Sahabat Saya...

Sunday 15 April 2012

BAB 1


Amiera
memandang jari-jemarinya yang merah berinai. Sebentuk cincin bertatah berlian di jari manisnya menandakan yang kini dia milik orang. Tunangannya itu langsung tidak dikenali tetapi dia rela memilih pilihan ibu bapanya sungguhpun Ummi Zaharah dan Tengku Azhar tidak pernah memaksanya menerima pilihan hati mereka.
            “ Miera, umi dengan walid dah setuju nak langsungkan majlis pernikahan kamu dengan Razif lima bulan akan datang. Macam mana boleh ke tak?” soal Ummi Zaharah pada anak tunggal perempuannya.
            “ Umi pun tahu Miera tak akan menolak kan? Miera setuju umi. Bagi Miera baik kata umi dan walid baik jugalah kata Miera,” ujar Amiera tulus. Ummi Zaharah memeluk anaknya. Tidak lama lagi dia akan berpisah dengan anak ini. Sudah besar rupanya anakku ini. Sudah layak untuk bernikah, getus hati Ummi Zaharah. Dia lantas keluar dari kamar anaknya lalu menuju ke dapur rumahnya sebelum titisan air matanya kelihatan.

IZHAM memandang wajah manis bertudung di hadapannya. Sebentuk cincin di jari manis gadis ini benar-benar menghiris kalbunya. Cincin itu menandakan dia telah berpunya.  Amiera memandang wajah Izham yang kelihatan bingung.
            “ Izham… helo..,” ujarnya lantas menepuk bahu pemuda itu. Izham terkejut. Seulas senyuman Amiera hadiahkan buat sahabatnya itu. Izham terpana. Senyuman Amiera semakin mengguris perasaannya.
            “ Izham.. kenapa dengan kau ni? Kau ada masalah ke?” soal Amiera. Izham menggeleng lemah.
            “ Iz.. kalau kau sakit kau balik la. Rehat.. aku boleh handle our patient, she just misscarriege her baby. Lagipun tak teruk sangat ni. Kau balik la,” ucap Amiera.
            “ Miera. Aku ok. Jangan la kau risau. Mungkin aku penat je,” balas Izham  menyembunyikan hakikat.
            “ Ha.. sebab penat la kau kena berehat. Kalau kau jatuh sakit nanti kau pula yang jadi pesakit aku. Bertambah la kerja aku,” jawab Amiera tenang.
            “ Aku tak nak berpisah dengan kau Miera,” jawabnya perlahan seakan mendesis sendiri.
            “ Apa kau cakap tadi?” soal Amiera. Izham hanya menggeleng lalu melangkah pergi. Amiera kehairanan.
            “Iz..la kau nak pergi mana? Hal pesakit kita tak habis lagi ni,” ujar Amiera.
            “ La tadi kau suruh aku balik rehat,” ujar Izham nakal. Amiera hanya tersenyum

HAZIMI mengeluh. Kepenatan mula menjalari seluruh urat nadinya. Baru tadi dia menerima hasil kerja kursus dari sebahagian anak muridnya. Guru muda itu mula memeriksa hasil kajian anak muridnya.
Tok..tok..tok… ketukan di pintu biliknya seakan-akan mengganggu tumpuannya. Terpacul wajah mamanya di muka pintu. Hazimi menghadiahkan seulas senyuman.
            “ Jimi.. esok mama nak pergi jumpa menantu mama… Jimi nak ikut? Kami nak beli barang-barang kenduri dan hantaran kamu nanti,” ujar Raja Faridah.
            “ Mama pergilah. Jimi nak siapkan semua kerja Jimi ni dulu. Kalau  tak sempat habiskan sebelum tarikh perkahwinan kami nanti susah pula mama,” ujar Hazimi memberi alasan.
            “ Betul juga kata kamu. Oh ya.. bila kamu nak pergi jumpa Shaziera tu?” soal mamanya pula.
            “ Insya-Allah hari Ahad ni mama. Mama jangan risau,” ujar Hazimi.
            “ Ye lah. Siapkan kerja-kerja kamu tu cepat sikit. Barang hantaran kamu dengan Shaziera pun belum kamu cari lagi,” leter Raja Faridah. Hazimi mengangguk.

EN. ZAIDI  memandang wajah Hazimi. Lambakan kerja kursus tingkatan tiga yang tersusun rapi dijeling sekilas lalu. Pantas dan cekap anak muda ini melakukan kerja-kerjanya bisik hati En. Zaidi.
            “ Saya faham. Baiklah awak boleh ambil cuti seminggu untuk perkahwinan awak,” putus En. Zaidi.
            “ Terima kasih cikgu,” ujar Hazimi.
            “ Nampaknya ramai la pelajar-pelajar sekolah ini akan patah hati. Guru pujaan hati mereka bakal bernikah dalam masa dua bulan lagi,” usik En. Zaidi. Dia mengakui Hazimi merupakan guru yang paling kacak di sekolah ini. Bukan sahaja pelajar yang jatuh hati padanya bahkan guru-guru perempuan yang masih bujang juga. Hazimi senyum.
            “ Cikgu, apalah sangat saya ni cikgu. Nasib baiklah tunang saya tu hendakkan saya kalau tidak tak kahwinlah saya,” ujar Hazimi membalas usikan pengetua sekolahnya itu.
            “ Boleh saya tahu nama gadis bertuah tu?” soal En. Zaidi.
            “ Tengku Shaziera Amiera..” jawab Hazimi.
            “ Amboi panjangnya nama.. sempat ke dengan sekali lafaz?” usik En. Zaidi.
            “ Sempat.. Insya-Allah,” dan jawapan Hazimi menerbitkan tawa En. Zaidi.
FAEZAH memandang wajah rakannya. Cerita pertunangan Hazimi benar-benar mengusik hati kecilnya.
            “ Betul Zah.. Cikgu Hazimi dah nak kahwin. Kau perasan tak cincin yang dia pakai. Ha, cincin pertunangannya lah,” ujar Yusra.
            “ Eh, tak akanlah.. cikgu tak akan kahwin dengan orang lain selain aku,” ujar Faezah.
            “ Well hello? Jangan nak perasan. Aku tahu lah cikgu baik dengan kau tapi tak bermakna dia hendakkan engkau. Lagipun dia baik dengan semua orang tau,” ujar Yusra lantas mentertawakan sahabatnya itu.
            “ Tak mungkin Yus..” ujar Faezah.
            “ Well, if you don’t trust me, ask him yourself. I’m just telling the truth,” ujar Yusra lantas meninggalkan sahabatnya yang mula dirundung duka.
            “ Assalamualaikum cikgu..” ujar para pelajar sebaik saja Hazimi melangkah masuk. Dia lantas mempersilakan anak didiknya duduk dan memulakan pengajarannya.
            “ Baiklah..ada sesiapa yang boleh beritahu saya bila berlakunya Kebangkitan Boxer di China?” soal Hazimi. Para pelajarnya diam.
            “ Faezah..boleh bagi tahu saya?” soal Hazimi sebaik saja menyedari anak muridnya itu tidak memberi tumpuan kepada pengajarannya. Faezah bungkam. Dia terkejut ditanya sedemikian. Kelas 6A1 sunyi.
            “ Faezah?” soal Hazimi.
            “ Saya..saya..tak..tahu cikgu,” jawabnya sedikit gugup. Sememangnya dia sedang memikirkan guru muda itu.
            “ Baru saja saya bercerita tentangnya awak dah tak ingat,” ujar Hazimi lantas menghampiri anak didiknya.
            “ Don’t sleep,” ujar Hazimi. Faezah terkedu melihat wajah tenang gurunya yang begitu hampir dengan dirinya. Cikgu.. aku mencintaimu bisik hatinya.
            “ Baiklah.. Rafiq apa jawapannya?” soal Hazimi lalu meninggalkan tempat duduk Faezah. Rafiq bangkit lantas memberi jawapan
            “ Kebangkitan Boxer berlaku pada tahun 1900.” Hazimi mengangguk. Sesi pembelajaran dilanjutkan. Penerangan demi penerangan diberikan kepada anak didiknya. Setiap soalan dijawab dengan penuh diplomasi.
            “ Sebelum saya keluar ada apa-apa soalan?” soal Hazimi sebaik saja loceng berdering.
            “ Cikgu..betul ke cikgu nak kahwin?” soal Yusra berani. Hazimi tersenyum.
            “ Awak semua pun akan kahwin juga kan?” soalnya kembali. Yusra terdiam.
            “ Betul tu cikgu.. tapi kami lambat lagi. Lagipun kami dengar cikgu akan kahwin tak lama lagi, betul ke?” pintas Iqbal.
            “ Ya saya akan kahwin pada 27 haribulan April nanti,” jawabnya bersama senyuman dan jawapan Hazimi benar-benar mengguris perasaan Faezah. Tidak semena-mena air matanya tumpah.
 
HAZIMI menanti kedatangan tunangnya dengan sabar. Seperti yang dijanjikan, di taman ini pukul sembilan.
Amiera menarik nafas dalam-dalam. Dia yakin pemuda yang sedang duduk di atas kerusi di taman membelakanginya ialah tunangannya. Dia mengatur langkah menghampiri pemuda itu.
            “ Assalamualaikum,” ucap Amiera.
            “ Waalaikumussalam..,” jawab Hazimi lantas berpaling. Amiera  terkedu. Benarkah ini semua?

No comments:

Post a Comment