Sahabat Saya...

Monday 10 September 2012

Bab 10


Hazimi
            merenung wajah Megat Saifuddin yang lesu. Kenangan lalu mengetuk ruang memori. Betapa pantas masa berlalu. Dulu tubuh ini padat berisi. Gagah terampilnya kini terbaring tak bermaya. Hazimi mengeluh lagi. Baru saja dia bukakan pintu hati memaafkan papanya kini papanya hampir pergi. Baru saja dia ingin bermesra.
Ya Allah..mengapa ujian silih berganti dalam hidupku? Aku dah tak berdaya lagi.. luah hatinya. Air mata mengalir lagi. Hazimi tersentak tatkala merasakan ada sentuhan lembut di bahunya. Air matanya yang belum pun mengalir dikesat. Hazimi berpaling.
            “ Mama..” tegur Hazimi lantas menyalami Raja Faridah.
            “ Kawan-kawan Jimi mama suruh tinggal dekat rumah mama.. mama tahu Jimi tentu tak selesa kalau mereka tinggal dengan Jimi kan,” ujar Raja Faridah.
            “ Maaflah mama..menyusahkan mama pulak,” ujar Hazimi. Raja Faridah tersenyum.
            “ Erm.. Jimi..kamu tak bagitau kawan-kawan kamu ke yang kamu dah bercerai?” soal Raja Faridah. Hazimi menggeleng. Raja Faridah mengerti.
            “ Ma..sebaik saja papa sedar saya akan pergi,” ujar Hazimi. Raja Faridah hanya mampu mengangguk.

AZWANI terdiam tatkala disoal bertubi-tubi oleh adik iparnya nan satu. Suasana dalam bilik Amiera serasa hangat walaupun alat pendingin hawa terpasang.
            “ Akak..siapa dia..kenapa adik rasa adik kenal dia? Kenapa adik rasa adik rindu pada dia..tolonglah akak.. adik tak nak khianati Izham. Adik tunangnya tapi merindui orang lain,” ujar Amiera sayu. Azwani mengeluh. Berat mulutnya untuk berkata-kata dek teguhnya janji yang terpasak di dalam jiwa. Akhirnya Azwani bangkit lantas berjalan menuju ke arah laci meja yang sekian lama dikunci dan dialah yang memegang kuncinya. Dikatakan pada adiknya kunci itu hilang. Azwani mengambil sesuatu dari celah-celah buku yang tersusun. Azwani menghampiri Amiera.
            “ Ini diari adik..bacalah..semoga ingatan dan segala persoalan adik akan terjawab,” ujar Azwani lantas berlalu. Amiera mencapai diari yang diletakkan Azwani di hadapannya.

12  Januari 1998
Aku benar-benar tertarik dengan gaya dan penampilannya. Namun aku kecewa tatkala aku tahu yang dia guruku. Rasa hati yang mula menggila ku tepis jauh-jauh. Aku yakin apa yang aku rasakan sekarang ini hanya perasaanku saja. Biasalah remaja.. ya aku yakin aku langsung tidak berminat padanya.

14  Februari 1998
Aku tak pernah menyangka dia akan mengajar subjek Sejarah di kelasku. Ah..dia benar-benar telah mengikat hatiku. Ya Allah..tak sepatutnya aku meraskan perasaan ini. Aku anak didiknya dan dia hanya memberikan ilmu kepadaku. Tidak lebih dari itu.. bagaimana untuk aku menghadapi dia setiap hari nanti? Ah hati.. kawallah emosi diri..


15  Februari 1998
Teman-temanku mula berminat dengan guru kami. Pelbagai impian disulam  dan aku hanya mendengar.. aku takut untuk menyimpul angan-angan seperti mereka. Aku takut hatiku akan terluka nanti. Sebaiknya aku membuang perasaan yang mendatangi aku.
     
      Amiera menghentikan bacaannya. Dia membelek-belek diari itu. Mencari sesuatu yang dia sendiri tidak pasti. Azwani hanya memerhati dari balik daun pintu.
     
      Mellina mengeliat malas. Suara azan yang berkumandang mengganggu lenanya. Sayup-sayup kedengaran alunan yang benar-benar menusuk jiwa. Entah mengapa alunan itu terasa mendamaikan jiwa. Mellina bangun daru katilnya lantas keluar . Dia ke dapur tetapi terkejut melihat Raja Faridah di situ. Dia ingin menyapa lantas dia menuju ke arah Raja Faridah.
      “ Auntie..you woke up so early,” ujar Mellina. Raja Faridah terkejut.
      “ Oh..Melly..of course..as a muslim I must woke early in the morning to perform prayer,” ujar Raja Faridah.
      “ Prayer? You woke up so early just to perform prayer?” ujar Mellina bingung.
      “ Melly.. your religion also need you to pray right,” ujar Raja Faridah.
      “Yes..but only on Sunday. Not every morning,” jawab Mellina.
      “ Melly.. that is the different of Christian and Islam.. in a day.. we must performs prayer for five times,” ujar Raja Faridah.
      “ Wou..how awful..five times? No way,” ujar Mellina. Raja Faridah menjungkitkan bahu lantas berlalu. Malas melayan kerenah Mellina.

HAZIMI masih setia menunggu di wad papanya. Hafizi dan Zahrah telah pun ditemui. Kedua-dua adiknya itu langsung tidak kelihatan kesal dengan perbuatan mereka. Hazimi mengeluh lagi. Ibu tirinya lesap entah ke mana. Menurut kata Zahrah ibunya itu menghadiri parti. Hazimi menenung wajah Megat Saifuddin. Kasihan papa..disaat-saat begini pun makcik masih ada masa untuk berparti.. kalau macam ni la dah dikira isteri yang nusyuz… detik hatinya. Tiba-tiba mata Hazimi tertancap pada jejari papanya yang mulai bergerak-gerak. Dia segera memanggil doktor.
      Doktor Ismadi memeriksa keadaan Megat Saifuddin sebaik saja Megat Saifuddin sedar. Wajah yang mula-mula ditatapnya tidak lain tidak bukan wajah Hazimi anaknya.
      “ Bagaimana doc?” soal Hazimi.
      “ Tuan Megat dalam keadaan baik tapi buat sementara ni saya minta Tuan Megat duduk dulu di hospital untuk pemantauan,” ujar Doktor Ismadi. Hazimi mengangguk. Hazimi kembali duduk di atas kerusi yang disediakan.
      “ Ji..Ji..mi..ma..ma ka..kamu mana?” soal Megat Saifuddin lemah.
      “ Mama pergi belikan makanan. Papa rehatlah dulu. Papa belum sembuh sepenuhnya lagi,” ujar Hazimi.
      “ Pa..pa..nak.. air,” pinta Megat Saifuddin. Hazimi pantas mengambil segelas air suam lantas disuakan ke mulut papanya. Megat Saifuddin terharu. Anak yang selalu dipukulnya kini sedang merawatnya. Hatinya sebak.
      “ Papa..kenapa ni? Papa sakit lagi ke?” soal Hazimi lembut. Megat Saifuddin menggeleng.
      “ Terima kasih Jimi sebab jaga papa. Padahal masa kamu kecil dulu papa tak pernah jaga kamu masa kamu sakit..malah papa menambahkan sakit kamu.. sekarang anak yang papa julang tak hiraukan papa. Isteri yang papa timang-timang tak merawat papa..tapi sebaliknya kamu dan mama kamu yang susah payah menjaga papa. Padahal papa banyak menyakiti kamu berdua..papa kesal,” luah Megat Saifuddin.
      “ Sudahlah papa.. Jimi dan mama dah lupakan semua tu..papa rehat dulu ya. Papa masih lemah..soal Hafizi dan Zahrah biar Jimi yang selesaikan. Erm..kalau pasal mak cik nanti Jimi usahakan,” janji Hazimi. Megat Saifuddin bertambah sebak. Mulianya anakku ini..desis hatinya.
      “ Jimi..papa ada satu permintaan..”

JOHNNY merenung wajah Mellina di hadapannya.
      “ Are you sure Melly.. doesn’t it to fast?” soal Johnny. Mellina angguk.
      “ Yes Johnny and I’m deadly serious. I want to change my religion. I think Islam suite me well,” ujar Mellina. Johnny terangguk-angguk.
      “ How about Uncle Graham and Auntie Jade? Do you think they can accept your decision?” soal Johnny pula.
      “ I’m big enough to make my own decision in my life. Whether they like it or not I’ll still choose Islam.. and I’ll stay in Malaysia,” ujar Mellina. Johnny hanya menurut.
Petang itu Mellina meluahkan hasratnya untuk memeluk Islam kepada Raja Faridah.
      “ Melly yakin ke?” soal Raja Faridah. Sejak tiga minggu berada di rumahnya Mellina mulai berlatih bercakap dalam bahasa Melayu.
      “ Ya..saya yakin,” ujar Mellina pelat.
      “ Alhamdulillah.. tomorrow I’ll brings you to the Islam Officers.. I hope you’ll enjoy being as a muslim,” ujar Raja Faridah.
            “ How’s Johnny?” soal Raja Faridah.
            “ He’ll going home tomorrow, since Jimmy’s father awaken they look often together,” ujar Mellina.
      “Mellina.. you should learn to speak in Malay now,” ujar Raja Faridah.
      “I’m trying,” jawab Mellina. Raja Faridah hanya tersenyum.
     
HAZIMI menadah tangan tanda syukur. Betapa besarnya kuasa Allah. Hanya dalam tempoh tiga minggu di rumahnya hati Mellina terbuka untuk Islam. Kini gadis itu mulai memakai pakaian yang sopan dan menutup aurat.
            “ But Melly..are you really sure about this? I’m afraid that you’ll regret it later,” ujar Hazimi sebaik saja Mellina di-Islamkan.
            “Jimmy..many years I live as a Christian, not many I knew..but when I’m here..when I’m heard the azan..I feel comfortable.. I’m really thanked for the gift that I had received  Jimmy..saya mahu jadi muslimah sejati..menjadi muslimah seagung Siti Khadijah isteri Nabi Muhammad S.A.W. Tolong bimbing saya,” ujar Mellina pelat. Hazimi kagum. Sedikit sebanyak Mellina mulai belajar tentang Islam.
            “ Johnny akan pulang esok.. awak tak mahu balik ke?” soal Hazimi.
            “ No.. I’ll stay here after I’m had enough with my new religion,” jawab Mellina. Hazimi tersenyum. Dia tahu pasti Mellina mendapat bimbingan mamanya..
            “ I’ll left to Mexico with Johnny tomorrow. I want to further my study,” dan jawapan Hazimi langsung tidak mengejutkan Mellina.

            Fazlina menumbuk-numbuk bantal tidurnya. Dia benar-benar marah dengan apa yang sedang terjadi. Perkahwinan Izham dan Amiera akan berlangsung dalam masa lima bulan lagi. Masa yang agak lama tetapi cukup menyeksa Fazlina. Sakit hatinya apabila dia gagal membuktikan Izham akan menjadi miliknya. Masih jelas kedengaran kata-kata penghinaan dari Izham suatu waktu dahulu.
“ Kau tak layak jadi isteri aku Lina.. kau perempuan murahan. Sanggup menggadai maruah demi wang ringgit !” jerkah Izham. Fazlina kembali sedar ke alam nyata. Perkahwinan Izham dan Amiera perlu di halang.

Yusra termenung. Direnungnya Hazimi dari balik pintu keretanya. STPM telah berlalu.   Dia tidak mempunyai apa-apa perhubungan lagi dengan Hazimi. Hazimi bekas gurunya. Dendamnya pada Hazimi tidak pernah padam. Sakit hatinya pada bekas gurunya terasa menikam. Perlahan-lahan air matanya menitis. Menangis dia sendirian mengenangkan Faezah yang sedang menderita sakit jiwa. Dia terlalu mencintai Hazimi tetapi Hazimi mengecewakan cinta sahabatnya. Dia benci Hazimi. Dia benci Amiera. Hampir saja dia terlompat keriangan tatkala mengetahui Amiera dan Hazimi bercerai namun keriangannya tidak lama saat dia melihat Hazimi dengan seorang wanita lain dan kelihatan sangat mesra. Yusra menghentak stereng kereta. Marahnya kembali membara.
Hazimi, dendamku padamu tak akan padam!

No comments:

Post a Comment