Sahabat Saya...

Sunday 15 April 2012

SURAT UNTUK EMAK DAN AYAH


Assalamualaikum…
Emak, ayah…ank emak dengan ayah ni mesti buat lawak kan,
Tiba-tiba tulis surat,
Sedangkan selama ni,
Nak keluar sepatah perkataan pun susah…

Emak,
Anak mu ini amat merindui belaian dan kasihmu,
Kerana itu, dia menulis surat ini

Ayah,
Anak mu ini amat mendambakan kata-kata nasihat dari mu
Sebab itu dia menulis surat ini…

Terima kasih emak
Terima kasih ayah,

Emak,
Kakak nak berterima kasih pada emak,
Sebab sudi  kandungkan kakak selama sembilan bulan sepuluh hari
Menahan azab kesakitan,
Ketika membantu diri ini untuk keluar melihat dunia ciptaan Illahi,
Terima kasih atas susumu yang mengenyangkan diri ini
Walau terasa lenguh memangku diriku,
Kau masih mampu tersenyum melihat wajahku
Bersengkang mata hingga pagi..
Menjaga diri ini tak henti,
Ketika air mataku menitis ke pipi
Tanganmu yang lembut menghapusnya pergi
Walau hakikatnya, air matamu mengalir deras di dalam hati
Memberi pelukan penuh kenyamanan tatkala kakak kegalauan hati

Terima kasih ayah…
Kerana banyak membantu kakak mengenal dunia ini
Kerana menghukum kakak mengikut lunas-lunas yang ditentukan oleh Baginda Nabi
Kerana mengajar kakak mengenal “love letter” dari Illahi
Kerana melindungi kakak setiap hari,
Kerana menjaga kakak ibarat nyawa sendiri
Kerana berhempas-pulas, membanting tulang untuk mencari rezeki
Kerana tidak pernah merungut walau sekali
Kerana didikanmu, maruah dan kehormatanku, masih suci

Kini kakak dirantauan
Menggagahkan diri untuk menuntut Ilmu di tempat orang
Waktu diriku terasa lelah dalam perjalanan yang panjang
Emak dan ayah selalu menjadi perangsang…

Emak, ayah…
Kakak merindui waktu kecil dulu,
Kakak ingin masa itu kekal sebegitu
Menjadi anak kecil penghibur hari-harimu
Memeriahkan setiap harimu dengan segala telatahku
Kerana kini kakak tahu,
Betapa sunyinya hidup berjauhan dari dirimu…

Rindu..hanya itu yang boleh kakak tuliskan
Tidak menjangka waktu terlalu cepat
Usia kakak dan usia kalian juga sedang meningkat
Dan anak-anak kalian sudah mula berhijrah meninggalkan kalian
Dengan kenangan di waktu anak-anakmu masih kecil….

No comments:

Post a Comment