedua dan akhirnya berjaya jadi doktor macam sekarang,” jawab Fazrul. Aku terdiam. Mungkin betul juga apa yang dikatakan Fazrul.
          “ Abang, Fea nak tanya satu soalan boleh tak?” soalku berani. Fazrul mengangguk tanda memberi kebenaran untuk aku bertanya.
          “ Abang sayangkan Fea sebab memang tulus dari hati abang atau sebab Fea dah banyak tolong abang dan abang rasa terhutang budi?” soalku berani kerana dulu Fazrul pernah memberitahuku bahawa dia benar-benar mencintai Zaza. Spontan Fazrul memberi isyarat untuk berhenti dan memberhentikan kereta di bahu jalan. Dia berpaling ke arahku. Dia menatap mataku dalam-dalam.
          “ Apa yang Fea repekkan ni? Tak kuatkan perasaan kita selama ni? Kenapa tiba-tiba ungkitkan perkara yang tak masuk akal ni? Fea tahu tak, selepas Zaza pergi dari hidup abang, baru abang sedar, Zaza bukan cinta abang tapi lebih kepada gejolak rasa sebagai remaja yang tengah membesar. Tapi dengan Fea, abang dapat rasa getaran cinta tu. Malahan abang dah rasa getaran tu sejak abang bercinta dengan Zaza lagi. Fea tahu tak, abang rasa bersalah sangat dengan Zaza. Masa tu, hati abang dah terikat pada Fea, Fea dengan Zaza terlalu banyak bezanya. Fea selalu bertindak dengan berfikir dulu, tapi Zaza bertindak ikut perasaan. Banyak yang buat hati abang terikat pada Fea tapi sebab masa tu abang bercinta dengan Zaza, abang nafikan semua tu,” terang Fazrul panjang-lebar. Aku terdiam. Kehilangan kata-kata.
          “ Fea, kita dah nak kawin Fea. Tinggal dua bulan aje lagi. Abang tak nak sebab Zaza, ikatan kita terlerai. Sudahlah, abang tak nak ungkit semua ni. Memang betul Zaza dan abang pernah bercinta, tapi cinta monyet. Bukan cinta macam cinta abang pada Fea,” sambungnya lagi. Aku mengerti. Aku tak sepatutnya meragui kesetiaan cintanya padaku. Jika bukan kerana cinta, tak mungkin dia sanggup menungguku selama empat tahun waktu aku menamatkan pengajianku di Korea dulu.
          “ Maafkan Fea bang,” ujarku meredakan kemarahannya.

*************************************

ENTAH kenapa, sejak akhir-akhir ini aku sering dihambat kenangan-kenangan lama. Kenangan yang sudah lama tidak membayangi hidupku. Aku mengeluh halus. Keluhanku menggamit ibu yang sedari tadi memerhatikan aku.
          “ Kenapa kakak?” soal ibu. Aku terdiam. Sukar untuk mengatakan segala yang bergelodak dalam jiwaku tatkala ini.
          “ Ibu…kalau kakak jadi orang yang pendendam, salah ke ibu?” soalku. Ibu menghampiriku. Seperti biasa dia akan duduk di sampingku sambil menarikku ke dalam pelukannya.
          “ Kenapa tiba-tiba kakak tanya soalan ni?” soal ibuku kembali. Aku menatap wajah ibu. Wajah tenang yang sentiasa berada di sisiku.
          “ Kakak keliru. Sekarang, kakak tak pandai nak buat keputusan. Ibu…ibu ingat tak Zaza?” soalku. Ibu memandangku. Wajah tuanya berkerut. Mungkin sedang mencari dan memadankan mana-mana wajah yang tersimpan dalam lipatan ingatannya untuk memadankan dengan nama yang aku sebut.
          “ Yang gaduh besar dengan kakak dulu tu ke?” soal ibu. Aku mengeluh. Aku yakin ibu faham makna keluhanku.
          “ Kenapa dengan Zaza?” soal ibu. Aku terdiam. Perlukah aku memberitahu ibu?
          “ Dia sakit buah pinggang. Dua-dua belah dah rosak. Dia terlambat sedar tentang penyakit dia,” ujarku lambat-lambat.
          “ Astaghfirullah. Bahaya penyakit tu. Habis kenapa kakak tanya ibu patut tak kakak jadi pendendam? Apa kaitan dendam kakak dengan Zaza?” soal ibu. Aku menarik nafas panjang. Mencari kekuatan untuk berterus-terang.
          “ Mereka nak jalankan pemindahan organ ginjal. Mereka dah jumpa penderma yang sesuai…” dan aku tidak menoktahkan ayatku. Aku yakin ibu faham maksudku. Ibu terdiam.

AKU sibuk ke sana ke mari. Menjadi pengurus makanan untuk hidangan pengantin memang memenatkan. Apatah lagi aku yang ditugaskan untuk menyediakan hidangan pengantin. Mujur teman-temanku setia membantu. Terasa ringan bebanku untuk menguruskan hidangan pengantin. Ya, setalah empat tahun Achikku bercinta, dia akhirnya ke jinjang pelamin juga. Sedikit sebanyak, aku merasakan kehilangannya. Abangku sudah punya isteri, dan aku akan hilang tempat aku bermanja selama ini.
          “ Fea, mana Lukman? Tak kan tak datang. Kan dia kawan Achik?” soal Zaza padaku. Aku tersenyum.
          “ Ada dekat luar. Tengah siang daging lembu. Kalau kau nak tengok dia kau keluarlah, aku tak boleh tinggal dapur. Ajak Mimi, Fatin dengan Amni sekali,” ujarku.
          “ Yang mana satu Lukman?” soal Mimi.
          “ Yang pakai baju warna merah macam aku. Kau orang pergilah tengok. Kita orang janji nak pakai baju sama, tapi jangan bising-bising sangat, kalau ayah aku tahu aku bercinta dengan Lukman, mati aku,” ujarku.
          “ Alah Fea, malu la. Kau keluarlah sekali,” ajak Zaza.
          “ Tak boleh lah Za. Aku mana boleh tinggalkan dapur. Hiasan hidangan ni pun tak siap lagi,” jawabku.
          “ Okeylah…kita orang tolong. Biar cepat sikit selesai,” cadang Fatin. Aku tersenyum. Setuju.

SELESAI mengerjakan tugasku, aku dan teman-temanku keluar dari dapur dan mengambil makanan yang dihidangkan secara buffet. Sememangnya ibu dan ayah lebih suka cara begitu kerana katanya menjimatkan masa.
          “ Mana Lukman?” soal Zaza, mataku turut melilau sama.
          “ Kejap aku call dia,” ujarku. Tanganku cepat-cepat mendail nombor Lukman. Hanya beberapa saat, panggilan teleefonku bersahut.
          “ Helo sayang. Ada apa-apa pesanan tambahan ke?” soal Lukman. Aku tercengang.
          “ Pesanan tambahan apa pulak ni abang?” soalku kembali.
          “ La…tadi ibu minta abang tolong beli rempah gulai dengan ikan kering. Ibu kata, ikan kering dengan rempah dah habis,” jawabnya lagi.
          “ Apasal keluar tak bagi tahu? Kawan-kawan Fea nak jumpa dengan abang,” ujarku separuh merajuk. Terdengar tawa Lukman.
          “ Mana lah abang tahu. Yang kawan-kawan sayang lambat jumpa abang tu kenapa? Ni kan majlis kahwin, mestilah semua orang sibuk sayang. Ok lah macam ni. Suruh dia orang tunggu kejap, nanti abang cuba balik cepat ok,” pintanya. Aku mengukir senyuman.
          “ Oklah. Drive fast but safe ya,” pesanku. Dia hanya ketawa.
         
ZAZA menyudahkan suapan terakhirnya.  Aku mengeluh. Kelibat Lukman belum kelihatan.
          “ Fea, mana cik abang kau ni. Dah nak pukul 3 dah. Aku dah kena balik dah ni,” getus Zaza. Yang lain bersetuju.
          “ Tadi aku suruh jumpa sendiri tak nak. Ni mesti jem ni,” getusku.
          “ Tak pe lah. Nak buat macam mana. Dah nasib tak sempat jumpa. Kita orang balik dululah ya. Dari pagi lagi duk sini. Nanti kalau kau yang kawin baru kita orang stay tiga hari dua malam okey,” usik Fatin. Aku tersengih. Kepulangan mereka ku hantar dengan penuh rasa terkilan.  Terkilan kerana mereka tak sempat berjumpa si dia yang telah menawan hatiku.

**************************************
AKU tersentak sebaik saja merasa ada sentuhan lembut di bahuku. Serta-merta ingatan silamku pecah berkecai. Hilang entah ke mana. Ingatanku pada Lukman juga terbang melayang. Yang menjelma di hadapanku ialah wajah Fazrul.
          “ Fea, kenapa ni? Fea tak nampak macam ada dekat abang, tapi macam duk tempat lain kenapa?” lembut suranya bertanya.
          “ Kenapa Fea jumpa Zaza masa kita tengah bahagia? Masa kita sedang merancang membina rumah tangga kita sendiri? Kenapa kita perlu jumpa dia dan buat Fea rasa serba-salah?” soalku.
          “ Fea, sudahlah. Sabar. Fea tak payah lah nak fikirkan Zaza lagi. Selama ni Fea dah banyak berkorban untuk dia. Fea putus dengan Lukman dulu pun sebab dia kan. Lepas tu masa sekolah dulu, demi janji Fea pada Zaza, Fea sanggup berhenti jadi pengawas walaupun Fea nak dilantik sebagai penolong ketua pengawas kan, jadi abang mintak sangat dengan Fea…untuk kali ni je, fikirkan diri Fea. Please…abang tak nak tengok Fea sedih lagi,” pinta Fazrul lembut. Aku tersenyum pahit.
          “ Abang, Fea rasa, Fea nak dermakan buah pinggang Fea,” putusku.
***************************************

“TERIMA kasih Fea kerana sudi bantu anak umi. Umi tak tahu apa yang patut umi buat untuk balas budi Fea,” tangis Auntie Aini sambil merangkulku ke dalam pelukannya.
          “ Fea buat bukan sebab Zaza, tapi sebab rintihan seorang ibu,” jawabku selamba. Ya aku belum ikhlas menghulurkan bantuan. Aku cuma kasihkan Auntie Aini. Terlalu banyak jasanya padaku. Aku tak mungkin membiarkan dia kehilangan anak yang amat disayanginya. Aku yakin, sayangku pada Zaza dah lama terpadam. Dah lama terhapus sejak aku di tingkatan lima dulu. Ya, tingkatan lima yang penuh cabaran dan dugaan. Aku terpaksa menghadapinya waktu itu sendirian. Mujur ada Marlia, sahabat sejati yang dulunya sering aku tak endahkan.

TELEFON bimbitku digenggam kemas. Pesanan ringkas yang tertera di telefon bimbitku, ku ulang baca. Kegembiraanku berjaya lulus mendapat lesen P dalam ujian memandu motorsikal dan kereta bagai terkubur begitu saja.
Fea, sori erk, kteorng dduk stu group. Sbab stu group 6 org je.
Fea dduk group Zura, but don’t wori, kmena-mana kte ttap stick together.
Zaza, Fatin, Mimi, Amni, Nora ngan Nita satu group.
Aku mengesat air mataku. Sekali lagi aku disingkirkan. Sebelum ini, tanpa pengetahuanku, Zaza dan Nita ke rumah cikgu kami tanpa memberitahuku. Aku masih boleh terima. Yang aku sakit hati, setiap petang, mereka sentiasa pergi berjalan-jalan bersama tanpa aku. Kalau aku diberitahu terlebih dahulu dan aku yang tak mahu menyertai mereka, itu aku  faham, tapi aku langsung tak diberitahu. Aku hanya mengetahuinya dari orang lain. Perkembangan diri Zaza pun aku tak tahu. Yang aku tahu, dalam kelas mereka berenam duduk bersama dan bercerita hanya antara mereka. Membiarkan aku terkulat-kulat sendirian.
        Apa aku salah jika aku sakit hati kalau mereka ketawa gembira dan bila aku bertanya mereka merahsiakan semuanya dariku? Apakah aku hanya menjadi tempat untuk mereka meluahkan rasa sedih tapi aku tak layak untuk dikongsi kegembiraan. Baiklah, jika itu yang mereka mahu, itu juga yang mereka akan dapat. Aku akan tinggalkan mereka sama seperti mereka meninggalkan aku.

SEPERTI biasa aku ke  kelas tambahan malam namun, malam ini aku tidak lagi menjadi penjaga pintu pagar yang setia untuk menyambut kedatangan Zaza ke sekolah dan menemaninya hingga ke kelas bersama-sama. Aku ingin bersendirian. Menjalani kehidupan aku sendiri. Jika aku ambil peduli tentang hal Zaza, aku sendiri yang akan sakit hati.
        Aku hanya mendiamkan diri. Zaza yang duduk disebelahku tak aku hiraukan. Pandanganku ditumpukan sepenuhnya ke hadapan. Khyusuk mendengar kata-kata Sir Zaidi. Zaza menegurku.
        “ Fea, kenapa diam?” soalnya. Aku hanya menggeleng. Malas melayani ocehannya. Aku kemudiannya mengerjakan tugas yang diberikan oleh Sir Zaidi. Aku lihat Zaza gelisah. Aku tahu dia tak mampu menyiapkannya kerana dia agak lemah dalam matapelajaran Bahasa Inggeris. Aku tak akan membantunya lagi.Biarkan saja dia terkial-kial sendiri. Tiba-tiba Sharmieen memanggilku. Aku segera menyahut lantas bergerak menuju ke arah mejanya. Ku punggah sekali barang-barangku lantas mengambil tempat duduk disebelah Sharmieen.
        “ Fea, sebenarnya cerita The Lotus Eater ni macam mana? Masa sir terangkan tadi saya tak faham la,” soal Sharmieen dan aku terus memberi penerangan padanya.
        Seperti yang aku jangkakan, sayup-sayup kedengaran suara Zaza mulai berbisik-bisik antara mereka berenam namun Amni dan Mimi tidak mahu masuk campur. Selesai kelas malam, aku terus mendapatkan ayahku. Aku  tidak lagi mahu menunggu Auntie Aini tiba untuk mengambil Zaza. Aku mahu Zaza rasakan sendiri apa yang telah dia lakukan padaku.

KEESOKANNYA aku bagaikan disisihkan. Tiada satu pun kawan-kawanku dari 5Sains 1 dan 5 Sains 2 yang menegurku. Hanya Sharmieen, Zura, Nina dan Maiza yeng menegur dan menemaniku. Aku sedikit hairan namun kehairananku tak berpanjangan. Petang itu Marlia bertemu denganku setelah kelas tambahan petang kami tamat.
        “ Fea, Mar nak tanya sikit ni boleh tak?” soal Marlia. Aku angguk.
        “ Fea gaduh dengan Zaza sebab apa?” soal Marlia. Aku tersentak. Masakan hal pergaduhanku boleh tersebar dengan cepat jika tiada mulut yang berbicara. Lagipun aku bukan jenis yang suka memberitahu masalahku pada orang lain.
        “ Mana ada gaduh Mar. Fea dengan Zaza okey aje. cuma sehari dua ni, Fea tak berapa nak hiraukan Zaza sangat. Fea sibuk pergi belajar dengan Zura dan Nina,” jawabku bersahaja. Marlia memandang ke arah ku tepat.
        “ Fea tak bohong?” soalnya.
        “ La, buat apa la Fea nak bohong. Ala Mar, kalau kawan gaduh pun biasalah, macamlah Fea tak pernah gaduh dengan Mar,” jawabku pula. Aku tahu Marlia ragu-ragu dengan jawapanku namun aku berusaha meyakinkannya. Marlia akhirnya mengalah.

FAZRUL menyuakan jambangan bunga mawar putih kegemaranku. Aku yang sedang melamun tersentak.
        “ Hurm…sayang abang ni. Melamun lagi. Tak boring ke asyik ingat benda lepas?” soalnya mengusik. Aku tersenyum.
        “ Bagus apa ingat benda lepas. Sekurang-kurangnya kerana benda lepas la Fea ada kat sini abang ada kat sini sekarang,” balasku pula. Aku amati raut wajahnya. Dia kelihatan gelisah.
        “ Abang ni kenapa? Abang ada masalah ke?” soalku. Ya, aku tahu sangat riak wajahnya. Sudah terlalu lama aku mengenalinya. Malahan aku sudah seperti sebahagian dari dirinya.
        “ Abang..” panggilku lagi, lembut dan mesra. Seboleh-bolehnya aku ingin meredakan kegusarannya.
        “ Tadi abang jumpa Zaza,” ujarnya pendek. Aku terdiam. Masih memberi ruang untuk tunangku itu untuk bersuara. Fazrul terdiam. Aku masih tenang memandangnya.
        “ Abang tak sangka sampai macam tu sekali keadaan Zaza. Zaza minta maaf dengan abang. Zaza..” dia berhenti. Tidak menyambung katanya. Aku menelan air liur yang terasa mulai kesat.
        “ Kenapa?” soalku lagi. Masih lembut. Fazrul mengeluh berat.
        “ Fea, sudi tak Fea bermadu?” soalan yang meluncur laju dari dua ulas bibir Fazrul seakan-akan halilintar membelah bumi. Menyesakkan dadaku. Mataku membulat. Tak mungkin!
        “ Tak ada perempuan yang rela dimadukan bang. Kalau Zaza nak kembali pada abang, Fea faham. Zaza memang lebih berhak dari Fea. Zaza yang kenal abang terlebih dahulu. Tapi Fea mohon, kalau abang nak kembali pada Zaza, lepaskan Fea. Putuskan ikatan pertunangan kita. Biarkan majlis perkahwinan pada 11.11.2011 tu jadi majlis perkahwinan abang dengan Zaza,” jawabku cuba bertenang. Ya, aku tak rela dimadu! Biarkan apa yang orang kata. Aku tak akan bermadu. Aku tahu, poligami itu sunnah, tapi aku tak larat mahu memikul dosanya jika aku tidak ikhlas.
        “ Tapi Fea, abang sayangkan Fea,” Fazrul cuba memujuk hatiku. Sayangkah dia padaku jika pada masa yang sama dia masih menyanyangi Zaza?
        “ Sayang aje tak cukup. Fea perlukan suami yang hanya untuk Fea, bukan untuk dikongsi. Lagipun, kalau bermadu dengan Zaza, abang tetap kena jaga Zaza lebih sebab dia sakit. Jadi biarlah kami tak bermadu, Fea tak nak abang tak larat nak pikul tanggungjawab untuk adil bang,” balasku. Lebih yakin kini. Ya, mungkin Fazrul bukan jodohku.
        “ Fea..”
        “ Cukup bang. Bunga ni, abang bawaklah pada Zaza. Mesti dia gembira. Dia pun suka juga ros putih. Abang tolong tinggalkan Fea. Fea banyak kerja nak buat,” ujarku sambil menghulurkan jambangan mawar putih itu. Fazrul kelihatan tidak bersetuju dengan kata-kataku namun melihat aku yang sudah tidak mengendahkannya dan kembali menatap fail dihadapanku, dia melangkah lemah meninggalkanku. Sebaik saja pintu bilikku tertutup rapat, spontan air mataku merembes keluar.
        Zaza, kau puas hatikan sekarang. Aku dah kembalikan hak kau. Kau tak payah sedih-sedih lagi. Aku masih ingat kau sebagai salah seorang kawan yang pernah menjalani kehidupan bersama. Mungkin inilah pengorbanan aku yang terakhir. Aku menyandarkan badanku ke kerusi. Air mata yang bercucuran di pipi aku biarkan meleleh. Tidak dikesat. Lusa, ya lusa, segala penderitaan Zaza akan berakhir. Aku akan berikan buah pingganngku padanya. Aku akan berikan kehidupan baru padanya selepas sudah lima tahun dia derita. Ya, aku patut membalas budinya yang pernah diberikan padaku walaupun dendam ku padanya masih belum hapus sepenuhnya.

MARLIA memandang wajahku yang kelihatan bersahaja. Petang itu, aku meluangkan masa melawat sahabat sejatiku ini.
        “ Fea, betul ke apa yang Mar dengar?” soalnya padaku.
        “ Mar dengar apa?” soalku kembali.
        “ Pasal Fea dengan Zaza, pasal Fea dengan Fazrul,” balasnya. Aku menghela nafas seraya mengangguk.
        “ Fea, dengan apa yang dia dah buat pada Fea, Fea masih nak korbankan segalanya? Tak cukup lagi ke Fea bekorban? Tak cukup lagi ke hati Fea disakiti? Mar tak boleh nak biar aje Zaza buat Fea begini. Dulu, macam-macam tohmahan yang Fea terima. Bukan setakat dari kawan-kawan, malahan cikgu. Fea dilabel perempuan pentingkan diri, penipu, pembohong. Tak cukup lagi ke semua tu?” tekan Marlia sedikit emosi. Aku tersenyum. Kasihan sahabat baikku ini. Dia lah yang sering mengambil berat tentang diriku. Berdiri di sisiku tiap waktu.
        “ Mar, kalau dengan pengorbanan ni, Zaza dah tak kacau hidup Fea. Fea akan lebih bahagia selepas ini,” ucapku yakin. Marlia mengeluh.
        “ Semoga Fea akan benar-benar bahagia selepas ini,” ucapnya padaku.
***************************************************
AKU memeluk ibu erat sebelum aku berbaring di atas katil itu. Sebelum aku dibawa masuk ke dalam dewan pembedahan, aku hanya ingin ibu disampingku. Ibu mengenggam tanganku erat. Meminta aku supaya kuat dan tak meninggalkannya.
        “ Lepas ni, kakak tak kan dibayangi dendam lagi,” ucapku sambil tersenyum. Kemudian mataku tertancap pada kelibat Fazrul yang mulai mendekat ke arahku.
        “ Ibu, Fea tak nak jumpa Fazrul. Ni, cincin pertunangan kami, ibu pulangkan pada Fazrul. Ibu cakap pada dia, antara kami dah tak ada apa-apa,” ujarku sambil menanggalkan cincin belah rotan di jari manisku dan aku letak di telapak tangan ibu.
        “ Kakak, jangan begini nak. Kamu berdua patutnya kawin tiga bulan lagi. Jangan buat keputusan melulu begini,” pujuk ibu. Aku menggeleng. Ibu mengeluh. Faham benar dengan keras hatiku. Ibu menggenggam cincin itu lantas berjalan mendapatkan Fazrul yang kelihatan masih tercari-cari katilku. Aku lihat ibu memulangkan cincin itu sambil berkata sesuatu pada Fazrul. Fazrul menggenggam cincin itu erat sebelum dia jatuh terduduk dan menangis.
        Aku jadi haru melihat air matanya. Sungguh, aku benar-benar cintakan dia dan aku sememangnya lemah tanpa dia tapi biarlah. Aku tak mahu bertambah lagi gelaranku selepas ini. Cukuplah dengan label perempuan pentingkan diri, pembohong,penipu. Aku tak mahu dikatakan perampas pula.
        Selamat tinggal abang…ucapku dalam hati. Sedih dan pilu.
*************************************************
MARLIA mengesat air matanya. Membaca coretan itu bagaikan membaca sebuah kisah perit sahabatnya. Membaca diari yang bagaikan sebuah cerpen yang tidak ada penamatnya itu. Ya, diari yang dibacanya milik arwah Sofea. Sofea yang gagal bertahan di dewan pembedahan. Dan dia tahu, Zaza belum tahu bahawa dia menggunakan buah pinggang Sofea untuk hidup!
         “Fea, kau catatkan semuanya bagaikan ia sebuah kisah. Tidak pernah ketinggalan apa-apa pun. Kau jadikannya sebuah kisah yang buat aku jadi haru Fea. Fea, kalaulah kau tahu, Fazrul cuma bergurau untuk memadukan kau. Tapi kau yang enggan mendengar penjelasannya. Fea, aku sunyi tanpa kau,” ucap Marlia sedih. Dia bertekad untuk berjumpa Zaza dan membuat perhitungan terakhir.
*************************************************
        “ Assalamualaikum,” ucap Marlia tegas dan keras. Zaza menjawab salam itu dengan penuh kegembiraan tanpa mengesan ada amarah di situ.
        “ Kau bahagia sekarang?” soal Marlia pada Zaza. Zaza angguk. Mana mungkin dia tak bahagia, kini dia hidup seperti orang lain. Dia sudah tidak perlu menjalani hemodalisis setiap tiga hari sekali. Sakit itu tak perlu ditanggungnya lagi.
        “ Tahniah. Kau berjaya bahagia atas penderitaan orang lain. Tahniah jugak kepada kau sebab kau berjaya mengambil nyawa sahabat aku!” ujar Marlia keras.
        “ Apa yang kau merepek ni? Aku tahu, kau benci aku sama macam Fea penipu tu. Tapi kau tak payah nak tuduh aku macam-macam pulak,” balas Zaza.
        “ Dasar perempuan tak kenang budi. Sofea dan meninggal dunia kau tahu tak?” bentak Marlia. Zaza terdiam seketika sebelum mengukirkan senyuman sinis.
        “ Peduli apa kalau dia meninggal pun. Bukan urusan aku,” ucap Zaza sinis dan pang! Satu tamparan hinggap di wajah Zaza. Marlia menurunkan tangannya.
        “ Kau hidup kerana Fea! Buah pinggang tu Fea yang punya. Dia meninggal lepas berikan buah pinggang dia pada kau. Kau tahu tak! Kau lah manusia yang pentingkan diri, bukan Fea! Fea dah banyak bekorban untuk kau tapi ini balasan kau. Kau memang perempuan tak tahu diri!” seiring dengan meluncurnya kata-kata itu air mata Marlia merembes laju. Zaza terduduk. Marlia melangkah pergi. Tanpa dia sedari, diari Sofea yang dibawanya bersama tertinggal di situ.
*********************************************************************************************
ZAZA terpaku seketika sebaik saja melihat tubuh yang terbaring melungkup di pusara yang masih merah itu. Zaza menguatkan langkahnya. Menghampiri Fazrul yang kelihatan tiada daya. Dia menyentuh bahu Fazrul. Fazrul mengangkat mukanya seketika sebelum kembali menelungkupkan mukanya di pusara itu. Zaza menghamparkan tikar yang dibawanya. Dibacakan surah Yassin buah arwah Sofea. Selesai, dia mulai berkata-kata.
        “ Maafkan Zaza, Fea. Zaza dah banyak lukakan hati Fea, tapi Zaza sendiri yang tak sedar. Maafkan Zaza sebab pernah kata yang buruk-buruk tentang Fea sedangkan, Fea lah orang yang baik. Zaza yang jahat. Zaza yang hina. Maafkan Zaza. Maafkan Zaza. Zaza sayangkan Fea, sebab tu bila Fea jauhkan diri dari Zaza, Zaza jadi takut. Takut Fea tak kan kembali lagi pada Zaza. Tapi itulah silapnya. Zaza tak pernah sedar, sikap Zaza yang buat Fea jauh hati. Zaza lah yang salah. Maafkan Zaza. Ampunkan Zaza. Terima kasih sebab masih sudi beri kehidupan pada Zaza,” tangis Zaza. Zaza mengalihkan pandangannya pada Fazrul.
        “ Maafkan aku Fazrul… aku dah sakitkan hati kau dulu. Aku jugak dah mintak kau tinggalkan Fea masa aku sakit dulu. Aku minta maaf Fazrul. Minta maaf sangat-sangat. Tolonglah, kau mesti kuat kembali. Kita bina hidup baru Fazrul,” pujuk Zaza.
        “ Aku tak perlukan sesiapa lagi. Fea dah pergi. Satu-satunya orang yang masih berdiri di belakang aku masa aku dalam keadaan terumbang-ambing dulu. Satu-satunya orang yang tetap percaya akan kebolehan aku sedangkan papa mama aku sendiri ragu dengan diri aku. Kami menempuhi banyak halangan bersama, tapi sekarang aku dah berseorangan. Pergilah Zaza, aku hendak tetap di sini. Di sini cinta aku bersemadi, dan di sini jugak aku akan abadikan cinta aku tu,” ujar Fazrul lemah tanpa mengangkat wajahnya.
        “ Jangan begini Fazrul. Kau buat aku menanggung beban yang berat. Kau buat aku hidup atas rasa serba-salah ini. Jangan begini Fazrul,” rayu Zaza lagi namun kali ini tiada jawapan dari Fazrul. Zaza memberanikan diri menyentuh bahu Fazrul. Digoyang-goyangnya tubuh itu.
        “ Fazrul…Ya Allah…Fazrul,” panggil Zaza semakin kuat. Dia meraba-raba pergelangan tangan Fazrul. Merasa nadi lelaki itu namun nadinya sudah berhenti. Zaza menelentangkan tubuh Fazrul lantas memekap telinganya ke dada Fazrul. Tiada degupan jantung.
        “ Jangan tinggalkan aku seperti Fea tinggalkan aku. Fazrul!” jerit Zaza seakan-akan histeria. Dia menangis semahu-mahunya.
        “ Jangan buat aku hidup atas rasa berdosa ini,” rintih Zaza.
  Kemboja putih yang menemani pusara itu mulai berguguran dan di tanah perkuburan itulah, berlakunya sebuah persemadian kasih yang terlalu suci dan murni.

No comments:

Post a Comment