Sahabat Saya...

Saturday 23 June 2012

Kakak Minta Maaf Mak...


Mak…
Mesti susah kan,
Nak besarkan anak-anak mak…
Usahkan nak besarkan,
Nak hantar anak-anak mak ke dunia ni pun,
Mesti mak dah banyak alami kesusahan…
Tapi ramai-ramai anak mak…
Mesti yang mak paling susah,
Adalah anak perempuan mak yang sorang ni…
Bukan dengar kata,
Bukan nak dengar nasihat,
Asyik buat keras kepala je…
Kakak minta maaf mak,
Sebab dah banyak buat mak susah hati…

Mak,
Kakak minta maaf…
Masa kakak kecik-kecik dulu,
Kakak suka merayau main dekat rumah orang lain…
Siap tipu mak lagi,
Letak bantal peluk,
Lepas tu selimut…
Buat-buat macam kakak tengah tidur,
Padahal, kakak dah keluar merayau,
Bila mak rotan kakak,
Kakak marah mak…
Kakak kata mak jahat…
Masa tu kakak tak tahu,
Air mata mak jatuh ke pipi…
Sebab,
Bila mak rotan kakak,
Memang kakak rasa sakit,
Tapi kesakitan di hati mak lebih teruk…
Maafkan kakak mak…

Mak,
Kakak dah naik sekolah rendah…
Kadang-kadang,
Bila mak suruh kakak solat,
Kakak tipu…
Kakak duduk je dalm bilik solat tu diam-diam…
Kira sampai seratus,
Lepas tu keluar…
Bila mak tahu,
Mak marah…mak nasihat..
Mak cakap, api neraka tu kuat…
Tapi kakak marah-marah mak balik…
Jahatnya kakak kan…
Kakak masuk bilik…
Hempas pintu kuat-kuat…
Lepas tu…
Bila kakak keluar bilik,
Mak dalam bilik air…
Kakak dengar mak bukak paip air kuat-kuat..
Tapi sebenarnya,
Mak tak nak,
Anak mak dengar tangisan mak…
Ampunkan kakak mak…

Mak,
Kakak dah remaja,
Mak dan ayah izinkan kakak ambil lesen motor,
Mak,
Hari tu,
Dah dekat pukul 8 malam..
Baru kakak sampai rumah…
Mak dengan abang,
Marah kakak…
Walaupun kakak dah cakap,
Bukan salah kakak,
Orang dekat kedai gambar tu yang lambat
Lambat siapkan gambar passport kakak…
Tapi mak tetap marah,
Sebagai tanda protes,
Gambar tu kakak koyakkan depan mak,
Lepas tu,
Kakak masuk bilik,
Menjerit kuat-kuat sebab geram
Sekarang baru kakak perasan,
Mata mak bergenang air mata masa tu,
Mak risaukan kakak..
Tapi kakak marah mak,
Maafkanlah anak mak ni…
Ampunkanlah anak mak ni…

Mak,
Bila dah besar panjang macam ni,
Baru kakak sedar…
Kalau nak kira,
Dosa kakak dengan mak,
Macam butiran pasir dekat pantai..
Memang banyak mak,
Dan bila kakak dengar mak berdoa satu hari tu,
Air mata anak mak yang degil,
Yang keras kepala,
Yang hati batu ni,
Luruh macam tak nak berhenti….
Mak doakan “ Ya Allah, aku ampunkan dosa-dosa anakku. KAU berkatilah anak-anakku Ya Allah. Kesalahan yang mereka lakukan kerana mereka belum matang,”
Mak…
Sekarang kakak dah sedar…
Ampunkan segala kesalahan kakak ya mak,
Kakak nak berubah,
Kakak nak jadi anak yang baik,
Kakak nak jaga mak,
Sama macam masa mak jaga kakak…
Walaupun memang kakak
Tak kan mampu tandingi kehebatan mak…
Ampunkan kakak mak…
Halalkan segala-galanya ya mak….

No comments:

Post a Comment