Sahabat Saya...

Sunday 15 April 2012

Bab 2


  Raja Faridah
membelek-belek barang hantaran yang dibeli anaknya itu.
            “ Jimi..Jimi..,” panggilnya lembut.
            “ Kejap mama. Jimi tengah mandi ni,” balas Hazimi. Raja Faridah senyum. Dia mengambil telefon bimbitnya lantas mendail nombor telefon bakal menantunya.
            “ Assalamualaikum mak cik,” sapa Amiera sebaik saja panggilannya berjawab. Raja Faridah tersenyum mendengar sapaan Amiera yang cukup berbudi. Dia membalas salam seadanya.
            “ Shaziera, ada kamu jumpa Hazimi tadi?” soal Raja Faridah.
            “ La.. mak cik kan saya dah janji nak jumpa dengan Hazimi.. mestilah saya ada datang jumpa dia,” jawab Amiera.
            “ Kamu  berkenan ke dengan perangai dan tingkah laku anak mak cik tu?” soal  Raja Faridah lagi.
            “ Berkenan mak cik. Dia baik. Tutur katanya sopan,” balas Amiera.
            “ Kalau macam tu tak mengapalah…Erm.. Shaziera mak cik rasa ada baiknya Shaziera panggil mak cik..mama,” ujar Raja Faridah.
            “ Mama?” soal Amiera.
            “ Yalah Shaziera kan dah nak jadi menantu mama,” jawab Raja Faridah.
            “ Yalah mama… Mama..boleh tak mama panggil Shaziera… Miera. Tak selesalah,” pinta Amiera.
            “ Yalah Shaziera...mama panggil kamu Miera,” jawab Raja Faridah.
            “ Baiklah mama… Erm.. mama boleh tak malam nanti Miera call mama? Miera tengah uruskan pesakit Miera sekarang ni. Bukan tak sudi nak bercakap dengan mama tapi..” ujar Amiera meminta keizinan.
            “ Iyalah mama faham. Baiklah jaga diri. Assalamualaikum..” ujar Raja Faridah senang hati. Sebaik saja salam berjawab talian di putuskan.

HAZIMI memandang wajah ibunya yang sedang tersenyum meleret.
            “ Mama..papa tak balik ke minggu ni?” soal Hazimi. Serta-merta senyuman Raja Faridah mati.
            “ Kamu lupa ke? Minggu ni giliran Mak Uda kamu,” ujar Raja Faridah. Hazimi segera menepuk dahi tanda lupa.
            “ Jimi terlupalah mama,” ujarnya.
            “ Ye la tu,” jawab  Raja Faridah.
            “ Biasalah mama dah tua,” usik Hazimi.
            “ Betul sangat la tua tapi tak juga kahwin. Umur dah masuk 33,” leter mamanya. Hazimi senyap. Hendak mengenakan mamanya rupanya dia yang terkena.
            “ Sebab itu mama carikan untuk Jimi betul tak?” soal Hazimi. Raja Faridah tersenyum.
            “ Pandai pulak kamu memilih barang-barang hantaran untuk Amiera ya,” ujar Raja Faridah sambil membelek-belek tas tangan jenama Rorine.
            “ Bukan Jimi yang pilih tapi Miera. Kami pergi beli barang sama-sama tadi.
Eh..sejak bila pula mama panggil Amiera tu Miera?” ujar Hazimi. Raja Faridah tersenyum soalan anaknya tidak dilayan.
            “ Oh.. Pandai menantu mama. Sudahlah cantik, berbudi bahasa, pandai pula memilih yang terbaik,” puji Raja Faridah.
            “ Yalah. Sebab tu mama berkenan sangatkan,” usik Hazimi lagi. Raja Faridah kembali tersenyum, jika suaminya kerap mengguris perasaannya biarlah anaknya ini yang membahagiakan dirinya. Hazimi memandang wajah mamanya yang tersenyum gembira. Tak mungkin hati Raja Faridah ingin dilukai.

 AMIERA termenung. Janjinya pada bakal mentuanya telahpun tertunai. Satu panggilan telefon menunaikan segala janjinya. Fikirannya kembali kepada pertemuannya dengan Hazimi.
            “ Cikgu..apa cikgu buat di sini?” soalnya.
            “ Saya tunggu tunang saya,” jawab Hazimi pantas.
            “ Kebetulan, saya pun datang nak jumpa tunang saya cikgu,” jawab Amiera.
            “ Apa nama tunang awak?” soal Hazimi pada bekas anak didiknya.
            “ Megat Razif Hazimi. Sama dengan nama cikgu kan,” ujar Amiera cuba menutup kegusaran di hatinya. Mungkinkah bekas gurunya ini tunangannya.
            “ Miera I guest your fiance is me,” ujar Hazimi.
            “ Lagipun nama tunang saya tu sama dengan nama awak. Mana mungkin semua ini kebetulan,” sambungnya lagi. Amiera terkedu tidak terkata.
Lamunannya seakan di hambat pergi tatkala deringan telefon bimbitnya kedengaran. Satu pesanan ringkas di terima.
                                     Miera, we need to talk. Jumpa saya dekat
                                        taman tadi. This Sunday. I’ll wait you
Amiera  mengeluh. Pasti tentang hal itu.



IZHAM menangis semahunya. Perit, pedih hatinya tatkala melihat Amiera bergandingan dengan seorang lelaki yang tidak kurang hebatnya. Amiera kelihatan manja berjalan beriringan dengan tunangnya. Dia mengerti kasihnya pada Amiera tidak mungkin akan dapat dipahat dengan ikatan yang suci. Hanya dia yang mengasihi. Bukan Amiera. Amiera sudah punya pilihan hati dan Izham yakin kasih Amiera hanya pada jejaka yang sedang bertakhta di hati.
            “ Ya Allah, kurangkanlah rasa sakit yang kutanggung ini. Aku redha dengan ketentuan-Mu. Amiera bukan milikku. Ya Rabbi, aku bermohon pada Mu lagi, berikanlah aku kebahagiaan dengan hanya melihat kebahagiaan Amiera. Aku mohon pada Mu, kuatkanlah hatiku menghadapi ujian yang ternyata perit ini,” tangisnya lagi. Senyuman, tawa,  dan wajah Amiera bagaikan terbayang-bayang di setiap sudut hatinya. Hanya Tuhan yang tahu betapa kasihnya dia pada Amiera.

FAEZAH mengunci dirinya di dalam bilik. Puas sudah di pujuk teman-teman serumah dengannya namun dia masih membeku di dalam bilik itu. Wanita yang berdiri di samping  Hazimi pagi tadi terlalu cantik. Gayanya yang anggun dan elegan pasti memikat hati sesiapa sahaja. Faezah berdiri dihadapan cermin. Banyak bezanya dia dengan tunang Hazimi. Berkulit putih kemerahan, kening bagaikan dilukis, mata yang bundar dan galak bersinar, bibir yang munggil, punyai lesung pipit dan wajah bujur sirih. Faezah menampar-nampar wajahnya. Bedak asas dipakai di muka setebal mungkin. Gincu dicalit ke bibir namun masih dia kalah pada wanita itu. Faezah mengamuk. Habis alat-alat soleknya dihambur. Amukannya meresahkan teman-temannya.
            “ Zah, buka pintu Zah. Jangan macam ni Zah,” pujuk Yusra.
            “ Zah, kalau kau tak buka pintu ni. Aku pecahkan Zah..” ugut Azmiah.
            “ Pergi! Jangan ganggu aku!” pekik Faezah. Bunyi dentuman barang-barang jatuh lebih menggusarkan hati mereka.
            “ Zah..buka pintu Zah.. Aku kira sampai tiga, kalau kau tak bukak jugak aku pecahkan pintu ni Zah.. satu..dua..tiga..” ugut Azmiah namun tidak dihiraukan. Akhirnya pintu dipecahkan juga.
            “ Ya Allah Zah. Apa kau buat ni?” ucap Yusra sebaik saja pintu dibuka. Keadaan bilik yang bersepah benar-benar mengejutkan penghuni rumah sewa itu.
            “ Keluar.. semua keluar.. aku nak berhias. Aku tak boleh kalah. Aku kena kahwin dengan cikgu. Aku mesti lebih cantik dari dia.,” ujar Faezah kasar sambil menggunting rambutnya.
            “ Zah.. bagi aku gunting tu,” pujuk Azmiah cuba menghampiri Faezah apabila dia menyedari emosi sahabatnya itu kurang stabil.
            “ Jangan dekat. Kau pun nak kahwin dengan cikgu kan? Ha, sebab itu kau tak nak aku lebih cantik dari kau,” ujar Faezah sambil mengacah gunting di tangan. Azmiah berundur.
            “ Zah..aku nak tolong kau bersolek. Biar engkau lebih cantik dari perempuan tu.. Aku nak tolong kau.. baru kau boleh kahwin dengan cikgu,” pujuk Yusra. Isyarat diberikan.
            “ Betul kau nak tolong aku?” soal Faezah.
            “ Aku kan kawan kau. Mari gunting tu. Biar aku yang buat,” pujuk Yusra lagi berdiplomasi. Faezah menyerahkan gunting di tangan. Yusra lekas-lekas membaling gunting itu ke arah Linda. Linda cepat-cepat melarikan gunting itu.
            “ Kau tipu aku. Kau nak aku lebih hodoh… kau tipu,” pekik Faezah sambil cuba merempuh keluar mengejar Linda. Yusra, Azmiah, Ifti dan Mia segera memegang Faezah namun ternyata gagal. Faezah begitu gagah. Mereka kalah.
            “ Mia kau dah telefon cikgu?” pekik Azmiah. Dia yakin hanya Hazimi yang dapat menenangkan Faezah yang seolah-olah kerasukan.
            “ Sudah..kejap lagi cikgu sampai,” lantas mereka mengejar Faezah. Faezah menangkap Linda. Gunting di tangan Linda diambil dan diacu ke perut Linda. Linda kini dalam genggaman  Faezah. Suasana kembali riuh. Linda menangis ketakutan.
            “ Faezah..” panggil Hazimi lembut. Semua yang ada terkejut dengan kehadiran guru mereka secara tiba-tiba. Suasana menjadi sunyi.
            “ Faezah , tolong bagi dekat cikgu gunting tu,” pujuk Hazimi lembut. Faezah mengemaskan pegangannya terhadap Linda. Wajah Linda kini pucat.
            “ Tidak.. Saya nak jadi cantik. Tapi mereka tak nak saya cantik. Saya nak kahwin dengan cikgu bukan perempuan tu yang kahwin dengan cikgu,” ujar Faezah sayu.
            “ Sayang..siapa cakap sayang tak cantik..sayang cantik tahu tak. Lepaskan Linda sayang,” pujuk Hazimi lagi. Faezah melepaskan Linda tetapi gunting masih lagi dipegang. Linda lekas-lekas menjauh.
            “ Sekarang, sayang bagi gunting tu dekat abang,” ujar Hazimi lebih lembut dan kini suaranya bernada romantis.
            “ Cikgu..kalau saya buat macam ni cantik tak?” soal Faezah sambil menggunting bajunya. Kemudian dia menyambung menggunting rambutnya pula.
            “ Cantik sayang..cantik..dah cukup cantik..mari gunting tu..,” bagai dipukau Faezah menurut. Gunting itu dihulurkan kepada Hazimi lantas Hazimi menghulurkan gunting itu kepada Azmiah.
            “ Cikgu..cikgu akan kahwin dengan saya kan?” soal Faezah manja. Hazimi mengangguk.
            “ Ya sayang,” lantas Hazimi memeluk anak muridnya itu. Di waktu inilah Amiera muncul lalu memberikan suntikan. Anehnya Faezah langsung tidak melawan.

HAZIMI merenung  wajah gadis manis dihadapannya ini.
            “ Terima kasih pasal hari tu,” ucapnya. Amiera hanya tersenyum.
            “ That’s not a big deal. Nampaknya cikgu ada ramai admirers,” ujar Amiera tenang. Langsung tidak bernada cemburu.
            “ Dah lapan tahun saya tak jumpa awak Miera. Awak dah banyak berubah,” ujar Hazimi.
            “ Same as you. Teacher, you have change a lot,” balas Amiera pula.
            “ Miera..kenapa awak terima jodoh yang orang tua awak tetapkan?” soal Hazimi.
            “ Cikgu pula kenapa?” soal Amiera.
            “ Saya yang tanya awak dulu,” ujar Hazimi.
            “ Dan tak semestinya yang saya kena jawab dulu,” balas Amiera. Hazimi mengeluh. Amiera benar-benar sudah berubah. Masa yang menjadikannya begitu.
            “ Saya terima sebab mama saya. Dia dah banyak merana dan kalau boleh saya nak bahagiakan dia,” ujar Hazimi.
            “ Jadi saya pun sama. Saya nak bahagiakan umi dan walid saya. Bagi saya pilihan mereka pilihan terbaik,” ujar Amiera. Seboleh-bolehnya biarlah ketenangan yang dia tunjukkan.
            “ Miera.. saya nak awak putuskan pertunangan ini. Saya tak boleh kahwin dengan anak murid saya sendiri. Nanti apa orang kata. Awak tolonglah cari pengganti lain,” ujar Hazimi.
            “ Maaf En. Hazimi. Saya bukan lagi anak murid awak tapi bekas anak murid awak. Mungkin panggilan cikgu itu yang buat awak rasa awak masih guru saya. Lagipun tinggal sebulan saja lagi masakan saya nak putuskan tali pertunangan ini,” jawab Amiera tenang.
            “ Tolong Miera. Bagi kerjasama. Jika saya yang putuskan pertunangan ni mama saya akan bersedih,” ujar Hazimi.
            “ Oh.. jadi mama En. Hazimi saja lah yang bersedih. How about my parents? Do you think they will be happy. Tolonglah En. Hazimi. Jangan hanya fikirkan diri sendiri. Fikirkan orang lain juga. Saya hairan dengan En. Hazimi ni.. mengajar dah sembilan tahun.. tapi pemikiran En. Hazimi masih juga tak matang, sama aja dengan anak-anak murid En. Hazimi,” ujar Amiera lantas bangun meninggalkan tunangnya.
            “ Miera.. kalau awak kahwin dengan saya awak tak akan bahagia. Itu janji saya,” laung Hazimi. Amiera berpaling.
            “ Just wait and see,” ujar Amiera. Langkahnya diatur semakin menjauh. Entah mengapa hatinya tiba-tiba dirundung duka.

HAZIMI memandang wajah Amiera yang tenang. Suasana petang yang damai itu langsung tidak mendamaikan hati kedua-dua insan yang kini dilanda dilema. Setelah tiga hari masing-masing menyepikan diri, hari ini baru mereka bersua muka kembali.
            “ Ada apa encik nak jumpa saya ni?” soal Amiera.
            “ Kalau awak betul-betul nak kahwin dengan saya, saya akan kenakan beberapa syarat,” ujar Hazimi. Amiera hanya mengangguk lesu. Langsung tidak berminat dengan kata-kata Hazimi.
            “ Saya nak sebaik saja kita kahwin kita pindah. Saya dah beli rumah dan sama ada awak suka ataupun tidak awak terpaksa ikut,” ujar Hazimi. Amiera mengangkat wajahnya.
            “No, kalau ya pun nak pindah takkanlah sebaik saja kita nikah? Tunggulah selepas majlis dekat rumah En. Hazimi. Lagipun apa kata mama dan umi,” protes Amiera.
            “ Apa? Mama? Hei.. awak belum kahwin dengan saya tau. Jangan nak memandai-mandai panggil mama saya mama,” ujar Hazimi.
            “ Well excuse me Mr. Hazimi, awak ingat saya ni kebulur sangat ke nak panggil mama awak tu mama? Saya pun tak ingin tapi saya cuma menunaikan permintaan mama En. Hazimi. Kalau encik tak suka, apa saya boleh buat,” ujar Amiera sedikit marah. Hazimi tergamam. Kewibawaannya seakan-akan tercabar.
            “ Okay, enough of that. You can call her mama. Saya tak nak bergaduh tentang hal tu,’’ ujar Hazimi pula.
            “ Siapa yang mula-mula cari gaduh ni. En. Hazimi..saya ni cuma datang nak dengar syarat perkahwinan aja,” ujar Amiera menahan kemarahan yang mula menguasai hatinya.
            “ Baiklah. Kita akan tinggal serumah tapi berlainan bilik. Awak dilarang mengusik barang-barang saya dan saya juga tak akan mengusik barang-barang awak. Saya ada hak untuk buat apa saja tanpa pengetahuan awak dan awak jangan masuk campur segala urusan saya,” ujar Hazimi. Amiera hanya mendengar.
            “ Anything else?” soal Amiera lagi. Hazimi menggeleng.
            “ Baiklah.. kalau encik ada syarat saya pun ada syarat juga,” ujar Amiera. Hazimi memandang wajah Amiera yang mulai tenang.
            “ Syarat saya mudah aja.. encik tak boleh suruh saya berhenti kerja dan kalau ada kesempatan saya nak solat jemaah dengan encik. Mudahkan,” ujar Amiera. Hazimi mengangguk setuju.
            “ Kalau macam tu saya akan sediakan surat perjanjian,” ujar Hazimi.
            “ Saya rasa tak perlu encik. Saya bukan jenis manusia yang mungkir janji. Tapi tak taulah encik,” ujar Amiera sinis. Hazimi mengetap bibirnya.
            “ Kalau dah tak ada apa-apa lagi saya mintak diri dulu. Saya nak ke hospital. Pesakit saya perlukan saya, assalamualaikum,” ujar Amiera lantas bangkit dari duduknya lalu meninggalkan Crystal Caffe. Langkahnya laju dan langsung tidak menoleh.

IZHAM memandang wajah Amiera yang sedikit keruh. Sudah hampir dua minggu wajah itu kelihatan murung.
            “ Miera kau ok ke?” soal Izham.
            “ Aku ok. Jangan risau lah. Mungkin aku gementar nak kahwin. Ye lah tinggal dua minggu je lagi..,” ujar Amiera menyembunyikan hakikat. Seulas senyuman dilemparkan namun ternyata hambar.
            “ Oh ya. Aku dengar tunang kau ada beli banglo sebagai hadiah perkahwinan. Betul ke?” soal Izham mengalih topik.
            “ Ya.. kami akan tinggal di sana lepas kami kahwin nanti. Oh ya Iz.. mulai minggu depan aku off tau. Boleh tak kau follow up semua kerja-kerja aku?” pinta Amiera.
            “ Ya lah,” jawab Izham separuh hati. Ah. Begitu cepat masa berlalu. Amiera kian menjadi milik orang. Getus hatinya.
            “ Iz..nanti kau kahwin aku pula yang akan follow up kerja kau ok?” janji Amiera. Izham hanya tersenyum. Deringan telefon Amiera mematikan perbualan mereka.
            “ Assalamualaikum,” ucap Raja Faridah.
            “ Walaikumussalam mama. Mama apa khabar…Sihat?” soal Amiera.
            “ Mama Alhamdulillah sihat. Berkat nak terima menantu la,” ujar Raja Faridah mengusik.
            “ Mama ni. Ada-ada saja lah. Oh ya mama..Abang Jimi bila mula cuti?” soal Amiera ingin tahu. Terpaksa menggunakan panggilan manja di hadapan bakal mentuanya.
            “ Hazimi cakap dengan mama empat hari sebelum nikah. Miera pula bila?” soal Raja Faridah.
            “ Minggu depan Mama,” jawab Amiera. Setelah berbual beberapa ketika talian diputuskan. Amiera memandang skrin telefon bimbitnya. Ah..mama terlalu mengharap mana mungkin aku akan mengecewakan hatinya.

AMIERA menghampiri Ummi Zaharah yang leka membaca. Uminya itu memang minat membaca sehinggakan rumah mereka mempunyai perpustakaan mini. Amiera duduk disamping uminya lantas kepalanya dilentokkan ke atas paha uminya.
            “ Ni..kenapa tiba-tiba nak bermanja ni? Bangunlah..berat la kepala anak umi ni,” ujar Ummi Zaharah mengusik anaknya itu. Amiera memasamkan muka.
            “ Ala umi..tak lama lagi kan Miera dah tak boleh nak bermanja dengan umi,” ujarnya dalam nada rajuk. Ummi Zaharah tersenyum.
            “ Erm, cepat masa berlalu ye Miera..tinggal dua minggu aja lagi anak umi ni akan jadi milik orang,” ujar Ummi Zaharah sayu.
            “ Tu la umi..nak kawinkan Miera cepat sangat. Ha..sekarang baru menyesal..” usik Amiera.
            “ Cepat apanya. Umur kamu tu pun dah 26 tau,” ujar Ummi Zaharah.
            “ Muda lagi apa,” usik Amiera. Ummi Zaharah memasamkan muka. Suasana sunyi seketika.
            “ Umi..kalau kami tak jadi kawin macam mana?” soal Amiera tiba-tiba.
            “ Eh..apa Miera ni? Jangan nak mengarutlah..” ujar Ummi Zaharah keras.
            “ Umi ni..janganlah marah.. Miera tanya je..Umi..boleh tolong picitkan kepala tak? Peninglah,” ujar Amiera. Ummi Zaharah tersenyum lantas memicit dahi anak perempuannya itu. Amiera memejamkan mata. Menikmati picitan uminya. Dan dia masih berfikir akan kesudahan perkhwinannya nanti.

 AMIERA merenung mentari senja yang mula melabuhkan tirai malam. Bersendirian di tepi pantai memberikannya ketenangan. Biarlah dia menghirup udara kebebasan sementara menunggu dirinya menjadi milik orang. Dia tersenyum sendiri. Betapa pantas masa berlalu. Tinggal empat hari saja lagi..desis hatinya.
            “ Ya Allah, benarkah pilihanku ini atau pilihanku ini bakal membawa kekecewaan dalam hidupku?” Amiera berkeluh-kesah. Terlalu susah untuk diputuskan. Azan maghrib yang berkumandang seakan-akan menyedarkannya dari lamunan yang panjang. Ya Solat Sunat Istikharah penunjuk jalan..bisik hatinya.
            Malam itu Amiera berdoa panjang. Diluahkan segala yang berbuku di hatinya.
            “ Ya Allah.. tunjukkanlah padaku sama ada jalan yang ku pilih ini benar atau salah? Aku melihat kekecewaan di mata Izham namun aku berpura-pura tidak mengerti. Sesungguhnya Ya Allah, aku hanya bisa menganggapnya sebagai sahabat. Pilihanku Hazimi pula bagaikan tidak menginginkan aku. Apa yang harus aku lakukan? Orang tuaku begitu mengharap sedangkan aku sendiri tidak pasti benar atau tidak keputusanku ini. Ya Rabbi, hanya padaMu lah aku memohon petunjuk.” Amiera masih berteleku di situ. Mengharap akan hadir sebarang petunjuk.


No comments:

Post a Comment