Sahabat Saya...

Monday 14 May 2012

Duhai Hati...damailah...

Ya Allah,
andai hari ini,
andai malam ini,
aku dipanggil untuk kembali padaMU,
izinkanlah aku memohon keampunan dariMU,

Illahi,
dulu aku rapuh,
aku bodoh,
menagih kasih insani
yang hatinya tidak mngasihi diriMU Rabbi
aku tersasar jalan,
kemuliaan yang Engkau kurniakan
hampir ku buang di jalanan,
hingga aku timbul-tenggelam,
dalam dosa yang kelam

Illahi,
aku tahu FirdausMU tidak layak ku jejaki,
JannahMU harumnya tidak harus ku ciumi,
tapi Illahi, kerana rahmat, kerana kasih,
Kau kirimkan seorang bidadari,
yang sudi menyelamatkn diri ini
dari terus hanyut di lautan tidak bertepi,

Aku malu...malu Ya Allah...
dalam keluh-kesah aku menyebut namaMU
tapi...aku menyebut kerana cintaku pada duniawi..
Aku malu....aku langsung tidak mahu
menyebut namaMU kerana cintaku padaMU


Ya Rahman, Ya Rahim
Ampunkalah aku...
Yang pernah dekat dengan kemaksiatan
Yang pernah lupa tentang takdir
Yang pernah alpa pada dunia
Yang pernah leka tanpa mengira masa



Ya Allah,
andai hari ini,
andai malam ini,
aku dipanggil untuk kembali padaMU,
izinkanlah aku terus memohon keampunan dariMU,




No comments:

Post a Comment